Rantai projek

Banyak sangat perkara yang perlu dilaksanakan ? Hari ini saya ada lebih 15 perkara yang perlu dilaksanakan. Ia bukan boleh disiapkan dalam masa 2 atau 3 minit sahaja. Ada yang boleh siap segera, ada yang perlu menunggu beberapa minggu dan memerlukan sumber yang banyak. Itu belum lagi senarai kerja yang perlu dilaksanakan tetapi ‘tidak perasan’ ia sebagai ‘urgent’. Bagaimana menyusunnya ?

Anggap semua perkara yang lebih 2 minit ialah projek. Jadi kalau saya ada 15 kerja, saya anggap ada lebih 15 projek yang perlu saya susun, utamakan dan laksanakan.

Bagaimana menyusun projek tersebut? Saya perlu tahu apakah targte besar yang ingin dicapai. Saya perlu tahu 10 atau 15 tahun lagi, apakah yang ingin dicapai. Selain itu, 3 atau 4 bulan dari sekarang. Jika dua target itu sudah sedia, merancang mana yang perlu diutamakan adalah amat mudah.

Caranya ialah dengan mengenalpasti manakah projek besar dan projek kecil. Projek kecil sepatutnya melengkapkan pelaksanaan projek besar. Kalau dalam senarai anda ada projek yang tiada kaitan dengan projek besar, letakkan ia kemudian untuk dilaksanakan. Ini kerana, apabila anda jelas projek besar dan anda mampu menyiapkan projek kecil, ada dua manfaat yang berlaku:

  1. Anda rasa makin dekat dengan projke besar
  2. Anda rasa puas kerana projek kecil telah selesai.

Sebagai contoh, projek besar saya di bulan Ramadhan ialah membaca tafsir Quran al-Mishbah.

Projek kecil saya ialah memastikan 15 jilid tafsir tersebut di-scan (saya upah seorang pelajar Matrikulasi untuk melaksanakannya) dan dijadikan PDF. Hari ini saya berusaha menyiapkannya dan akan memasukkan dalam laptop dan Ipad.

Kesannya ?Di Bulan Ramadhan saya ada akses tafsir pada laptop, ipad dan kitab asal. Ia akan memudahkan projek besar saya mendekati al-Quran.

Semua projek kecil perlu disusun sebagai mata rantai untuk ke projek lebih besar. Projek amat besar ialah untuk menuju ke syurga. Sudah siap mata rantai projek anda?

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Masa untuk berpesta

Ketika ramai yang merancang dan merancang untuk merebut peluang untuk Konsert Jom Heboh, satu perkara pasti berlaku. Diri pengunjung akan

Close