Nama Allah II


ar-Rahman bermaksud Maha Pemurah. Anda melihat Allah sentiasa bersifat pemurah. Apakah yang anda rasakan kalau anda melihat seorang penderma yang menabur-nabur duit untuk diambil anda ? Sudah tentu anda amat bahagia. Anda dapat manfaatnya. Anda sudah tentu ingin menjadi orang tersebut kerana bukan sahaja dia tidak perlu berusaha keras untuk mendapatkan wang, malah wang itu sendiri akan didermakan kepada sesiapa yang memerlukan.

Bagaimanakah sifat orang yang pemurah? Ia pemurah hatta pada orang yang mungkin kedekut padanya suatu masa dahulu. Orang yang berdendam adalah orang yang mempunyai kekurangan. Kalau seseorang itu sudah terlebih wang, tidak perlu berdendam dengan orang lain. Mengapa ? Kerana kalau diberikan wang tersebut pun, ia tidak mengurangkan nama dan hartanya. Harta yang sedikit sahaja yang menyebabkan kita berdendam pada orang yang tidak mahu menolong kita sebelum ini.

Berbalik kepada nama Allah yang Maha Pemurah, anda akan segan jika kita bergopoh-gopoh untuk mendapatkan rezeki daripada-Nya. Kita akan segan kalau kita tidak bersyukur pada Allah tidak menantikan apa-apa. Kalau kita bersyukur, ia akan ditambah lagi kerana ia menunjukkan kita memang suka apa yanng diberi. Tapi jika kita tidak bersyukur, Allah mempunyai nama lain Yang Maha Perkasa dan sebagainya – membuktikan keadilan Allah dalam alam ini.

Bagaimana ingin menyedarkan hal ini dalam kehidupan seharian?

Dalam satu permainan, semua orang perlu mendapatkan guli merah. Si guru akan membalingkan guli tersebut dalam satu kawasan dan setiap peserta diminta untuk mendapatkannya secepat mungkin guli merah. Akan ada guli hijau, guli kuning dan sebagainya. Guli warna lain tidak bagus dan tidak boleh diambil. Target hujung: setiap orang ada guli merah. Setiap orang perlu merebutnya.

Pada set pertama, guru akan membaling pelbagai warna guli (jumlah balingan ialah dua kali ganda daripada peserta. Jumlah hijau ialah sama dengan jumlah peserta. Jadi setiap peserta ada kemungkinan dapat hijau hanya sekali). Berebut-rebutlah pelajar dan pada akhirnya, ada murid yang tidak mendapat guli. Markah kumpulan mereka akan ditolak. 

Pada set kedua, guru akan membaling  tetapi sama warna (jumlahbalingan ialah dua kali ganda jumlah peserta). Pada peringkat awal mereka berebut, tetapi setelah semua dapat, semua tidak akan berebut lagi.

Set pertama – pelajar tak nampak atau yakin Allah maha Pemurah.
Set kedua – yakin Allah Maha Pemurah sehingga kalau tidak dapat peringkat awal, akan dapat peringkat akhir. Yang penting : USAHA.!

Program ini juga ada kaitan dengan sifat Allah ar-Razzaq. 

 

Ikuti artikel seterusnya dalam Modul 99! 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Nama Allah

Bagaimanakah untuk memperoleh ihsan dalam kehidupan? Tidak lain tidak bukan dengan kita mengamalkan apa yang dinyatakan oleh Rasul: kauberibadat sebagaimana...

Close