3 Cara Ini Membantu Kita Mencapai Impian Tinggi


“Aku nak sangat berjaya dalam hidup ini. Tak perlu sampai jadi Donald Trump pun. Asalkan cukup dalam hidup ini.”

“Aku sekarang cukup. Tapi aku rasa macam ada yang tak kena dengan jiran dan orang tempat kerja aku. Rasa macam tak cukup.”

Jawapannya?

Dosa menghalang rahmat sampai pada masanya. Ubatnya: Istighfar

Ini dinyatakan dalam dakwah Nabi Nuh:

Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (Surah Nuuh 71:10)

 

Contoh Hamba Memerlukan al-Rahman

Untuk melaksanakan tugas hari ini: dapatkan 30 orang peserta mendaftar, ia adalah keinginan seorang hamba. Apabila Allah memberi rahmat, ramai sahaja yang akan memberi perhatian kepada apa yang kita marketkan. Rahmat itu kita perlukan. Jika tidak, buatlah FB Ads sebanyak manapun (ia tetap perlu dilaksanakan), ia tidak akan berhasil.

Apa yang boleh kita buat ialah 20 perkara, namum 2K atau 2M atau 2T itu adalah dengan rahmat Allah. Buat 10 perkara mungkin akan menjemput 2K, buat 15 akan menjemput 2M manakala 20 perkara dilaksanakan, ia akan menjemput 2T. 20 perkara yang perlu kita buat itu ialah sunnatullah dan syariatullah. Jika kurang dari apa yang perlu dibuat, ASTAGHFIRULLAH perlu diucapkan, dihayati dan diambil tindakan. Astaghfirullah ialah memastikan 20 perkara yang perlu kita laksanakan itu bukan sekadar kuantiti, tetapi diberi kualiti dari Allah.

Bagaimana menjemput KUALITI dalam 20 perkara yang kita laksanakan?

(Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan dari langit mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya). (12) (Surah Nuuh 71:11-12)

Allah menyatakan dakwah Nabi Nuh ialah agar umatnya istighfar. Kesannya? Allah memberi pelbagai perkara dari langit – hujan, ilham, kasih sayang, pahala, hidayah dan pelbagai lagi yang disimpulkan dengan perkataan rahmat.

Malah akan dibanyakkan dari segi kuantiti dan kualiti harta dan anak serta dijadikan kebun serta sungai samada di sini atau di sana.

Kalau 20 perkara yang kita laksanakan hanya ada kuantiti, tetapi tidak ada kualiti, seseorang itu lambat laun akan gagal juga.

Istighfar untuk Seorang atau Ramai?

Kalau istighfar untuk seorang, manfaatnya pada seorang. Orang lain akan mengundang azab. Lambat laun semua akan diazab, seperti yang berlaku pada zaman Nabi Musa. Orang yang menegur dan mengamalkan istighfar, akan diselamatkan. Itu sebab Nabi Nuh amat bersemangat dengan kasih sayang inginkan kaumnya istighfar. Ia ringkas, namun memberi kesan yang besar. Istighfar akan membunuh ego. Ego tinggi tidak mendapat bantuan Tuhan.

Kalau istighfar untuk ramai, ia akan memberi manfaat pada keluarga, syarikat atau negeri yang banyak istighfar.

Moga kita semua berimpian tinggi dan dapat menggapainya dengan formula : Istighfar.

3 Komitmen Pada Istighfar 

Apakah 3 cara untuk mencapai impian tinggi?

  1. Istighfar disebutkan dengan lidah – kerana ia akan memimpin hati pada peringkat awal
  2. Istighfar dengan betul-betul oleh hati – benar-benar nampak keperluan diri sebagai hamba dan perlunya Tuhan yang Maha Besar untuk membantu kita dalam kehidupan seharian
  3. Istighfar diusahakan apa-apa sahaja yang menjemput keampunan Allah – ada banyak amalan special yang akan menjemput keampunan lebih besar.

 

P/S Kandungan artikel ini akan dibincangkan dalam program Formula Impian Tinggi 2018. Layari laman FIT218

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Jangan Biarkan 2 Sifat Ini Menjatuhkan Kita Pada 2018

2018 ini masa yang ditunggu. Ada yang kata pada bulan Mac. Ada yang kata bulan April. Masa untuk meneruskan perjalanan...

Close