Saya tahu perlu berubah

Saya tahu perlu berubah

Ia bukan kata-kata anak muda yang merempit. Bukan kata-kata minah yang tidak tahu hala tuju. Namun kata-kata ini boleh terpacul daripada seorang individu yang sering bersemangat dalam kehidupan. Yang sering ada kerja dan sibuk dalam kehidupan seharian. Namun dalam kejelasan apa yang sudah difahami selama ini, ada lompong yang perlu diisi. Inilah hakikat manusia dalam kehidupan.

Lantas, apakah penyelesaian bagi individu yang rapat dengan solat, masjid, dakwah dan Islam, yang tiba-tiba berkata ‘saya tahu perlu berubah, tetapi saya rasa lemah …’?

Jawapannya sudah tentu kembali kepada pokok iman. Pokok iman? Terlampau mudah dikata. Namun apakah ia sebenarnya?

Itulah support dari rakan atau ‘team’ yang bersama. Rakan atau ‘team’ ini digelar ‘hizb’ dalam bahasa Arab. Ia mungkin sahaja dari kalangan manusia. Ia mungkin sahaja dari kalangan malaikat. Tetapi yang pasti, Allah adalah sebahagian dari ‘team ini.

Untuk mendapat tempat di sisi Pencipta Yang Maha Agung ini, perlulah banyak-banyak beristighfar dan kita membaiki diri sendiri. Tidak 100% sempurna untuk dibaiki tetapi perlu dianalisis elemen fizikal, intelek dan emosi. Sudah selesai dan beres atau tidak? Kalau ketika istighfar itu teringat sesuatu yang tidak beres padahal ia perlu diselesaikan, minta kekuatan dari Allah untuk menyelesaikannya. Kalau ia tidak cuba diselesaikan, istighfar itu tidak mampu membina kekuatan. Istighfar itu adalah elemen spiritual sebagai pemula kepada segala usaha.

Dengan tenaga pencetus dari fitrah itu, ia akan mampu membina momentum berterusan untuk terus mara. Jangan diharap sumber manusia yang dahulu. Kerana ia cepat pergi apabila ia hadir. Ingatlah Allah, maka ia akan memberi nafas baru yang tidak dapat dalam elemen fizikal, intelek atau emosi.

Ya Allah mudahkanlah kami beristighfar dan beroleh kekuatan dalam saat resah dan lemah. AMeen

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Asas Islam dalam al-Fatihah

Dalam al-Fatihah, ada beberapa asas Islam. Berikut dinukil karangan Amru Khalid:

Close