Ilmu Sebelum Amal

Menurut Said Hawwa, ilmu itu amat penting untuk berbuat amal. Tanpa ilmu itu, amal akan jadi sia-sia. Malah yang lebih tidak baik ialah apabila ilmu yang tidak jelas akan menyebabkan amal tersekat. Benarkah begitu ?

Sebagai contoh, jika seseorang menyedari bahawa dalam menuju kepada tujuan dakwah, individu itu sekadar menyampaikan sahaja ilmu dan maklumat tentang Islam. Ini tidak cukup kerana setelah diberitahu pada fasa at-tableegh atau at-ta’leem, perlu ada usaha untuk menaiktarafkan individu yang faham tersebut. Proses menaiktarafkan individu inilah yang diistilahkan dalam bahasa Arab sebagai at-takween.

Pada peringkat at-takween, ada syarat tersendiri yang pasti berbeza pada tahap at-tableegh. Ini sudah tentu terjadi kerana kalau kita berada pada tahap awal di tempat kerja, mungkin kita akan diberitahu secara ringkas. Namun setelah lama, pasti akan disusun dengan baik – mengikut latihan , diberi praktikal dan sebagainya.

Kalau layaklah si individu ini dengan ciri yang sepatutnya, barulah ia akan diletakkan dalam struktur organisasi yang diistilahkan sebagai at-tanzeem. Pada tahap ini, kepakaran ini perlu dikenalpasti dan diletakkan pada tempatnya. Tanpa peletakan pada tahap dan lokasi yang sesuai, seseorang pemimpin pada waktu itu akan dianggap sebagai zalim.

Apabila sudah diletakkan dalam tanzeem serta ditanzeemkan dengan mantap,  barulah peringkat pelaksanaan akan menjadi efisien. Kalaulah peringkat at-tableegh masih terpancar-pancar dan tidak sekata,keadaan amal dan pelaksanaan pada peringkat at-tanfeez sudah ada sistem yang berjalan dengan baik – baik susun atur perancangannya di samping tenaga pelaksana yang benar-benar memahami aspirasi dakwah Islamiah.

Di manakah kita? Di manakah anda? Inilah masa untuk memperkukuh ilmu kerana kalau tiada ilmu, pasti amal kita hanya terhenti pada tahap at-tableegh  padahal tugas kita amat banyak sehinggalah at-tanfeez  yang memerlukan komitmen dan kefahaman yang benar-benar mantap. Barulah datang kemenangan dari-Nya!

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apakah Tahap Dakwah Kita Sebenarnya?

Terdapat 4 tahap dakwah di dalam pembinaan ar-Rijaal atau maraahil Ad Da'wah1. At Tabliigh - At-Taalim (Menyampaikan mesej Islam/ Islah...

Close