Revolusi Spiritual di Barat


Nilai spiritual ini mula disebut-sebut oleh orang-orang Barat. Mereka mula berani terkehadapan di dalam membawa topik perbincangan ini di forum-forum, seminar dan sebagainya. Pelik bukan? Mengapa mereka mula bercakap mengenainya, sedangkan mereka (Barat) adalah sekular? Mengapa ini berlaku?

Hari ini, keperluan spiritual bukan sahaja amat tandus di kalangan orang-orang Barat, malah di kalangan muslimin juga. Tetapi keperluan itu amat terasa di negara-negara maju dan berkembang. Pada sekitar tahun  1960-an, negara US mula meledakkan semula hal-hal spiritual, malah telah lahir satu budaya di dalam negara tersebut, iaitu budaya hippies.  Apakah budaya ini? Ia merupakan budaya memberontak akibat tekanan jiwa yang terlalu tinggi sehinggakan mereka perlu mencari alternatif terhadap nilai kehidupan sebenar. Pada saat itu, telah muncul beberapa alternatif baru di dalam trend kehidupan Barat. Ada dikalangan mereka telah keluar dari negara sendiri, merantau, menjelajah ke negara lain untuk mencari makna kehidupan. Mereka mula memandang rendah terhadap pembangunan material. Ini lah yang berlaku pada ketika itu yang mana nilai hidup yang bersulamkan nilai spiritual mula di cari dan digali.

 

Istilah amalan yoga, budha dan sebagainya telah di amalkan oleh segolongan mereka di Barat. Bukakah amalan-amalan spiritual India itu (yoga) merupkan satu praktikal di dalam meningkatkan nilai spiritual di dalam kepercayaan Hindu?

 

Mengapa ada di amalkan di Barat, oleh orang-orang Barat? Keperluan inilah yang dicari-cari oleh Barat. Mereka mula mamahami falsafah kehidupan beragama di Timur. Mereka juga mula memahami persoalan-persoalan inner self yang selama ini mereka tinggalkan berkurun lamanya.

 

Pada ketika itu juga, ada buku yang telah mendapat tempat di kalangan orang Barat. Buku tersebut dikarang oleh Jalaluddin Rumi, seorang sufi Parsi abad ke 13. Buku tersebut mendapat tempat di kalangan mereka yang inginkan ketenangan jiwa. Ia adalah berbentuk mistik dan halus. Kesannya, mereka (Barat), mula berspiritual, iaitu menghayati sifat-sifat dan praktikal kesufian.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Salah Satu Punca Masalah Sosial?

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan  ke arah memperkembangkan lagi potensi individu  secara menyeluruh dan bersepadu  untuk mewujudkan insan...

Close