Masalah Religious @ Spirituality?

Senario bekerja di tempat bekerja pada hari ini bagaikan rutin yang tidak mampu di elakkan lagi. Ada dikalangan mereka yang sudah tidak tahan melakukan hal tersebut kerana merasakan tidak ada inovasi dan ke-kreatifan. Motivasi yang ada dalam setiap pekerjaan yang dilakukan kadangkala hanyalah kerana imbuhan material yang boleh meringankan beban pada tahap fizikal sahaja. Bagaimanakah kita mampu memberikan kepuasan yang tinggi (ultimate) dalam setiap pekerjaan kita?

 Manusia mempunyai 4 modal asas yang utama iaitu modal fizikal (physical quotient), intelektual (intellectual quotient), emosi (emotional quotient) dan spirituil (spiritual quotient). Jika kita perhatikan kepada 4 modal ini, manusia akan mampu kecapi ketenangan serta motivasi yang luar biasa apabila ke empat-empat modal ini di penuhi. Jika selama ini kita bekerja, modal yang dipenuhi hanyalah semata pada paras fizikal dan intelek semata-mata, maka kita akan mengalami keadaan yang dinamakan sebagai ‘kegemukan fizikal dan intelek’. Mereka yang mengalami kegemukan ini tidak memahami untuk apa mereka sebenarnya bekerja. Mereka tidak memahami falsafah pekerjaan mereka selama ini dan apa yang bemain di minda mereka hanyalah dapat ganjaran bulanan sudah cukup menyara kehidupan yang sementara ini. Kemudian mereka sudah merasakan cukup dengan apa yang ada pada paras teersebut.

Ketidakseimbangan modal diri yang di alami oleh manusia hari ini akan memberikan kesan yang amat besar dalam pembinaan serta proses mengenal diri. Sudah pasti jawapan hakiki tentang untuk apa saya bekerja?, untuk apa saya bekorban? unutk apa saya mencari kehidupan? untuk apa saya berada di tempat kerja ini? dan pelbagai lagi persoalan kehidupan, tidak mampu dijawab.

Split Personality

Personaliti terpisah ini amat ketara dilihat pada abad ke 21 ini. Kebanyakkan orang hari ini memisah-misahkan di antara hal-hal keduniaan dengan keagamaan, hal-hal spiritual dan agama, hal bekerja dengan ibadah. Pemisahan ini akan menyebabkan persoanaliti juga turut berubah. Kita mampu melihat dengan jelas pada hari ini, ‘trend’ meninggalkan ibadah sudah menjadi kebiasaan dan akhirnya, ramai orang yang dikatakan beragama, tetapi tidak memenuhi tuntutan agama. Akhirnya, ia menjadi fitnah serta persepsi yang buruk kepada agama.

Hal2 keagaamaan dan keduniaan adalah bersifat bergabung dan tidak terpisah-pisah. Inilah kunci utama mengapa manusia di abad ke 21 ini cepat merasakan kebosanan di dalam tugas harian mereka  adalah kerana pemisahan personaliti. Pemisahan ini juga kelak akan memerikan kesan ‘kepenatan’ yang amat tinggi di dalam jiwa manusia kerana mansuia terpaksa memakai banyak topeng personaliti yang berbea-beza mengikut perubahan persekitaran mereka. Mereka bagaikan tidak mempunyai set prinsip hidup yang jelas dan nyata!   

Cuba kita bayangkan, jika manusia merasakan bahawa, modal spirituil-emosi-fizikal-intelek mampu dipenuhkan dalam masa yang serentak diwaktu mereka sedang bekerja dan apa sahaja kondisi mereka, maka saya yakin, manusia akan faham, apakah makna sesungguhnya, tidaklah Aku ciptakan Jin dan Mnusia melainkan mereka beribadah kepadaKu (Az Zariyat)

Perkerjaan adalah ibadah

 Pekerjaan yang dilaksanakan adalah syarat utama dalam menghampiri kepada hasil. Jika tidak ada pekerjaan, maka tidak akan ada apa2 perubahan yang dilakukan. Jika manusia melakukan kerja-kerja harian mereka dengan mempunyai kesedaran yang tinggi (higher conciousneous) bahawa, pekerjaan itu adalah ibadah, maka mengapa mesti ada rasa kebosanan?

 Kepuasan adalah spirituil

Kepuasan diri adalah harapan manusia. kepuasan diri yang paling tinggi dalam diri manusia adalah mengenal hakikat kejadian diri sendiri, untuk apa dilahirkan, untuk apa diwujudkan dimuka bumi, untuk apa saya bekerja dsbnya. apa bila mereka mampu menjawab persoalan asas kehidupan ini, maka manusia akan menemui satu kepuasan spirituil yang tinggi dan mampu memenuhi modal tersebut.

 Lakukanlah pekrjaan andan dengan keyakinan yang tinggi bahawa, kita adalah makhluk/ hamba yang bekerja kepada Tuhannya. Bukan menjadi hamba kepada dunia dan material.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mencegah tanpa Mendidik

Bismillah (Nota: Post ini merupakan pandangan peribadi dan tiada kaitan dengan pandangan mana-mana pertubuhan) Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan di

Close