Mewujudkan Hamza Yusuf dalam MISG


Siapakah Hamza Yusuf ketika berusia 16 tahun? Beliau adalah seorang yang tidak mendapat hidayah Allah. Beliau tidak tahu berbahasa Arab. Beliau tidak menulis hebat dengan memuji Allah. Beliau tidak pandai berucap untuk memuji Allah dan membawa kebesaran Islam. Beliau tidak mampu membaca kitab Arab dan Islam. Beliau tidak mampu membaca dengan nama Tuhan. Namun siapakah Hamza Yusuf sekarang? Bukan figur Hamza Yusuf yang diidolakan, tetapi ciri perubahan atau inqilaab itu yang perlu dicerminkan pada diri kita. Adakah ‘Hamza Yusuf’ dalam MISG? Bolehkah MISG mewujudkan ‘Hamza Yusuf’?

Setidak-tidaknya dalam kepimpinan atau penggerak MISG, ada ‘Hamza Yusuf – Hamza Yusuf’ yang dihasilkan di kalangan brothers atau sisters.  Bukan ciri ‘Hamza Yusuf’ yang duduk di California yang ingin ditiru. Tetapi proses inqilaab atau perubahan kebaikan yang dilaksanakannya.

Ia berkaitan dengan tarbiah

Perubahan itu berkaitan dengan tarbiah yang diikuti. Hamza Yusuf membina sistem tarbiah untuk diri sendiri. Dia tahu apa yang ingin dicapai, sehinggalah kini boleh mengajar subjek Arab Klasik dan Kesusasteraan di Zaytuna Institute. Silibus atau transkrip tarbiah itu diikuti dengan tunjuk ajar pelbagai guru, sehingga beliau mampu membina perubahan dalam diri – berasaskan kalimah toiyibah.

Bercakap, menulis atau apa sahaja kemahiran

Apa yang dibawa oleh Hamza Yusuf ialah lambang Islam untuk mencorak kehidupan Amerika – khasnya yang beragama Islam. Apa sahaja kemahiran yang ada, digunakan untuk memberi manfaat besar dan umum. Inilah insan yang ingin dihasilkan dengan mengikuti program MISG. Individu yang boleh bercakap, menulis atau menyampaikan mesej dakwah untuk manfaat besar.

2 perkara penting

Dua perkara penting mengambil contoh dalam hidup Syeikh Hamza Yusuf dan ramai figur lain:

  1. Dulu teruk dan tanpa hidayah, tetapi kini mendapat hidayah dan berubah (peringkat ‘abd atau individual)
  2. Ada kemahiran yang dialurkan kepada penegakan Islam dalam kehidupan secara massa (peringkat khalifah atau kolektif)

Lantas mungkinkah MISG mewujudkan senario 1 dan 2 dalam program dan sistemnya? Paling tidak pada qiadah dan penggerak.

Benchmark

Untuk mengetahui sejauh mana item 1 dan 2 di atas dapat dipenuhi, kita boleh memberi satu topik dan minta disampaikan kepada umum pada mana-mana individu dalam MISG. Kita letakkan target 100 orang atau lebih mampu mendapat kesan mesej yang ingin disampaikan. Iaboleh berbentuk IT, penerbitan, program tarbiah atau dakwah, program kebajikan atau ekonomi. Jika anda sebagai ahli MISG mampu melaksanakannya, maksudnya anda  adalah ‘Hamza Yusuf’ dalam MISG.  Namun jika tidak, anda perlu berubah. Atau perlukah MISG berubah?

Facebook Comments:

10 Comments

  1. Wan Khalil Wan Ahmad says:

    Sheikh Hamza Yusoff bukan sahaja berjaya menukarkan dan membuat revolusi terhadap dirinya tetapi berjaya membawa pembaharuan kepada keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Macam mana dia dari seorang yang tidak mendapat hidayah, bertukar menjadi seorang yang mampu memimpin sebuah organisasi Islam yang begitu hebat dan disegani. http://www.irw.org

  2. im says:

    Adakah MISG atau kita perlu berubah? Pendapat ana, dedua kena berubah. Dedua perlu berubah supaya sustainable pada masa akan datang.
    MISG berubah untuk cater M’sian Muslims dengan lebih efficient. Kita berubah untuk support da’wah back home nnti.
    Andai gagal berubah, da’wah tetap akan berjalan.
    Semoga ALLAH tempatkan kita di kalangan mereka yg istiqamah..Ameen

  3. mawaddah says:

    Bagi ana sendiri, yang paling penting adalah perubahan diri sendiri dulu. From there, we would be able to change others mcm peringkat khalifah tu. Tapi, itulah yang paling susah utk diubah so rejim pengisian dan muhasabah dri yg lengkap perlu dirancang dan dilaksanakan.
    *Pesanan utk diri sendiri juga*

    • al-muntalaq says:

      Dalam bahasa Arab, jika dikaitkan dengan seseorang dalam tajuk atau perbualan – ia adalah ilmu mithal. Bukan ambil bulat-bulat atau sesuatu yang tidak menjadi pedoman kerana khuatir akan tidak lurus jalannya. Boleh ditukar tajuk ini kepada ‘Mewujudkan Lonsaa dalam MISG’..:)

  4. farhan_wahab says:

    salam,
    kalau ditanya tentang perubahan yang ana mahukan pada diri sendiri emmang la banyak..
    apapun ana setuju dengan mawaddah..perubahan dalam diri sendiri itu penting sebelum memikirkan soal khalifah..
    ana teringat pesanan Ustaz Abdullah Zaik dari Isma yang dikongsi oleh bro Imran TY tahun lepas..
    menurut Ustaz Abdullah, daie bukan sekadar berdisiplin dalam usrah dan gerak kerja jemaah, tapi mesti juga berdisplin di luar..yakni dalam kehidupan seharian..dalam konteks kita pelajar bagaimana displin dan tumpuan kita pelajaran kita..professionalisme kita dalam berkerja..pengurusan masa kita..pengurusan diri..pengurusan kewangan..banyak lagi la..mungkin itu yang kita perlu tumpukan bagi diri ana sndiri.
    disitu sebenarnya orang melihat kita..ruang dakwah yang lebih besar ada disitu.kita duduk dalam usrah bersama rakan berapa jam sangat dlm seminggu?? renung-renungkanlah..

    ps:maaf la kalau komen melalut..

  5. imranty says:

    Bismillah

    Agree dgn komen2 sebelum ni. Memang jika kita ingin melakukan sesuatu perubahan, haruslah bermula dengan diri sendiri. Sebabnya seperti yang dinyatakan oleh bro Farhan Wahab, perkara yang kita ingin ubah itu, bila disampaikan pada orang lain, orang lain akan melihat sama ada kita sudah melaksanakan perkara itu atau tidak. Dan dari situ kita dapat lihat bahawa, bahawa dakwah mmg bermula dgn diri kita sendiri.

    Bagi ana personally, dalam proses utk melakukan perubahan, tidak dapat tidak kita harus bermujahadah melawan perkara2 yang kurang manfaat seperti bermain games terlalu banyak, menonton drama, movie, anime terlalu lama dll. Perkara ini walaupun nampak kecil, tapi sebenarnya mempengaruhi pemikiran kita dan yang terutamanya, ia mempengaruhi iman kita.

    Lain dari tuh kita memang perlu struggle untuk mencari masa menambahkan pembacaan bahan2 islami dan kalau dapat kita kongsikan kepada rakan-rakan yang lain supaya berlaku circulation ilmu. Kita juga dapat memantapkan lagi pemahaman dalam satu2 material.

    Wallahua’lam.

    p/s: kena keep short, kalau panjang sangat baik tulis artikel terus…hehe…

  6. Pensel Kayu says:

    Terkesan dgn komen imranty.. Mmg tak nafikan bnda2 kcik macam anime tu slalu mnjadi punca utama kelalaian kita dalam beramal. Kadang2 nk tgk anime punya pasal, sampai solat dikemudiankan (astaghfirullah..) bukan anime shj, byk bnda2 kecik yg memberi impak besar, maka sama2 kita muhasabah. smoga ‘hamza-yusuf dalam misg’ dpt direalisasikan, insya Allah..

  7. deremind says:

    Bila qiyadah improve dengan mantap, inshaAllah kita dapat improve ahli2 dengan mantap juga. “kepimpinan melalui teladan”

    -tapi jangan pulak stopkan tarbiyyah ahli juga-

Leave a Comment

Read previous post:
Perkauman

Assalamualaikum w.b.t. Terlintas untuk saya menulis coretan ini adalah selepas mendapat email dari yahoo groups. Pokok asal perbincangan email ini...

Close