Masa untuk berpesta

Ketika ramai yang merancang dan merancang untuk merebut peluang untuk Konsert Jom Heboh, satu perkara pasti berlaku. Diri pengunjung akan rasa ‘seronoknya’. Diri akan rasa manakah sudut yang akan dikunjung dahulu untuk tidak melepaskan peluang dalam pesta tersebut. Bagi ‘fan’ bulan Ramadhan, diri kita patut rasa ‘seronoknya’. Dari mana mahu mula untuk merebut ganjaran dan bonus dalam pesta tahunan ini ?

Rancang

Ketika saya membentangkan Produktiviti di Bulan Ramadhan, saya cadangkan ‘Rancang’ dengan melihat apakah yang sudah diselesaikan dan dicapai tahun lepas agar ia boleh ditambah baik tahun ini.

Rancang Fizikal

Rancang Intelek

Rancang Emosi

Rancang Spiritual

Dapat atau beri ?

Awalnya saya ingin membuat program latihan online di bulan Ramadhan. Saya kira-kira dan congak, ini aktiviti memberi  secara intelektual. Padahl saya blok masa latihan saya Ramadhan ini kerana saya ingin gunakan untuk mendapat dan menimba ilmu lagi untuk minda saya. Saya nampak tidak konsisten.

Biarpun saya ingin memberi, saya boleh menyumbang dalam bentuk penulisan selepas membaca dan menimba ilmu. Kalau saya membuat program online, banyak masa nanti hanya berfokus kepada persiapan.

Berdasarkan 7 prinsip berjaya dalam Surah al-Mukminoon, saya perlu fokus. Saya perlu fokus apa yang saya perlu siapkan Ramadhan ini.

Secara ringkas: malam banyakkan ibadah khusus. Siang banyakkan aktiviti menimba ilmu dan meningkatkan kapasiti intelektual bagi menyiapkan diri selepas Ramadhan nanti yang penuh dengan hari latihan.

Nampaknya hidup saya nanti akan penuh dengan aktiviti spiritual dan intelektual. Bagaimana pula dengan aspek emosi dan fizikal ? Saya bercadang membawa keluarga menunaikan solat teraweh, bersahur dan buka bersama. Di samping itu solat berjemah.

Manakala waktu siang, rutin harian ke sekolah diteruskan seperti biasa buat anak-anak saya.

Untuk hal kewangan, saya perlu pause sekejap bagi menguatkan elemen intelek, emosi dan spiritual saya. Kalau ia tidak difokuskan, aktiviti mencari fizikal akan menenggelamkan hasrat saya menulis dan menimba ilmu lebih lagi kali ini. Persediaan kewangan sebelum bulan Ramadhan dengan banyak hari latihan menjadikan persediaan untuk Ramadhan lebih produktif kali ini akan menjadi kenyataan insha-allah.

Atau mana tahu saya ke Mekah lagi kali ini untuk merebut pahala pesta ini. Perkenankan ya Allah!

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Idea ketika sibuk, idea ketika rehat

"Saya amat bersemangat untuk menulis buku kalau macam nie..." "Saya amat bersemangat untuk membeli buku ini selepas membelek-beleknya di Kinokuniya."

Close