Jangan serang Nabi, tetapi sahabat baginda?

Salah satu isu penting yang membezakan golongan Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah ialah berhubung isu sahabat. Banyak perbincangan yang dilaksanakan untuk memahami kedua-dua kumpulan tersebut. Dalam artikel ini, saya ingin menarik perhatian ramai kepada isu syiah dan bagaimana mereka mempunyai kaedah berfikir strategik untuk memusnahkan Islam dari dalam. Bagaimana? Jangan serang Nabi kerana nanti akan ‘dipancung’ oleh umat Islam – walaupun yang tidak solat atau tidak menunaikan hak Allah. Tetapi seranglah sahabat-sahabat baginda. Berjayakah mereka? Sudah ramai yang terpengaruh dengannya dalam sejarah Malaysia.

Tidak hairanlah jika Mufti Perli Dr Asri Zainal Abidin ada menganjurkan program Pertelingkahan Sahabat di Dewan Bahasa Pustaka beberapa tahun lalu. Mengapa beliau amat berminat dengan isu ini ? Jika sahabat dihentam, ia bermaksud menghentam rijaal hadith. Hadith yang dikaji dan didalami umat Islam untuk mengetahui dan mendekati Rasul!

 

Bagaimana menyerang sahabat ini berkesan?

 

Rasul adalah individu yang maksum. Untuk menghentam Rasul adalah amat payah sekali. Salah satu kaedah berfikir untuk memusnahkan sesuatu personaliti ialah dengan menjauhkan orang sekelilingnya daripada menjadi sumber rujukan yang benar kepada individu tersebut. Sebagai contoh, jika anda percaya pada A, adalah mustahil untuk menghentamnya kecuali apabila anda mengambil orang-orang terdekat dengan A juga untuk menghentam dan tidak mempercayainya. Anda mungkin mampu mempengaruhi 20, 30 orang. Tetapi anda tidak mampu mempengaruhi semua kerana ia bergantung kepada kebenaran atau kebatilan yang dibawa oleh A.

 

Dalam konteks Rasul, sahabat sudah tiada. Yang boleh diusahakan untuk memusnahkan Nabi ialah dengan memusnahkan rekod kebaikan yang ada di kalangan orang-orang di sekitar baginda. Apabila mereka sudah tidak boleh dipercayai seperti Saidatina Aisyah, Abu Hurairah, Abu Bakar dan sebagainya, ia akan menjadikan sumber kebaikan Rasul hilang. Hadith tidak dapat diperoleh lagi kerana merekalah yang rapat dan meriwayatkan hadith Nabi.

 

Serang sahabat, bina pemahaman Islam baru

 

Dengan menyerang sahabat dan memadam susur galur kehidupan mereka yang banyak cabaran serta ada kesilapan, seseorang akan hilang panduan bagaimanakah untuk hidup dengan Islam secara praktikal. Ini telah berjaya dilaksanakan oleh musuh-musuh Islam. Di kalangan  para penyeru kepada kebenaran juga tidak terhindar dari wabak dan barah ini. Mereka akan menerima kawan sahabat di medan perjuangan ketika dalam keadaan senang dan selesa. Tetapi apabila ada kekurangan dan masalah, mereka akan berpecah belah kerana yang diketahui dalam sirah perjuangan ialah Rasul tanpa mengambil panduan bagaimana Abu Bakar bertengkar dengan Umar, bagaimana di kalangan sahabatada yang tidak menghafaz banyak dari al-Quran, kurang ilmu dan sebagainya.

 

Kekurangan di kalangan sahabat adalah pedoman praktikal hidup dengan Islam. Tetapi darjat mereka amat tinggi. Jika kita tidak mengetahui sirah perjalanan hidup mereka, itulah yang menyebabkan kita hanya akan menerima individu ideal dalam kehidupan apabila dikaitkan dengan Islam. Tidak hairan apabila sahabat seperjuangan hanya hadir ketika senang. Tetapi ketika susah, masing-masing berlepas tangan.

 

Sudah anda ketahui tentang sirah perjuangan sahabat? Saya recommend anda dan rakan anda mendalaminya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Energi DOSA

Kebanyakan kita sering membicarakan tentang kebaikan, pahala dan ganjaran syurga. semua itu mamapu di capai dengan izin Tuhan kepada kita,...

Close