Mencegah tanpa Mendidik

Bismillah

(Nota: Post ini merupakan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan pandangan mana-mana pertubuhan)

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan di Malaysia mengenai isu penggunaan ‘Allah’ oleh salah satu penerbitan Kristian iaitu Herald. Mahkamah memutuskan bahawa penggunaan tersebut dibenarkan namun keputusan itu telah dibatalkan oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri) yang menyatakan bahawa ‘timbul kekeliruan dalam menentukan keputusan’. Hal ini disambut baik oleh sesetengah rakyat terutamanya umat Islam di Malaysia namun, apakah langkah ini akan membawa kebaikan kepada umat Islam secara umumnya?

Jika diambil kira kesan jangka pendek, langkah menyekat (preventive measure) ini sudah tentu akan membawa kebaikan kerana ia mampu mengelakkan salah faham umat Islam terutamanya generasi muda terhadap Allah itu sendiri. Mungkin akan wujudnya persoalan “Islam ada Allah, Kristian pon ada Allah, so agama mana yang mempunyai Allah yang betul?”. Tetapi jika kita lihat pada kesan jangka panjang yang akan timbul nanti, ia akan membawa satu malapetaka yang besar kepada umat Islam (melihatkan suasana umat Islam dan sistem yang ada di Malaysia hari ini).

Langkah mencegah (preventive measure) merupakan satu langkah baik untuk dilakukan. Namun mencegah tanpa mendidik, itu yang menyebabkan umat Islam semakin jauh daripada Islam itu sendiri. Mengapa? Mari kita lihat satu contoh. Andai kata seorang ibu melarang anaknya yang berumur 5 tahun dari memanjat pokok dengan menyatakan “Ali (contoh saje), jangan panjat pokok tuh…”. Jika seorang ibu hanya melarang anaknya memanjat pokok tanpa menjustifikasikan larangan tersebut, anaknya pada suatu hari akan panjat juga pokok tersebut kerana sifat semula jadi manusia yang suka mencuba pelbagai perkara (secara umumnya).

Kalau kita bandingkan pula jika seorang ibu mengatakan “Ali, jangan panjat pokok, nanti jatuh. Kamu sakit nanti”. Di sini seorang ibu melarang seorang anak dari memanjat pokok dan dalam masa yang sama mendidik anak dengan memberikan justifikasi bahawa jika panjat pokok boleh menyebabkan anak itu tercedera apabila terjatuh.

Sama jugalah isunya dengan penggunaan kalimah Allah yang timbul sekarang ini. Sikap kita yang selalu mengambil langkah melarang tanpa mendidik akhirnya menyebabkan umat Islam itu sendiri jauh dari Islam kerana mereka hanya akan memandang Islam sebagai satu agama “yang hanya tahu melarang” sedangkan larangan yang termaktub dalam syariat Islam mempunyai justifikasi yang sangat tepat yang akhirnya membawa kebaikan kepada umat manusia sejagat!

Apa yang saya cuba sampaikan di sini ialah, langkah melarang penggunaan perkataan Allah oleh penggunaan terbitan Kristian (Herald) hanya akan menyebabkan umat Islam terus berada di ‘zon selesa’ dan tidak merasa cemas dengan keadaannya yang semakin parah sekarang ini. Kesannya, umat Islam akan terus lalai dan lalai kerana ‘nasib mereka dilindungi oleh kerajaan’! (Sama juga kesnya dengan pemberian biasiswa kerajaan).

Wallahua’lam.

p/s: Sebenarnya kalau kita lihat Bible versi arab, kita akan dapati kalimah Allah turut digunakan merujuk kepada Tuhan. Walaupun orang Kristian betuhankan konsep trinity, tetapi kalimah Allah yang digunakan memang merujuk kepada God, manakala Al-Masih merujuk kepada Jesus dan Ruhul-Qudus merujuk kepada Holy Ghost.

5 thoughts on “Mencegah tanpa Mendidik

  • March 2, 2009 at 9:03 am
    Permalink

    Sangatlah bersetuju dengan apa yg imranty kongsikan dlm artikel ni. Tak sepatutnya timbul masalah kekeliruan andai kefahaman Islam itu ada dalam diri setiap muslim di Malaysia. Kekadang rasa lucu jugak sebab bila masuk bab2 ‘sensitif’ macam ni bukan main ramai lagi yang keluar suara2 lantang. Tapi bila bab2 ‘aqidah, ibadah, akhlak etc tak pulak suara selantang ni. Chalo ji!

    Reply
    • March 2, 2009 at 9:12 am
      Permalink

      Lupa pulak nak tambah isi. Zaman Nabi dulu pun, polytheists pon pakai nama Allah jugak untuk merujuk kepada tuhan diorang. Taktau lah Malaysia ni macam mana. Tak tau beza kot mana yang lebih penting untuk diperangi?(ie: aurat dan moral di TV, Islam liberal, ajaran sesat etc)

      Reply
  • March 4, 2009 at 11:05 pm
    Permalink

    Tidak dinafikan wujud ketidak seimbangan dan “pilih kasih” di Malaysia sekarang. Banyak lagi isu yang memerlukan perhatian, tapi diabaikan. Isu-isu kecil pula yang dibangkitkan dan dibesar-besarkan agar menutupi sesuatu isu. Ini belum diambil kira isu remaja Islam mengutuk majlis fatwa lagi. Mungkin perkara ini dibiarkan kerana ada “orang besar” sendiri yang berani menghina hukum Allah.

    Biar buta mata, jangan buta hati…

    Reply
  • March 6, 2009 at 8:44 pm
    Permalink

    setuju. kadang2 kita terlalu take for granted in this issue. betul2 ni basic Islam muslims perlu diperkukuhkan. tarbiyyah itu penting!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mewujudkan Hamza Yusuf dalam MISG

Siapakah Hamza Yusuf ketika berusia 16 tahun? Beliau adalah seorang yang tidak mendapat hidayah Allah. Beliau tidak tahu berbahasa Arab.

Close