Allahu akbar … dari Kanada ke US

Saya kini di Ottawa International Airport. Menunggu flight ke LAX.  Alhamdulillah habis program 2 hari di Carleton University dengan topik al-Fatihah. Ramai yang bersemangat untuk meneruskan usaha mendalami surah tersebut. Sudah banyak kali disampaikan, kekadang ‘cengkaman’ kepada apa yang disampaikan agak kurang. Namun Allah tidak tinggalkan begitu sahaja. Kebergantungan kepada-Nya perlu dikembalikan tinggi. Kali ini apabila saya ke Kanada.

Sejak beberapa minggu ini, saya travel dalam US. Mudah sahaja – beli tiket dan naik dengan passport yang masih sah. Namun pengalaman ke negara berbahasa Inggeris dan Perancis kali ini berbeza. Lantaran saya ke luar US, saya perlu tunjukkan visa ke Kanada. Alhamdulillah sudah saya uruskan sebelum ini.

Setelah dihubungi wakil dari Carleton University, saya setuju untuk menyampaikan topik as-Sab’ul Mathaani pada 31 Okt dan 1 Nov 2009. Tiket dibeli oleh wakil pelajar di Kanada. Asalnya tidak jadi program ini kerana pihak MSD ingin membuat program di sana. Namun ia tidak berlaku dan saya dijemput kembali ke bumi daun maple ini.

Perjalanan ke Kanada dari Los Angeles lebih 8 jam. Agak panjang. Setiba di Kanada, saya tunjukkan passport dan visa. Amat mudah untuk masuk di imigresen.

**************

Sesampai di Kanada, saya bertemu dengan Megat dan Irwan serta beberapa orang lain. Rumah Megatlah menjadi hotel saya minggu ini.

Malam tu, kami ke Tim Hortons, semacam Dunkin Donuts di US. Kami minum dan balik.

Malam tu, saya menyiapkan beberapa perkara.Saya menyemak tiket balik ke Los Angeles. Kemudian baru saya terperasan, saya ke keluar US! Maksudnya saya perlu ada dokumen untuk tunjukkan pada imigresen US nanti. Namun ia tidak bertanda-tangan oleh pejabat international di USC. Saya tiba-tiba bimbang.

******

Alhamdulillah rumah saudara Megat memang selesa, denga meehoon yang sedap dimasak Syazli pada pagi Sabtu.Nak makan banyak, saya kena elakkan kerana ingin bercakap hari ini.Dalam makan dan minum pagi itu, saya teringat isu dokumen untuk masuk ke US semula. Saya buat tidak endah, walaupun dalam hati masih mengira-ngira, apa jadi kalau depot atau tidak lepas imigresen. Sudahlah visa saya ke Kanada akan tamat Ahad nanti semasa balik masuk ke US.

Saya teruskan juga program. Perjalanan program amat baik. Lebih 50 dianggarkan. Pelajar-pelajar di Kanada ini memberi respon yang amat menggalakkan. Alhamdulillah.

Sehabis sahaja waktu petang, saya balik dan berehat selepas makan malam. Saya hubungi isteri saya menyatakan isu ini. Memang membimbangkan. Saya hubungi kawan yang kerja di kedutaan Malaysia. Katanya, dia tidak ada maklumat. Dia cadangkan saya mendapatkan transkrip dari USC untuk menunjukkan bahawa isteri saya ialah pelajar sah di US.

Saya solat. Saya doa. Dalamkeletihan, saya membaca dan mengira-ngira apakah yang akan berlaku di imigresen nanti. Saya tenangkan diri: saya OK sahaja kalau duduk di imigresen sehari dua. Kalau masuk penjara? Saya tidak bersalah tetapi mungkin juga salah kerana tidak membawa dokumen sah.

Pelbagai perkara difikirkan. Isteri saya bertanya prinsip Pemikiran Sistemik tentang doa. Say amenyatakan ‘kaaffah dan dimensi’. Say pun tidak keruan memberi jawapan kerana ia tidak diberi perhatian amat sangat sebelum ini. Tapi setelah ditanya, saya terkesima. Ya, dimensi imigresen dan hati pegawai itu nanti di bawah kawalan Allah. Allahu Akbar. Allah boleh buat apa sahaja. Kalau ingin dimudahkan, boleh sahaja. Kalau tidak, saya perlu sedia tanggung apa sahaja. Allah tidak akan memberi tanggungan yang lebih dari apa yang saya mampu.

*****

Hari kedua saya teruskan program di Carleton University. Saya mengira-ngira dan menjaga segala aturan program. Percakapan pun limited kerana ingin dipastikan segalanya mengikut kepada Allah. Ini penting. Allah pasti membantu kalau saya mengikut jalannya. Saya amat berhati-hati dan rasa makin bersalah serta khuatir, tetapi ada harap. Bagaimana berharap? Kerana Allah Akbar. Allah Maha Besar dan mampu menyelesaikan segala masalah. Jiwa saya tenang. Saya yakin Allah akan buat terbaik. Allah takkan tinggalkan saya susah. Saya yakin.

Saya doa. Saya minta isteri saya doa. Saya minta peserta dalam program doa – walaupun mereka tidak tahu kisah saya. Saya minta mereka doa, dan saya niatkan untuk isu ini secara spesifik – tanpa saya nyatakan dalam kata. Doa yang saya minta mereka buat itu lebih penuh semangat. Bukan sekadar minta doa di mulut sahaja.

************

Saya sampai di Ottawa International Airport sekitar 530 pm. Awal. Bro Irwan mengiringi saya. Alhamdulillah. Kalau saya tak lepas, boleh saya ikut dia semula ke Ottawa. Saya serahkan passport dan itinerary. Segalanya lancar. Saya check in satu beg dan bawa ke gate untuk disemak ke imigresen US. Saya tunjukkan passport dan tiket. Pegawai tersebut semak. Cap jari dan gambar diambil. Lancar.

Kemudian dia kata, ” wait for minutes. I need to check.” Saya mula bimbang. Zikir dan selawat. Moga Allah mudahkan.

Dia kembali semula. “OK, sir. You are set,”

Ya Allah, Alhamdulillah. Saya rasa mahu sujud syukur di situ. Subhanallah. Memang Allah boleh buat apa sahaja. Kalau saya depot, tiket saya perlu diganti. Perlu saya bayar. Tukar info sahaja kena bayar 250 CAD. Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Allahu Akbar.

********************

Saya sempat berfikir. Kalau ke US seperti ke syurga. Tak bawa dokumen mengesahkan masuk pun sudah bimbang, apatah lagi kalau tidak dibenarkan ke syurga. Ditahan di penjara neraka, nauzubillah.

Mengapa nak sampai ke US? Ada rumah yang menenangkan. Apatah lagi tempat kembali utama kita, syurga.

Bimbang untuk imigresen US, saya sudah telefon pelbagai orang. Tanya bagaimana nak lancar masuk ke US. Untuk ke syurga, saya perlu rujuk lebih ramai orang …

Isteri saya membeli transcript USD 15 yang tidak diperlukan pun. Tetapi sanggup sahaja buat apa sahaja untuk memastikan masuk ke US dimudahkan. Malah isteri saya amat bimbang. Bimbang tak lancar ke US. Untuk ke syurga?

Setelah lancar masuk ke US, saya amat gembira. Tak dapat digambarkan. Hanya Allah yang tahu. Kalau dapat masukke syurga..?

Allahu Akbar.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Al-Fatehah mengajar erti mengenal kewujudan diri

Dalam bukunya The Presence, Peter M Senge berkongsi pengalamannya bagaimanakah untuk mencari erti ‘kewujudan’ dan ‘kehadiran’ pada diri. Jika sesiapa

Close