Konflik ideologi dan konflik sosial


“Saya tidak setuju tuan menyatakan JWW Birch ini seorang yang zalim. Beliau menjalankan tugasnya sebagai seorang pemimpin.” Konflik ideologi.

“Saya tidak suka cara beliau menyampaikan komen itu. Dia amat tidak menjaga hati orang di sekitarnya.” Konflik sosial.

Apa pun, secara umum orang akan menganggap konflik sedang berlaku. Konflik tidak disukai. Namun ia tidak boleh dielakkan. Ia juga ada cara penyelesaiannya.

Konflik ideologi

Konflik ideologi melibatkan perbezaan ilmu atau kefahaman tentang sesuatu perkara. Natijahnya ialah pelaksanaan yang berbeza dengan apa yang kita faham.

Konflik sosial

Konflik sosial melibatkan hubungan emosi seorang individu dengan individu lain. Ia berlaku di peringkat keluarga, sosial kejiranan, tempat kerja dan negara.

Bagaimana selesaikan?

Jika konflik sosial, maafkan jika sekali terjadi. Kalau ia berulang kali, perlu bina sistem komunikasi yang berkesan.

Jika konflik ideologi, maafkan jika sekali terjadi. Kalau ia berulang kali, perlu bina sistem ilmu untuk individu yang berbeza. Ada cara debat, ada cara diskusi, ada cara belajar. Yang penting ialah perubahan individu boleh dibaiki di peringkat individu. Kalau ia kesilapan massa, pembaikan juga perlu dimaklumkan kepada massa.

Elakkan konflik IS

Elakkan untuk memukul rata bahawa konflik yang ada ialah konflik ideologi dan konflik sosial sekaligus. Elakkan konflik IS.

Jika setiap konflik diambil sebagai IS, ia akan mewujudkan kecelaruan dalam menghadapinya.

Kalau konflik ideologi, ingatlah bahawa kita ada ukhuwah dan sosial yang baik.

Kalau berkonflik sosial, ingatlah kita ada satu ideologi atau agama yang sama.

Jika ia dicampur aduk, ia akan memporak-perandakan lagi keadaan.

Jika ia didiam atau diabaikan, kotoran itu mungkin akan membiak. Kapal itu akan karam kerana ada seseorang yang sedang menebuk lubang di bahagian bawah bagi memudahkan urusan.

 

 

Alamat Email:

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Jangan main dengan sejarah

Memahami sejarah sebagai satu proses dan output memberi kesan yang berbeza. Mendengar kisah dan cerita perjuangan sebagai satu proses dan...

Close