Bagaimana Allah mengubah ?

Dalam kehidupan seharian, aspek spirituil kekadang dipandang ringan kerana kita tidak faham bagaimana powerfulproses itu bertindak – yang datang dari Allah. Jika kita tidak merujuk kepada Allah, kita hanya berharap dengan kekuatan aspek fizikal, intelek dan emosi diri sendiri. 3 aspek ini tidak memberi apa-apa kecuali dengan izin Allah. Lantas, jika seseorang itu mengabaikan atau memandang enteng kekuatan Allah atau aspek spirituil dalam mengubah keadaan, anda mungkin perlu membaca analisis dan formula berikut.

 

Sebenarnya sebagaimana dinyatakan dalam sebuah buku bertajuk Khusyuk Itu Mudah oleh Mardibros, apabila seseorang ada masalah kewangandan memohon kepada Allah, proses pertama yang berlaku bukanlah rezeki atau duit jatuh dari langit atau datang seseorang membawa duit. Namun aspek utama yang dibersihkan ialah aspek emosi – di mana jiwa akan tenang dan tidak kalut dalam menghadapi cabaran kewangan (cabaran fizikal).

Setelah jiwa tenang dan tenteram, maka aspek intelek akan mampu bertindak dengan baik. Minda boleh berfikir dan mendapat ilham dari Allah untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan baik. Banyak idea yang hadir disekalikan dengan kekuatan emosi yang hadir. Inilah asas untuk satu usaha yang berkesan.

Dalam masa yang sama, Allah berkuasa mengarahkan makhluk-makhluknya untuk tunduk kepada individu yang memohon pertolongannya. Berharap kepada Allah, pasti Allah akan tolong. Namun kalau kita rasakan diri kita sahaja yang berkuasa membuat perubahan atau kita mengharapkan manusia lain untuk membantu kita secara mutlak, kita mungkin akan kecewa.

Setelah aspek emosi dan intelek tenang dan dapat berusaha, ia akan mendekatkan diri seseorang kepada kejayaan. Betapa ramai individu yang hampir berjaya tetapi kerana tertekan dan tidak sabar, ia akan quit dari apa yang dilaksanakan dan tidak sabar. Kesannnya? Kejayaan tidak sempat dikecapi.

Tubuh badan kita akan bergerak dengan efisien dengan intelek dan emosi yang stabil. Apabila Yang Berkuasa membantu, tiada siapa yang dapat menghalangnya. Yang Berkuasa mampu membolak-balikkan hati sesiapa sahaja di sekeliling kita untuk berubah. Namun sudahkah kita berubah kearah-Nya?

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Iman sebelum Quran

Perlukah iman sebelum membaca al-Quran ? Atau membaca al-Quran barulah diikuti iman ? Apa beza kedua-duanya?

Close