Faham ke tak?

Mengulang kaji Circuit Analysis, homework students kelas ini masih banyak yang perlu disemak. Sibuk-sibuk menyemak, saya dapati salah seorang daripada mereka ‘mungkin’ tidak memahami beberapa term yang digunakan.

Circuit yang perlu disimplify, ditukar menjadi sebuah circuit yang amat berbeza dengan yang asal, gara-gara silap mengubah susunan resistor, source, dan lain-lain.

Kita juga, belajar al-Quran. Fahamkah kita semua isi al-Quran?

Memandangkan masa yang diperuntukkan banyak kepada tanggungjawab sebagai pelajar major masing-masing, pembelajaran al-Quran dilakukan sendiri samada membaca/mendengar tafsir, membaca maksud ketika tadarus, dan cara-cara lain yang tidak mengambil banyak masa.

Nak ambil kelas al-Quran? kadang ada, kadang tak di kawasan kita.

Dalam kita ‘belajar’ sendiri al-Quran itu, adakah kita betul-betul faham apa yang ingin disampaikan? atau kita sekadar membuat andaian sendiri berdasarkan terjemahan bahasa?

Sedangkan, penafsiran al-Quran begitu banyak untuk diulas. tidak cukup 2-3 buku, lebih 2-3 penafsir yang ada mengulas isi-isi al-Quran. Kita pula, bukan si alim yang layak membuat penafsiran sendiri ayat-ayat Agung ini.

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.. [Al-Baqarah:2]

Sesekali, baca-bacalah tafsir-tafsir yang ada. Di Youtube dan web-web video yang lain juga banyak recording kuliah-kuliah tafsir. Banyak masa, kelas tafsir lokal dan online juga melimpah ruah di alam realiti dan alam maya.

Persoalannya, anda rajin atau tidak?

Facebook Comments:

4 thoughts on “Faham ke tak?

  • February 13, 2009 at 8:05 am
    Permalink

    Mungkin boleh dimulakan dengan memahami isi kandungan surah-surah pendek dalam juz amma dahulu.
    Al Maghrib pun ada koleksi cd tafseer juz amma. Boleh letak dalam iPod, jadikan aktiviti harian dengar dalam 20-30 minit pun sudah memadai pada peringkat awal.

    Reply
  • February 13, 2009 at 9:49 pm
    Permalink

    hurm..ana amat akui perkara yang dibangkitkan oleh deremind.

    kadang kala kita amat fokus sangat2 pada pembelajaran di uni, aktiviti kelab2, belum ditambah dengan part time job lagi…macam2..sampai satu ketika….kita alpa bahawa masa untuk memahami alquran langsung tidak ada. ana selalu terfikir, mujur ada usrah…..tu pun seminggu sekali..jadi..bagusla cadangan echopena, letak dalam ipod. takpun, apa kata kurangkan perkara2 yang buang masa spt chatting byk sgt ke, tgk tv, facebook kepada mendengar tafsir n etc. ALLAH memberi nikmat masa kepada hambaNya secukupnya. cume camne kita isi masa itu….

    wallahualam

    Reply
  • February 21, 2009 at 2:29 pm
    Permalink

    yupz. sangat tertarik dengan kesedaran yang cuba ditmbulkan oleh saudari deremind. bagi saya, persoalannya bukan samada kita rajin atau tidak. tetapi kita sendiri terhalang untuk memilih menjadi rajin. di zaman ini, manusia dilanda tekanan kehidupan yang mendesak mereka untuk terpaksa fokus kepada satu-satu perkara untuk meneruskan survival hidup..apatah lagi bila hidup di bawah lembayung ekonomi kapitalis yang menekan dan menghalang individu zaman kini dari terus menyelongkar khazanah ilmu yg pelbagai..natijahnya, kita gagal untuk membentuk manusia yg multidisplin dan mampu meneroka ilmu yang diluar bidang sendiri terutamanya ilmu2 asas islam.

    Reply
  • March 1, 2009 at 9:52 am
    Permalink

    Ana berpendapat lebih utama utk ditekankan kebagusan dalam recitation of the quran prior to understanding the quran.

    Kalu kite perhatikan, anak2 diajar utk baca quran before understanding the quran, rite? Itu fitrah/ natural…

    Untuk dapat tajwid yang betul dan kelunakan suara dalam membaca quran, kena spend banyak masa dengan Quran hence membina hubungan dengan Quran. Menyebabkan rasa rindu untuk membaca Quran. InsyaALLAH dengan kesediaan physical dan mental yang begini urusan memahami Quran akan lebih mudah.. insyaALLAH

    Wallahu a’lam

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Engineering Science 210W

Dalam kelas ES210W, yang merupakan kelas technical writing, kami belajar tentang cara berkomunikasi, menulis resume, cover letter dan sebagainya, sebagai

Close