Jangan main dengan sejarah

Memahami sejarah sebagai satu proses dan output memberi kesan yang berbeza. Mendengar kisah dan cerita perjuangan sebagai satu proses dan output memberi natijah berbeza.

Apabila memandang kepada proses, kita akan menilai pelbagai faktor yang melatari kisah dan sejarah tersebut untuk dijadikan iktibar dan panduan.

Apabila kisah dan sejarah dipandang sebagai output, secara automatik ia akan memberi inspirasi kepada pembaca untuk terus melaksanakan sesuatu yang dirasakan ‘bersamaan’ dengan apa yang beliau rasa.

Akan ada individu yang memandang sejarah dengan jalan proses. Ada yang akan akan mengambilnya sebagai output-input untuk terus menjadi asas kehidupan. Jangan pelik kalau ada reaksi yang berbeza pada satu isu yang sama. Niat untuk menuju kepada-Nya akan memisahkan siapa yang ditolong oleh-Nya. Jika benar untuk menuju menuju kepada-Nya, kita akan muhasabah dan akan berkomunikasi untuk melonjakkan nama kebaikan.

‘Rasa diri betul sahaja’ akan memusnahkan. Untuk berkomunikasi, ada cara reaktif dan proaktif. Reaktif dengan terus berdepan dengan individu yang berbeza idea. Proaktif ialah dengan menyiapkan sistem untuk perubahan berlaku ketika interaksi sinergi nanti.

Komunikasi Reaktif

Bagaimana berkomunikasi reaktif? Jika Ahmad berbeza pendapat dengan Ali, Ahmad terus set appointment untuk bertemu dengan Ali untuk bincang dan kalau boleh selesai.

Kesannya? Ahmad suka kalau Ali terima pelawaan. Kalau Ali diam atau tolak, Ahmad akan kecewa. Ahmad mungkin akan mengambil tindakan lain yang melibatkan individu lain dalam menyelesaikan konflik atau perbezaan pendapat.

Komunikasi Proaktif

Komunikasi proaktif ialah dengan Ahmad merancang sistem komunikasi dengan Ali. Kalau di peringkat individu yang mengutamakan agenda sendiri, Ahmad akan merancang untuk ‘kemenangan’ beliau. Namun kalau asasnya ialah untuk menegakkan kebenaran dan mendapat redha Allah, Ahmad akan merancang untuk ‘kemenangan’ bersama untuk dua-dua menggapai ridha Ilahi. Win-win. Inilah sinergi. Bukan kompromi.

Bagaimana untuk mendapatkan win-win tersebut? Usaha sinergi perlu diusahakan. Usaha win-win perlu diusahakan. Untuk dua-dua pihak rasa ‘menang’, faktor kemenangan dua-dua belah pihak perlu difahami. Ahmad perlu faham Ali. Ali perlu faham Ahmad.

Sememangnya nafas status quo Ahmad akan menyatakan: Hebat sangat ke Ali tu? Saya ada kebenaran. Allah akan tolong saya.

Nafas status quo Ali pula? “Hebat sangatkan Ahmad? Saya ada kebenaran. Allah akan tolong saya.”

Dua-dua ingin menuju Allah. Namun dasar empati perlu terlaksana atas kasih sayang. Atas nama ar-Rahman ar-Raheem.

Sejarah yang penting..Sejarah yang menipu

Sejarah yang menipu diri ialah apabila satu dua fakta difahami. Sejarah yang menipu diri ialah apabila tidak difahami selok belok sesuatu tindakan itu diambil hingga wujudnya perjuangan.

Kalau selepas Ahmad Albab bercakap dengan Ali Albab lantas diperangi Ali Albab dalam kitab sejarah, itu tidak bermaksud Ahmad Albab amat zalim. Mungkin ada fakta Ahmad Albab sudah beri nasihat, sudah ingin berjumpa, sudah ingin berbincang tetapi dinafikan sahaja oleh Ali Albab.  Ada fakta yang hilang atau tidak diketahui. Ia boleh menipu diri untuk mengambilnya sebagai panduan.

Sejarah yang penting ialah bagaimana ia memberi konsep lalu yang baik pada diri lantas kita menggunakan ilmu kemanusiaan (human skills) terkini serta memahami perkara teknikal (technical skills) terkini untuk berinteraksi dengan isu konflik yang berlaku. Kalau dulu tiada SMS atau Facebook, urusan komunukasi terkini  boleh memanfaatkan perkara itu dengan strategi yang betul. Silap strategi, perjuangan akan menjadi kerosakan.

Sejarah telah berlalu dengan nama baik akhirnya bangkit selepas dianalisis dengan saksama. Bagi kita yang sedang menempa sejarah, apakah isi kandungannya cukup objektif untuk membolehkan analisis saksama zaman akan datang meletakkan kita sebagai individu yang memberi manfaat? Soalan ini bukan kerana kita hanya mencari nama di sisi manusia, tetapi lebih penting nama kita di sisi-Nya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Self-Help berteraskan Aqal dan Self-Help berteraskan Wahyu

Saya ambil kesempatan menulis berkongsi pandangan tentang dunia motivasi dengan diskusi pelbagai tahap. Bagi sesetengah ahli masyarakat, menjadi seorang pakar

Close