Connect – Lisan & Hati

Dalam Surah al-Fatihah, ada ayat Bismillah. Walaupun ada perbezaan pendapat tentang ayat Bismillah ini wajar dibaca kuat atau perlahan dalam solat, namun ia adalah penting dalam memulakan sesuatu pekerjaan. Ini merujuk kepada apa yang dinyatakan dalam al-Quran dan Hadith Nabi. Apakah yang menjadikan kalimat ini memberi kesan besar sehingga Nabi Nuh, Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad meletakkan Bismillah ini amat penting? Jawapan simplenya ialah ‘connect’ antara lisan dan hati. Dengan ‘connection’ ini, ia akan memberi kesan besar apabila kita ingin ‘connect’ dengan Allah serta manusia.

bismillah2_jpg_jpg2

Memeriksa Lisan dan Hati

Apabila seseorang menyatakan Bismillah dengan lisan, inidividu tersebut perlu merujuk kepada hati sendiri – adakah hati individu itu sudah dibersihkan, tidak rosak dan ikhlas. Kalau ia ikhlas, tidak rosak dan dibersihkan, hati ini dikategorikan hati yang hidup. Cirinya boleh dilihat pada Surah al-Baqarah ayat 1-5. Ketika hati sudah hidup, lisan dan hati ini sekata. Ia berada dalam keadaan ‘connected’.

Lisan dan hati laksana suis dan enjin. Jika pun suis ditekan bagi menghidupkan sesuatu alat, ia tidak menjadi kenyataan kalau si enjn tidak berfungsi dengan baik. Samada langsung tidak ‘hidup’ atau kalau ‘hidup’ pun, ia tidak memberi manfaat maksimum.

Lisan perlu diajar dengan nama Tuhan. Hati perlu merasainya dengan menyiapkan hati dengan ikhlas serta selalu dibersihkan.

Cukupkah dengan membaca Bismillah dalam melaksanakan sesuatu kerja? Ia adalah permulaan. Permulaan yang betul dan efektif akan memberi akses kepada seseorang individu kepada suara hati yang bersih lantas memandunya ke arah jalan yang benar. Suara hati ini akan memandu terus menerus kita hingga berjaya dalam apa yang kita laksanakan.

Suara Hati – Voice oleh Stephen R Covey

Jika dalam bukunya The 8th Habit, Stephen R Covey ada menyatakan tentang finding your voice. Suara hati ini dirujuk kepada kebenaran oleh Stephen R Covey. Namun sudah pasti definisi beliau tidak begitu tepat lantaran beliau tidak mengikhlaskan dirinya kepada Allah. Ikhlas hanya layak kepada Pencipta kita.

Apakah yang kita sebutkan ketika memulakan pekerjaan? Bismillah. Inilah yang diserukan oleh Allah dalam wahyu pertama. Apakah kandungan kalimat Allah? 99 Namanya tergabung dalam nama Allah. 99 Asmaullahu Husna bukan sekadar dihafal untuk masuk syurga. Tetapi nama-nama tersebut menjadi panduan untuk amalan kita seharian. Ada nama-nama Allah yang wajar kita jadikan conto seperti Maha Pemurah dan ada nama-nama Allah untuk kita rendah diri dan elakkan dari laksanakan dengan zalim seperti Maha Pembalas.

Apabila suara hati dipandu oleh 99 Nama-Nama Allah ini, apakah yang anda jangkakan ? Tentu hebat. Jika suara hati menyatakan Allah Maha Pemurah, lantas saya juga perlu pemurah bagi menunjukkan nikmat dari Maha Pemurah, pasti dunia ini akan menjadi satu planet yang penuh dengan kasih sayang dan dermawan.  Malah banyak lagi dengan implikasi nama Maha Pemurah.

Lantas itulah, ia bermula dengan Bismillah yang benar-benar dijiwai. Bismillah yang mempunyai connection antara lisan dan hati. Apabila individu yang membaca Bismillah ini ‘connnected’ dengan Allah dengan kaedah yang dinyatakan di atas, pastinya kesan dalam masyarakat akan menjadi amat baik.  Inilah yang kita harapkan. Inilah yang minta pada Allah agar dimudahkan di peringkat individu, keluarga, komuniti masyarakat dan dunia. Ya Allah,perkenankanlah.

Artikel ini adalah sebahagian isi program Build Your Legacy yang akan dilaksanakan 30-31 Jan 2010, Insha-Allah di Kuala Lumpur. Untuk mengetahui maklumat lanjut, sila daftar dan dapatkan tajaan RM 1999 sepenuhnya di http://www.masterpies.com/course/programs-offered/casic-training

Facebook Comments:

3 thoughts on “Connect – Lisan & Hati

  • December 18, 2009 at 10:04 pm
    Permalink

    bila kita connect dengan Ilahi, automatik dapat free connection to human 🙂

    Reply
  • December 19, 2009 at 9:40 am
    Permalink

    sebagai orang Islam seharusnya kita memahami apa yang selalu kita ungkapkan di dalam solat seperti bismillah, memang akan terasa dekat dihati bila kita baca dengan lisan dan kita faham dalam hati dan menyakininya, barulah solat itu benar-benar membentuk peribadi mulia.

    Reply
  • December 20, 2009 at 6:55 pm
    Permalink

    salam..
    connection sangat penting sebenarnya , sebagai contoh dalam business.. kita perlu connect dengan customer untuk dapatkan feedback samaada product kita bagus atau tidak , begitu juga halnya hubungan kita sebagai Hamba dan Tuhan kita yakni ALLAH SWT.. bila kita berurusan dengan Allah , kita perlukan connection yang baik , dimana lisan memberi makna pada hati , kita mengucapkan lafaz BISMILLAH , kita memuji ALLAH itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang lantas hati kita terkesan dengan kata2 itu..
    wallahua’lam..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Alangkah … interlibrary loan

Kini tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum saya dan keluarga berlepas ke Malaysia, Insha-Allah. Banyak perkara yang dikira dan dicongak.

Close