Alangkah … interlibrary loan

Kini tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum saya dan keluarga berlepas ke Malaysia, Insha-Allah. Banyak perkara yang dikira dan dicongak. Salah satunya inter-library loan.

Saya suka meminjam buku-buku di USC – di mana isteri saya meminjamnya. Biasanya masa itu, kami berlima (sebelum ini berempat) menggunakan masa untuk bersiar-siar di USC sambil menuju ke library. Ada dua kaedah pinjam : pinjam buku sedia ada di USC dan buku  inter library loan.

Bagaimana saya tahu buku yang bagus?

1.Saya akan tanya orang lain yang pakar atau biasa dengan tajuk atau kajian yang saya buat.
2. Saya akan taip di Amazon. Baca review. Baca review buku berkaitan.
3. Kemudian saya cari di katalog web USC. Kalau ada, saya senaraikan untuk saya cari di library.
4. Kalau tiada, saya akan apply untuk inter-library loan. Buku dari universiti lain akan dibawa ke USC untuk dipinjam beberapa minggu.
5. Kalau buku itu bagus, saya akan mengambil gambar atau scan. Banyak sudah koleksi saya, Alhmamdulilah. Untuk personal use.

Bersedia untuk balik
Untuk saya balik ini, makin banyak buku yang dipinjam dan makin terhad masa yang ada untuk baca dan mengambil gambar. Itu belum lagi rasa rugi kerana tidak membuat interlibrary loan yang banyak sebelum ini.

Bayangkan kalau satu buku training sahaja mencecah USD 50. Kalau di Malaysia, harganya paling kurang RM 200. Tidak mungkin saya beli banyak buku dengan kadar harga begitu. DI sini ? PERCUMA dengan meminjam di library atau interlibrary loan.

Rasa rugi memang wujud. Baru hal berkaitan intelek sahaja, rasa ‘rugi’ sudah timbul. Ini baru nak balik ke Malaysia, sudah nampak kerugian kalau tidak dimaksimumkan peluang yang ada. Sudah boleh bayangkan kalau ke MPH atau Kinokuniya, beribu-ribu duit akan melayang. Rasa ini timbul kerana sudah nampak nilai RM dan buku itu. Belum lagi rugi kerana tidak belajar dan bertemu banyak ulama dan ilmuan yang hebat di California atau sekitar US. Ini peluang intelektual.

Bagaimana pula kalau peluang spiritual? Inilah yang disampaikan oleh individu yang berada di negara/ negeri akhirat nanti. Ramai yang sesal kerana tidak beramal di negara/negeri dunia. Alangkah..alangkah…

[32:12]
Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin”.

Moga kita dikurniakan oleh Allah mata hati (baseerah) yang jelas melihat kepada kepentingan beramal di dunia ini untuk bersedia ke alam akhirat nanti dan tidak menyesal dengan Alangkah. Alangkah ..

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Berfikir tentang kategori

Saya sedang mengkaji tentang categorical thinking. Mengapa saya kaji?Kerana ketika Nabi Adam tahu menamakan objek, saya mendapati kepakaran itu bukan...

Close