Semua berubah untuk lebih baik

S: Semestinya semua perkara perlu cari OS dan HS?

J: Ya walaupun kita biasa dengan MS dan YS.

Jawapan panjang:

Prinsip Kaizen mengutamakan pembaikan sepanjang hayat dalam kualiti kerja yang dilaksanakan. Konsep amal soleh ialah amal yang dibuat itu akan membaikkan lagi hati dan orang sekeliling. Ia berkaitan konsep islah.

MS sudah biasa berus gigi. Tapi kalau usia sudah mencecah 50-an, gigi pun sudah berlubang atau sudah mula berkurang. Kalau berus gigi itu biasa dibuat, namun keputusan dan kebergantungan kepada yang Maha Perkasa amat diperlukan agar ketika memberus gigi itu tidak terlebih tenaga sehingga patah atau berdarah. Ouch!

YS juga anda perhatikan biasa memandu kenderaan. Namun kalau ada orang lain memandu laju dan rakan anda tidak kisah dengan gaya memandu tanpa menghidupkan lampu signal, ini mungkin akan menyebabkan kemalangan.

Antara MS dan YS, ada OS iaitu sentiasa berhati-hati dalam kehidupan. Hati-hati ini akan dimudahkan jika ia mendapat izin dari Yang Maha Menjaga.

Atas dasar itu, perlukah menuju kepada OS dan HS? Walaupun nampak berbeza antara berus gigi dan memandu kenderaan, yang membina solusi hebat di peringkat OS ialah kerana masing-masing berkongsi keprihatinan berkaitan berwaspada. Di peringkat HS, waspada ini tidak berkesan kecuali diizinkan oleh Tuhan. Kalau pun berdarah atau kemalangan, ia tidak menambahkan sakit hati atau stres pada kedua-duanya kerana usaha manusia ini ada hadnya. Had ini ada di mana-mana. Lebih baik diakui kehambaan kita daripada kita bongkak dengan sesuatu yang tiada.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Persediaan mencapai ‘The 4th Alternative’

S: Apakah persediaan untuk menguatkan diri agar mampu untuk bertanya mendengar YS ke arah OS dan HS? J: HS Jawapan panjang:

Close