Umum

Solat Jumaat sebelum waktunya

Hidup di US ni memang lain dari hidup di Malaysia. Peratusan populasi muslim bermazhab Syafie adalah kurang berbanding di Malaysia. Usaha mencari makanan halal amatlah berbeza suasana dengan Malaysia. Suhu dan cuaca juga berbeza. Dugaan dan cabaran juga berbeza. Lagi-lagilah waktu musim panas, kalau lalu depan asrama tuh, perghhh, cepat-cepatlah pandang awan, jangan tundukkan pandangan, lg nmpk =)

Tak kisah lah apa pun, yang penting apa yang saya nak bincang kali ini adalah berkaitan solat Jumaat di US. Solat Jumaat yang tak pernah-pernah dibuat di Malaysia. Solat Jumaat yang dimaksudkan adalah solat Jumaat dilaksanakan sebelum masuk waktu solat Zuhur mengikut perkiraan 3 mazhab besar iaitu Shafie, Hanbali dan Maliki. Perkara ini berlaku di sesetengah tempat di US. Sebagai contoh, di Universiti Negeri Pennsylvania, sewaktu daylight saving, solat Jumaat diadakan pada pukul 12.30pm padahal Zuhur masuk sekitar pukul 1:20pm.

Ada beberapa pandangan berkaitan isu ini. Jika dirujuk kepada JAKIM, hukum Solat Jumaat yang didirikan itu adalah tidak sah dan perlu diqada’ semula (penjelasan dari Jakim).

Walaubagaimanapun, ada pendapat lain yang mengatakan boleh, IslamWeb. Ini bersandarkan kepada pendapat Imam Ahmad. Inilah kelebihan yang terkandung dalam Islam, flexible. Tetapi ada syaratnya dan ia tidak digalakkan.

Akan tetapi, Solat Jumaat selepas masuk waktu Zuhur adalah yang sebaik-baiknya. Orang yang bersolat Jumaat sebelum masuk waktu Zuhur pula perlukan mengkaji isu ini dan memahaminya. Perbuatan ‘taklid’ atau dengan bahasa mudahnya main ikut aje adalah salah dan tidak dibenarkan. Seseorang itu perlu melakukan kajian mengikut kemampuan diri sendiri sebelum menentukan pandapat mana yang akan dipegangnya. Perbuatan mengikut orang lain tanpa mempunyai asas kefahaman yang kukuh adalah salah dan ditak dibenarkan.

Pandangan peribadi saya, selagi semampu mungkin boleh dielakkan, eloklah dielakkan solat Jumaat sebelum masuk waktu Zuhur.
Wallah hualam.

Sekian,
-wankhalil-

2 thoughts on “Solat Jumaat sebelum waktunya

  • Assalamu’alaykum

    Rasanya boleh ubah kot ayat ni

    “Walaubagaimanapun, ada pendapat lain yang mengatakan boleh, IslamWeb. Ini bersandarkan kepada pendapat Imam Ahmad. Inilah kelebihan yang terkandung dalam Islam, flexible.”

    Islam fleksibel bukan kerana pendapat ulama’, tetapi berdasarkan bukti yang ada dalam Qur’an dan Hadith yang digunakan ulama’. Kalau sesuatu perkara itu jelas lagi terang haram, pendapat ulama’ yang menghalalkan harus ditolak. Dan andai sesuatu perkara itu terang lagi bersuluh halal, pendapat ulama’ yang mengharamkan harus ditolak.

    Berkenaan fleksibiliti Islam itu memang tidak diragukan, tetapi harus diingat, hukum fiqh akan meletakkan hukum paling mudah, tetapi bergantung kepada iman kita untuk melaksanakan yang terbaik.

    Okeh tu dulu. Wassalamu’alaykum

    Reply
    • Wan Ahmad Wan Khalil

      Betul tuh. Tapi hanya ulama yang palsuatau ulama jadian sahaja berani menghalalkan benda yang sudah terang-terang haram.

      Flexibility dalam Islam datang bila kita dah cuba sedaya upaya kita untuk mengelak dan mencari alternatif lain, tapi dah tak ada pilihan lain. Sebagai contoh, Fall 2009 saya tidak boleh bersolat Jumaat dimasjid kerana ada kelas. Timbul persoalan, kenapa tak ambil kelas lain? Jawapannya, kelas ini ditawarkan sekali setahun dan hanya ada satu seksyen. Kelas ini wajib sebagai prasyarat kelas untuk sem Spring 2010. Kenapa tak ambil pada tahun lain, ambil tahun lepas ke? Jawapannya, saya dah nak ambil tahun lepas, situasinya sama. hanya ada satu seksyen iaitu pada waktu solat Jumaat, bila saya bertanyakan kepada advisor, dia cakap, amat besar kekungkinan kelas tu akan kekal masanya untuk sampai bila-bila. Akan tetapi, saya masih ada pilihan lain, saya boleh minta keluar awal dari kelas setiap jumaat. Jika tidak mendapat kebenaran, kena fikir 2 kali juga untuk ponteng kelas.

      Dalam kes saya, saya kena rujuk balik pendapat-pendapat ulama, kena bertanyakan kepada orang yang arif dalam Islam dan buat keputusan nak ikut yang mana. Nak solat Jumaat sebelum waktunya ke, nak solat zuhur sahaja atau nak solat Jumaat sebelum masuk waktu dan kemudiannya solat zuhur sekali lagi.

      Islam itu mudah, jangan susahkannya. Akan tetapi jangan pandang remeh akan hukum Allah.

      Nabi Muhammad SAW bersabda “…sesungguhnya sebaik-baik perbuatan itu adalah yang tengah-tengah…..”

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
PIES adalah Model Dari Al Quran

Saya mengucapkan rasa syukur kepada Allah swt kerna sepanjang kehidupan saya dalam beberapa tahun yang lalu, saya mula mendalami dan...

Close