Persediaan mencapai ‘The 4th Alternative’
S: Apakah persediaan untuk menguatkan diri agar mampu untuk bertanya mendengar YS ke arah OS dan HS?
J: HS
Jawapan panjang:
Persediaan YS atau OS
Menariknya tentang HS, anda tidak perlu menunggu queue. Yang perlu menunggu ialah apabila anda berinteraksi dengan sesama makhluk untuk mengetahui YS dan OS.
Sebagai contoh, kalau anda sedang berbincang sesuatu projek dengan kawan B, anda perlu menunggu masa untuk membina appointment dengan B untuk mendengar cerita B. Ia perlukan masa.
Untuk mencapai OS, kekadang lebih masa diperlukan. Kalau tidak sekali, mungkin beberapa kali perlu berjumpa untuk mendapatkan OS. Ia berbaloi kalau ia berjaya. Cuma peritnya ialah anda perlukan masa. Kita perlu susun masa untuk melaksanakan semua perkara itu dalam kehidupan.
Untuk mendengar YS dan OS, anda perlu teknik sesama manusia. Anda perlu berhubung, mengiktiraf, membantu, bertanya dan membuat pilihan untuk anda dan rakan anda.
Persediaan HS
HS juga perlu dihubungi, diiktiraf, didekati, ditanya dan menerima pilihan dari sumber Maha Perkasa. Ini boleh diringkaskan dengan kaedah CASIC.
Jika amalan ini dikuatkan dalam kehidupan seharian, urusan sesama manusia untuk mendapatkan YS atau OS akan menjadi lebih mudah – samada untuk kita gunakan semasa interaksi sesama manusia dan lebih dari itu ialah bantuan ini diperlukan bagi memudahkan urusan kita seharian.
Apabila ada kekuatan spiritual ini, insha-allah usaha kita mencapai The 4th Alternative ini akan menjadi rencah kehidupan dan tidak perlu dipaksa-paksa lagi.
