PIES adalah Model Dari Al Quran

Ya, kini saya baru memahami mengapa topik manusia amat penting untuk di fahami dan dikenali. Kerana apabila manusia itu mengenali hakikat kejadian serta kewujudan mereka di muka bumi ini, maka mereka adalah orang yang tidak akan membazirkan usia mereka dengan perkara yang sia-sia lagi terpedaya. Saya amat merasakan bahawa, ianya amat penting kerana selepas itu, manusia yang mengenali akan makna kehidupan di muka bumi ini, sudah pasti mereka akan meletakkan diri mereka di dalam ‘track’ yang betul dalam meniti jambatan kehidupan mereka.

PIES adalah Model Dari Al-Quran

Sepengkajian saya selama ini, ayat yang penting dalam mengeluarkan formula PIES adalah menerusi 3 surah utama iaitu surah al Mu’minuun (12-14), As Sajadah (8-9) dan Al Infitar (7). Ketiga2 surah ini adalah dalil utama dalam menerangkan model PIES.

 Bagaimana PIES di rumuskan?

PIES bermula dari kiri ke kanan. Dar penciptaan Physical manusia kepada peniupan roh ke dalam badan manusia seperti diterangkan di dalam surah al mu’minuun. penciptaan itu diterangkan menerusi pembentukan fizikal dahulu dan di akhiri dengan surah as sajadah.

 Perlukah PIES di susun begitu? Mengapa tidak EPIS? SEPI? dan lain-lain?

PIES di susun oleh Al-Quran dan hadith yang dikumpulkan oleh Imam An Nawawi (hadith kejdian manusia).

Apa yang perlu difokuskan dalam PIES?

PIES perlu dipelihara oleh manusia kerana ia adalah amanah yang paling penting. semua unsur/ komponen ini akan dikembalikan kepada Allah dan akan dipersoalkan, kecuali spiritual. Kerana spiritual ini adalah roh illahi (menurut tafsir) dan ia adalah tiupan ilahi yang paling suci dan perlu dikembalikan kepada sumbernya iaitu kepada Allah swt semula. PIE pula akan ditanya dan diertanggungjawabkan. Seperti komponen fizikal (kaki, tangan, mulut, mata, kemaluan dll), semuanya akan ditanya akan apa yg telah dikerjakan, manakala I & E pula akan ditanya oleh Allah, apakah ilmu yg diberikan itu diamalkan? (rujuk Al Quran)

Perkara yang paling penting di dalam PIES adalah seimbangkan seperti yang dikatakan di dalam surah Al Infitar ayat 7. Allah swt telah memberikan kesempurnaan di dalam kejadian manusia yang penuh dengan kesempurnaan dan keseimbangan, maka manusia perlu menjaga keempat-empat PIES ini seimbang dalam semua aspek, tidak kira dalam pengurusan (management), sumber daya manusia (human resources) dan lain2.

Sebagai contoh,sebuah syarikat yg menguruskan HR, tidak mengambil berat berkenaan dengan pembangunan dan keseimbangan PIES di syarikat mereka, sebenarnya mereka semua mengalami kebinasaan (tidak seimbang).

Apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan PIES?

Allah swt sudah pun memberitahu kepada kita, setiap yang hidup itu akan menemui kematian. Maka, keseimbangan itu akan memberikan ketenangan (sa’adah) dan kebahgiaan di akhirat kelak (Al Imraan 185)

Bangunkan Potensi PIES

Ia sudah diterangkan dengan jelas di dalam surah Al Mudassir (1-5)- satu penyeruan kepada manusia yang lemah (tidur) agar bangkit semula dengan semangat (ilmu dan semanagt) dan kekuatan (akidah) yang hebat untuk mentadbir alam ini menuju kepada yang Maha Pencipta.

wallahualam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Masalah Religious @ Spirituality?

Hari ini, kita akan melihat satu bentuk kehidupan yang telah terbina hampir berabad lamanya. Sistem kehiudpan harian; bangun pagi-kerja-pulang-tidur-bangkit semula...

Close