'Confused' : Antara Kita Dan Gay / Les.

1. Saya cukup confused, (lebih confused dari tahap confused golongan gay/les mengenai naluri seks mereka) tentang mengapa masyarakat harus bersimpati kepada golongan tidak normal ini. Kenapa tidak normal? Kerana jika anda melihat lembu jantan mengawan dengan lembu jantan pasti anda yakin yang itu adalah satu situasi paranormal didunia. Tidak pernah dalam penemuan saintis pemenang Hadiah Nobel yang menemukan percampuran kelamin haiwan yang sama ‘gender’.

2. Sama halnya dengan manusia, tidak normal jika dua insan yang sama gender terperangkap dalam gelodak nafsu mencintai sesama mereka. Kalau haiwan pun tahu membezakan yang mana jantan dan betina mengapa manusia berakal boleh keliru?

3. Isu yang ingin saya bawa adalah tahap simpati rakyat Malaysia kepada golongan gay/les. Ada yang beranggapan mereka wajar diberi hak menjalani kehidupan yang normal berdasarkan hak kebebasan dan hak asasi manusia. Alasan seperti ‘mereka juga manusia biasa cuma naluri seksual mereka yang berbeza dan  tidak wajar ada diskriminasi dalam kehidupan’ sering diberikan.

4. Hatta pandangan serong dan sinis pun tidak boleh diberikan kerana boleh mengganggu emosi mereka. Bagi saya, itu semua mengarut dan tak berakal. Golongan yang merosakkan dan mengacau bilau struktur masyarakat tidak patut diberi muka.

5. Walaupun begitu saya bukanlah ingin mempromosikan kekerasan harus dikenakan keatas golongan ini. Namun pendirian saya jelas, jika kita ingin menjamin kelangsungan hidup manisia didunia, hal-hal berkaitan ini harus diselesaikan dengan bijak. Jika tidak, spesis manusia itu bukan pupus kerana meteor jatuh ke bumi, tetapi kerana manusia buta memilih cara hidup.

6. Secara ringkas, gay/les merosakkan struktur masyarakat dan menghapuskan zuriat diatas muka bumi. Mungkin dalam pemikiran manusia yang advance lesbian dapat melahirkan anak melalui sperma lelaki lain (termasuk gay), namun hasilnya wujud masyarakat porak peranda, anak-anak kehilangan kasih sayang ibu bapa kerana anak itu tidak mengenali asal usul mereka.

Wallahu a’lam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Balas Dendam

1. Dah lama sangat tak menulis. Dalam bulan Jun banyak program sampai tak terkejar masa. Tapi itu pun bukan alasan

Close