Bagaimana mahu ‘Connect’?


Banyak kali saya mengendalikan program CASIC samada untuk syarikat, universiti, guru-guru atau pelajar. Salah satu elemen dalam CASIC ialah ‘Connect’. Bagaimana mahu ‘Connect’? Banyakkah pilihan untuk kita ‘Connect’ dengan Allah dan sesama manusia? Mengapa ia penting?

Sebenarnya, dalam sesuatu sistem, syaratnya ialah elemen-elemen dalam sistem tersebut ‘berhubung’ atau ‘connect’ antara satu sama lain pada kaedah dan had yang ditetapkan. Jika elemen yang berhubung terkurang atau terlebih, maka sistem itu akan bermasalah. Cuba bayangkan sistem sebuah kereta mempunyai elemen tayar kapal terbang di sebelah pemandunya. Bukankah sukar?

Selain itu, jika elemen berhubung dengan cara yang salah, sistem itu juga akan bermasalah. Tidak mungkin sebiji tayar pada Proton Saga dihubungkan atau diletakkan di bahagian steering. Letak tayar ialah di bawah badan kereta itu sendiri.

Dengan siapa mahu ‘connect’?
Ada yang menyatakan kita perlu ‘connect’ dengan manusia sahaja. Namun jika kita perhatikan secara lebih luas, kita boleh ‘connect’ dengan harta benda, idea, emosi dan Allah serta semua aspek fizikal, intelek, emosi dan spirituil. Bagi orang Islam, mereka mempunyai banyak ‘connection’. Antara yang utama di peringkat sprituil ialah :

  • Allah
  • Malaikat
  • Kitab
  • Rasul
  • Hari Akhirat
  • Qadha Qadar.
  • Jika seseorang berhubung dengan enam perkara ini, ia akan dihubungkan dengan pelbagai dimensi kejayaan di dunia dan akhirat. Ramai individu yang tidak mendalami perhubungan dengan 6 elemen di atas kerana merasakan hubungan dengan aspek Physical seperti makanan, duit dan kekayaan nampak lebih real. Namun ini kekadang membawa salah faham. Aspek fizikal tidak jauh ke mana. Malah jika spirituil dijaga, seharusnya elemen fizikal, intelek dan emosi akan menjadi kuat.

    Percaya – salah satu cara untuk ‘Connect’

    Percaya atau beriman adalah salah satu cara untuk ‘Connect’ dalam kehidupan seharian. Sebelum mempercayai sesama manusia, kita perlu ‘connect’ dengan sistem kepercayaan yang digariskan oleh Allah dalam al-Quran dan as-Sunnah. al-Quran bukan sekadar kitab undang-undang, tetapi ia juga merangkumi aspek tauhid dan hidayah.

    Moga kita mampu menjadi orang yang ‘connect’ selalu dengan sumber kekuatan dari Allah.

    Facebook Comments:

    Leave a Comment

    Read previous post:
    'Confused' : Antara Kita Dan Gay / Les.

    1. Saya cukup confused, (lebih confused dari tahap confused golongan gay/les mengenai naluri seks mereka) tentang mengapa masyarakat harus bersimpati...

    Close