Menerobos Spiritual Tariq Ramadhan dalam Sirah Nabi

itfop.jpg
Saya terus mendapatkannya dengan bantuan isteri yang disayangi. Hajar
dan Adam menemankan kami ke perpustakaan yang menempatkan kitab-kitab
Arab dan Inggeris berkaitan Islam. Saya memang terkesan dengan
penulisan ini – mungkin disebabkan saya ingin memahami jerih payah
permusuhan yang berlaku di zaman Rasul. Mengapa mesti orang memusuhi si
Rasul yang pernuh dengan kemuliaan. Kalau diri saya sebagai insan biasa,
sudah tentulah kerana banyak kekurangan. Tetap ini adalah  Rasul.
Terlampau ramai yang sensitif dengan kebenaran, hatta Barrack Obama –
calon Presiden US – juga perlu mengirim surat terbuka menyatakan status
kepercayaannya. Bukankah kebenaran yang diinginkan oleh setiap insan? Mengapa memusuhi orang yang membawa kebenaran?

 

Saya cuba memahami mengapa permusuhan berlaku.

 

Berbanding buku-buku sirah yang lain, buku ini mengetengahkan idea ringkas dan mudah : untuk lebih memahami Nabi. Lebih banyak pengajaran yang dicedok – walaupun fakta dinyatakan secara sambil lalu dalam buku yang mengandungi 15 bab ini. Saya membaca muqadimahnya. Saya baca bab 1 sambil ditemani Adam yang tidur di tepi – diharapkan anak ini akan menjadi ulama suatu masa nanti kalaupun ayahnya tidak mampu. Saya tutup buku tersebut dan saya faham mengapa bahasa Tariq Ramadan amat menyentuh dalam buku ini. Ia disebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke 2 negara Arab. Seorang Arab yang tidak dibenarkan masuk ke negara Arab. Bukankah pelik? Tetapi tidak pelik jika diselusuri kisah Nabi dipulau. Ia juga berlaku kepada rakan-rakan Ghaza yang sekarang ini bersabung nyawa serta dibasahi keringat perjuangan jihad. Bantulah mereka, ya Allah!

 

Saya cuba memahami mengapa permusuhan berlaku. Daripada individu yang membawa Nabi keliling Mekah ketika kelahirannya, Abu Lahab dan Abu Jahal (dikenali Abu Hakam di kalangan penduduk Mekah waktu itu)  menjadi musuh secara tiba-tiba.

 

Saya menyemak mufahris atau indeks al-Quran online.  Saya semak perkataan ‘musuh’ dalam bahasa Arab – ‘aduww. Lebih daripada 20 tempat dalam al-Quran. Saya cuba satu persatu. Tetapi saya cukup tertarik pada surah al-Qalam berikut:

 

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ  
1. Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis,
 

مَا أَنْتَ بِنِعْمَةِ رَبِّكَ بِمَجْنُونٍ
 2. berkat nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila.
 

وَإِنَّ لَكَ لأجْرًا غَيْرَ مَمْنُونٍ
 3. Dan sesungguhnya bagi kamu benar-benar pahala yang besar yang tidak putus-putusnya.
 

وَإِنَّكَ لَعَلى خُلُقٍ عَظِيمٍ
 4. Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.
 

فَسَتُبْصِرُ وَيُبْصِرُونَ
 5. Maka kelak kamu akan melihat dan mereka (orang-orang kafir)pun akan melihat,
 

بِأَيِّكُمُ الْمَفْتُونُ
 6. siapa di antara kamu yang gila.
 

إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
 7. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah Yang Paling Mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya; dan Dia-lah Yang Paling Mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
 

فَلا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ
 8. Maka janganlah kamu ikuti orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat Allah).
 

وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ
 9. Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu).
 

وَلا تُطِعْ كُلَّ حَلافٍ مَهِينٍ
 10. Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina,

هَمَّازٍ مَشَّاءٍ بِنَمِيمٍ
 11. yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah,
 

مَنَّاعٍ لِلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ
 12. yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa,
 

عُتُلٍّ بَعْدَ ذَلِكَ زَنِيمٍ
 13. yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya,
 

أَنْ كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ
 14. karena dia mempunyai (banyak) harta dan anak.

 

 

إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الأوَّلِينَ
 15. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: " (Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala."

سَنَسِمُهُ عَلَى الْخُرْطُومِ
 16. Kelak akan Kami beri tanda dia di belalai(nya).
 

إِنَّا بَلَوْنَاهُمْ كَمَا بَلَوْنَا أَصْحَابَ الْجَنَّةِ إِذْ أَقْسَمُوا لَيَصْرِمُنَّهَا مُصْبِحِينَ
 17. Sesungguhnya Kami telah mencobai mereka (musyrikin Mekah) sebagaimana Kami telah mencobai pemilik-pemilik kebun, ketika mereka bersumpah bahwa mereka sungguh-sungguh akan memetik (hasil)nya di pagi hari,
 

وَلا يَسْتَثْنُونَ
 18. dan mereka tidak menyisihkan (hak fakir miskin),
 

Dalam ayat-ayat di atas, memang ada ciri-ciri yang menyebabkan seseorang itu bermusuh atau melampau batas (rujuk ayat 12). Kaedah permusuhan yang dibina ini ialah:

 

  1. Menyatakan gila atau tidak betul (rujuk ayat 2)
  2. Menyatakan saya betul, dia salah (rujuk ayat 7)
  3. Mendustakan ayat Allah (rujuk ayat 8 dan surah al-Ma’un)
  4. Berlembut jika kita berlembut dan ikut cakapnya (rujuk ayat 9)
  5. Bersumpah hina (rujuk ayat 10)
  6. Mencela dan menghambur fitnah (ayat 11)
  7. Menghalangi perbuatan baik (rujuk ayat 12)
  8. Kasar dan tidak bertimbang rasa (rujuk ayat 13)
  9. Kerana merasakan kaya – banyak harta dan anak (ayat 14)


Sifat di atas adalah bagaimana permusuhan dibina – walaupun seseorang itu amat baik pada satu-satu masa. Saya mula faham dan setelah dirujuk kepada beberapa tafsir, ia mampu menjelaskan. Bagi kita yang beriman kepada Allah, janglah dicela atau menghambur fitnah. Ia adalah ciri golongan yang memusuhi Nabi. Mungkin kalau kita hidup zaman Nabi, kita tidak tahan dengan ujian Islam lantas menghina Nabi atau memfitnahnya agar kita selamat dan mampu hidup ‘kaya’ dengan harta dan anak pinak. Nauzubillah!

 

Yang pastinya, permusuhan pada Nabi adalah kerana mereka (golongam musyrik) tidak cinta Nabi. Kalau cinta, banyak perkara boleh dimaafkan atau diselesaikan. Bila memandang dengan mata wang, pangkat, seniority, status dan banyak lagi cabaran di dunia, ia akan menyebabkan Nabi dilihat sengkek, tiada harta malah berhutang. Nabi dianggap hina dan gila. Sihir dan pelbagai perkataan teruk untuk Nabi. Kalau kita yang lebih banyak kesilapan ini, pasti lebih teruk lagi terkena – kalau kita ingin mengikut jejak langkah Nabi.

 

Saya tertarik dengan kata-kata awal Tariq Ramadan:

 

This love (refer to Quran 3:31) finds expression in the permanent
remembrance of his life in their hearts and memories, constantly
offering prayers for the Messenger, and in the human and moral
requirement to follow his example in daily life. The present biography
endeavors to fulfill this requirement with love and knowledge. The
Prophet’s life is an invitation to a spirituality that avoids no
question and teaches us- in the course of events, trials, hardships and
our quest – that the true answers to existential questions are more
often those given by the heart than by intelligence. Deeply, simply: he
who cannot love cannot understand. 

 

Kalau sesama sendiri dan kawan kita tidak mencintai, pasti tidak akan kita fahami malah kita akan bermusuh. Saya faham mengapa tiba-tiba orang boleh bermusuh tiba-tiba, padahal selama ini sudah berbaik. Itulah sebab seruan Nabi:

 

"Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai saudara kamu sebagaimana kamu mencintai diri kamu sendiri." 

 

Ya Allah! Jadilah kami di kalangan hambaMu yang mencintai Nabi, mencintai orang mukmin dan menghindari permusuhan. Jadikanlah kami di kalangan orang yang sentiasa membaiki kesilapan sehingga tidak terfitnah dengan fitnah yang memecahbelahkan.  Kami ingin berjihad, manakan mampu untuk bermusuh sesama sendiri dalam saf perjuangan! 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Abdullah b Ubay..Abu Lahab…Abu Sufyan..Abu Bakar

Bila kita ingin mencontohi Rasul, pasti ada Abdullah b Ubayy, Abu Lahab, Abu Sufyan dan Abu Bakar dalam kehidupan. Mengapa?...

Close