Individu bijak IQ kerana bijak memberi makna


Anda akan baca artikel ini seterusnya kerana anda ingin tahu apa yang disampaikan. Kalau anda tidak mahu baca, ini kerana artikel ini mungkin dipandang tidak 'bermakna' bagi anda. Walaupun sukar memahami perenggan sebelum ini, tetapi ia membina konteks dalam diri anda. Ia menyebabkan anda akan lebih ingin tahu…lantas cuba melaksanakan proses pemahaman dengan bersungguh-sungguh. Proses ini proses dalam membina konteks. 

 Jadi konteks bukan semestinya perlu dibina atas suatu perkara yang abstrak. Mungkin ia abstrak bagi anda jika anda tidak biasa berfikir atau membincangkan perkara ini, namun bagi individu yang biasa mengajar dan amat peka pada kaedahnya, artikel ini anda akan baca dengan penuh minat.

Sebenarnya, dalam dunia pendidikan, sesuatu 'isi' perlu diajar dengan 'konteks' yang sesuai pada individu yang mendengar. Sedapat mungkin ia 'customized' kerana setiap individu mempunyai gaya konteks yang tersendiri. Konteks bukan sekadar pada konsep tetapi ia berpijak pada bumi nyata. Malah kekadang konteks dianggap melampaui teori kerana ia amat 'khusus' dan perlu diuji dahulu untuk menentukan kesahihannya. Di sinilah peranan pengalaman dalam menjelaskan sesuatu perkara.

Individu bijak IQ – bijak memberi memberi makna 

Inilah yang berlaku. Bagaimana pula individu yang kurang bijak IQ? Ia berlaku kerana ia kurang memahami makna. Makna ini perlu diusahakan oleh guru agar ia memberi kesan kepada pelajar. Makna akan mampu disampaikan dengan berkesan apabila disampaikan dengan konteks yang sesuai. Fi uqulihim

Jadi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang baik, ia perlu diasaskan kepada konsep mengajar yang kontektual. Tidak sukar individu pensyarah bijak IQ menghasilkan individu pelajar bijak IQ  yang memang selama sudah bijak. Tetapi amat sukar pensyarah bijak IQ menghasilkan pelajar bijak segala-galanya terutama di kalangan yang rendah IQ kerana pensyarah ini tidak mampu membawa konteks yang sesuai. Pensyarah yang berpengalaman dan sanggup memahami konteks orang lain (ada kekuatan EQ dan SQ) sahaja mampu menaiktarafkan individu yang kurang mampu memahami makna dengan baik. Individu ini diistilahkan jaahil  dalam bahasa Arab.

Ada yang jaahil, dan tak mampu dibaiki 

Ia wujud apabila seseornag itu sombong dan tidak mahu belajar. Kalau ia sombong, ingatkan kepada asal usul kejadian serta hubungannya dengan Pencipta. Kalau masih sombong, ia mungkin sukar dibawa kepada konteks yang sesuai. Namun itu mungkin pada aspek spirituil. Ada yang sombong bahagian spirituil, tetapi tidak sombong dalam bab intelek. Maka konteks intelek dan konteks spirituil ini memberi kesan yang berbeza. Namun ia saling berkait.

Kebiasaannya apabila tidak sombong spirituil, ia hanya perlu disedarkan agar tidak sombong intelek. Masalahnya, ada yang menyatakan dia beriman, tetapi masih sombong intelek. Wujudkah? Wujud. Kerana orang yang mengaku beriman tidak semestinya beriman kecuali apabila diterjemahkan ke dalam bentuk hati, lisan dan amalan tubuh badan. Sombong intelek adalah bukti sombong pada hati. Iman masih ada ruang untuk diperbaiki.

Lantas,  perlulah dimantapkan usaha untuk mendekati dan memahami konteks agar apa yang disampaikan memberi kesan. Memberi makna.  Bukan sekadar untuk orang yang bijak IQ sejak lahir sahaja. Dan bukan untuk bijak intelek sahaja.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Bacalah dengan niat resonan

Jika seseorang itu sudah menguasai Pemikiran Sistemik, ia mempunyai satu ciri khusus yang perlu diusahakan. Anda baca dan ada niat...

Close