Bertemu individu I, bertemu individu E

Hakikat di dunia, memang pelbagai jenis kumpulan wujud. Jangan diabaikan kewujudan individu dominan P, I, E dan S. Masing-masing ada kekuatan tersendiri. Kekuatan semangat individu P berbeza dengan individu I. Kreativiti individu E tidak sama dengan kreativiti individu S. Yang lebuh bagus ialah untuk kita belajar bagaimana untuk mendapatkan teknologi dan kemahiran empat komponen ini dalam diri kerana kita adalah manusia yang punya PIES. Jika kita abaikan salah satu darinya, kita akan hilang keseimbangan.

Apakah kekuatan individu dengan dominan P, I, E dan S?

  • Yang P, akan bersemangat bila bercakap pasal duit dan bisnes. Bila berborak pasal hal itu, ia akan bersemangat walaupun penat.
  • Yang I, ia akan mampu untuk berdiskusi atau membaca bahan ilmiah yang mungkin sukar bagi orang lain. Ia sanggup meredah pelbagai perkara untuk mencapai ilmu dan hikmah yang dicari. Ia akan menganggap kegagalan kalau ilmu yang dicari tidak berjaya dicapai.
  • Yang E, ia akan mampu bersabar dan menghadapi pelbagai karenah yang ada dalam diri manusia lain. Ia nampak bahawa setiap insan mempunyai keunikan yang tersendiri.
  • Yang S, ia akan mengaitkan kehidupan dengan Yang Esa pada setiap masa, pada masa orang lain sudah hilang fokus pada ketuhanan dan keagamaan. Ia sanggup menyatakan apa sahaja yang bagus kepada orang ramai , walau mungkin akan dipandang berbeza sedikit pada satu-satu masa.

Lantas, manakah kita? Kalau kita dominan pada mana-mana satu aspek, belajarlah teknologi aspek lain terutama apabila kita ingin menjadi syuhada’ atau saksi kepada seluruh ummah. Apa kesan kalau kita dominan S tetapi kurang skill yang lain? Kita akan jadi kera sumbang dan tidak mampu untuk masuk pelbagai topik perbincangan atau fenomena yang hadir. Apabila kita tidak dapat participate, mana mungkin kita ingin berinteraksi untuk menyampaikan seruan kebaikan dan mencegah kemunkaran.

Atas dasar itu, jika anda sedar anda kategori mana, didiklah dan tarbiahlah diri untuk dilengkapi dengan aspek lain. Jika anda biarkan tanpa perhatian, anda akan terus hidup dalam dunia sendiri dan tidak mampu berinteraksi dengan masyarakat. Jangan salahkan masyarakat jika mereka tidak mahu mendengar ajakan anda, kerana anda tidak sudi untuk memahami apa kaedah mereka berfikir dan minat.

 
Artikel ini ditulis sebagai salah satu modul dalam Program MasterPIES yang akan dilaksanakan 15 April 2009.Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila berhubug dengan penulis atau layari http://masterpies.com/info.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
TwitTarbiah 2009-04-09

jaisy-al-usrah merujuk tentera Tabook - during summer and the fruit was ripening # @imranty permata apa tu Imran? :) in

Close