Yang Merosakkan Mood WC 2010.

1. WC 2010 dah melabuhkan tirai. Semua pun dah tahu siapa menang, siapa kalah. Siapa hebat, siapa lemah. Saya pasti semua orang enjoy walau mungkin ada team yang disokong tak kesampaian hajatnya menunjukkan kehebatan. Namun dalam keseronokan melayan WC  ada beberapa perkara yang merosakkan suasana kemeriahannya (dalam konteks Muslim yang meminati bola sepak).

2. Pertamanya adalah tentang tilikan atau ramalan. Antara yang paling glamour adalah ramalan Paul the Octopus. Mungkin ada yang anggap ini sebagai gurauan, tak perlu diambil serius sangat atau ‘tak perlu kot kaitkan agama dengan bola sepak’. Tapi bro, soal akidah tak boleh sekali-kali dipermainkan. Tauhid adalah perkara asas keimanan seseorang Muslim, tanpa tauhid tiadalah Islam.

3. Percaya, yakin atau meletakkan harapan kepada ramalan adalah perosak akidah bahawa sesuatu yang bakal, sedang atau telah terjadi itu diaturkan oleh Allah. Untuk yang bakal terjadi ianya masih ghaib, tidak diketahui.

Walau dalam bentuk gurauan atau ‘saja-saja’ diucapkan seperti “bro Paul Octopus dah bagitau Spain mesti menang!” ianya boleh mengubah persepsi individu bahawa Paul the Octopus memiliki kebolehan mengatur atau melihat masa hadapan mendahului takdir Allah yang belum terjadi.

4. Jika ramalannya benar sekali pun pernahkah kita bertanya siapa yang memberi ilham kepada Paul the Octopus? Atau itu sekadar kebetulan yang Allah jadikan untuk menguji tahap keimanan qada’ dan qadar hambaNya? Akhirnya si sotong itu tak kemana, yang bakal disoal kelak kita manusia yang pandai-pandai membuat andaian.

5. Perkara kedua yang merosakkan mood WC adalah judi, atau betting (istilah yang sedap didengar berbanding judi). Saya tak mahu bercakap tentang judi bola Tan Sri Vincent Tan. Ini adalah judi antara kawan-kawan, bertaruh keatas pasukan mana yang bakal menang dalam satu-satu perlawanan. Pada dasarnya taruhan sebegini juga dibuat secara suka-suka, bukan sebab nak kaya. Rasa seronok ‘menang’ dan dapat membuat ‘pilihan yang tepat’ menjadi motivasi untuk terus-terusan terjebak.

6. Konsep ‘suka-suka’ atau ‘saja-saja’ tak pernah menjadikan yang haram itu halal. Walaupun kedua-dua pihak tak kisah tentang kalah menang betting tersebut kerana nilainya kecil atau cuma main-main, sekali taruhan dibuat hasilnya adalah haram untuk dimakan / digunakan.

7. Akhirnya saya minta kita semua saling ingat mengingati sesama kita semua. Tak mahulah hanya kerana sotong atau duit RM10 menjadi penyebab kita tergolong dalam manusia yang zalim dan rugi (moga dijauhkan Allah).

8. Marilah kita meraikan WC dengan cara yang sesuai dengan keadaan kita. Walaupun memang banyak kerosakan dalam penganjurannya, janganlah kita meraikan kerosakan itu. Bersederhanalah!

viva! disfrutar de la Beuty del fútbol

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bagaimana mahu ‘Connect’?

Banyak kali saya mengendalikan program CASIC samada untuk syarikat, universiti, guru-guru atau pelajar. Salah satu elemen dalam CASIC ialah 'Connect'.

Close