Tekanan!

1. Dimanakah kedudukan akal dan nafsu ketika seseorang tertekan? Masih mampukah seseorang berfikir dengan baik atau dia akan menjadi tak waras fikirannya dalam keadaan tertekan?

2. Ketika tertekan emosi negatif akan lebih dominan. Marah, sakit hati, terlalu bimbang, murung, bersedih dan juga mungkin menjadi ganas. Ianya banyak melibatkan elemen hati- nafsu berbanding otak- akal. Dalam aspek fizikal, ketika tertekan peredaran darah akan lebih laju mengikut pergerakan jantung yang tidak teratur.

3. Tekanan darah meningkat ke otak pada tahap yang tinggi sehingga menyebabkan ‘mental block’ dan juga migrain. Ketika otak dalam keadaan lemah kemampuan berfikir dengan baik semakin kurang. Semakin banyak berfikir semakin mudah diserang sakit kepala.

4. Ketika itu elemen hati mendominasi dan ianya amat bergantung sejauh mana hati seseorang individu itu diuruskan dalam kehidupannya. Secara lebih tepat bagaimana spiritual individu itu diuruskan, begitulah keadaan ‘cuaca’ dalam hatinya ketika tekanan.

5. Cara yang paling mudah untuk menghilangkan tekanan adalah dengan cuba mengabaikan tekanan, bukan menyelesaikan punca datang tekanan itu. Antaranya merokok, minum minuman beralkohol, ambil dadah, banyakkan makan, menonton tv sepanjang masa, menjauhkan diri daripada kawan, keluarga dan masyarakat,tidur sepanjang hari atau memindahkan stress dengan cara ganas, melalak, atau mengamuk.

6. Stratergi itu mungkin berjaya dalam masa singkat tapi untuk jangka masa panjang ia hanya menggandakan masalah yang sedang dihadapi. Cara begitu juga melibatkan kos dan keperluan-keperluan lain yang perlu dicari. Sedangkan penyelesaian perlu dicari dalam masa yang cepat dan bersesuaian dengan semua keadaan. Maka hati yang kuat amat ditagih ketika berdepan suasana yang menggangu jiwa ini melaui pengurusan hati atau spiritual.

7. Spiritual membawa manusia sedar tentang tujuan hidupnya dan mengenal siapa Pencipta dirinya. Amalan spiritual yang sentiasa diulang-ulang memproses jiwa untuk sentiasa ingat kepada Tuhan walau dalam apa jua keadaan. Samada ketika tekanan, gembira sehingga ketika dalam nazak tidak mungkin seseorang akan melupakan Tuhannya jika hatinya telah ditanam dengan nilai-nilai spiritual.

8. Tekanan tidak dapat dielakkann. Oleh itu persiapan untuk menyesuaikan diri dan menerima hakikat kewujudan tekanan dapat mengubah rekasi negatif kepada positif dalam meneruskan cabaran hidup.

Allah Maha Besar menguasai sekalian alam.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Yang Merosakkan Mood WC 2010.

1. WC 2010 dah melabuhkan tirai. Semua pun dah tahu siapa menang, siapa kalah. Siapa hebat, siapa lemah. Saya pasti

Close