Ramadhan untuk Diri, Ramadhan untuk Oganisasi

“Ada seseorang berkata, pada bulan Ramadhan tidak perlu menambah amal. Yang penting Ramadhan ini bulan untuk membersihkan diri atau tazkiyyah diri,” kata isteri saya dalam perjalanan membeli beberapa perkara di supermarket.

“Kalau menambah bacaan al-Quran atau solat teraweh, tidak akan bertambahkah amal ? Tambah bacaan tidak membersihkan diri ? ” saya bertanya.

“Katanya, amal yang terbaik ialah apabila ia difahami dan mampu memberi kesan kepada diri.”

Saya setuju.

Antara kualiti dan kuantiti

Tidak dinafikan bahawa dalam Islam, amat penting kualiti dalam sesuatu amal. Jika amal banyak namun tidak berkualiti kerana tidak faham malah jauh dari ilmu yang benar, ia memang perlu dijauhkan. Namun kalau kuantiti amal bertambah, dan ditingkatkan kualiti amal , apa salahnya. Malah itulah yang diperlukan untuk memastikan hidup kita di bulan Ramadhan lebih berkat untuk mendekati status taqwa.

Bagaimana menambah amal ? Untuk diri dan organisasi

Kebiasaannya pada bulan ini, amalan diri akan ditingkatkan. Ia sesuai dengan sunnah Rasul. Namun adakah urusan dengan keluarga dan organisasi tempat kerja perlu ditinggalkan? Sesetengah orang mengambil jalan itu. Namun kalau kita merujuk kepada zaman sahabat, mereka masih berdagang. Perang Badar bukanlah berlaku kerana sahabat ingin berperang. Mereka sebenarnya dalam perjalanan dagang. Di tengah jalan, mereka disekat dan berlakulah perang tersebut.

Ini menunjukkan Ramadhan juga adalah bulan kerja seperti biasa. Ramadhan adalah bulan untuk menambah amal diri dan dalam masa yang sama untuk memperbaiki organisasi masing-masing. Kalau diri sudah dibaiki tetapi organisasi tidak dibaikkan, ia akan mewujudkan kekotoran dalam diri kerana sistem yang dibina tidak cukup bersih bagi menyediakan suasana kerja produktif dan ‘shariah compliance’ menuju taqwa. Ada syarikat yang meletakkan status ‘shariah compliance’ tetapi hubungan muamalah dengan ahli sekerja dan klien tidak mencerminkan konsep taqwa yang dikehendaki dalam Islam. ¬†Antara contohnya ialah sebuah bank yang menawarkan produk ‘shariah compliance’ tetapi dalam masa yang sama, si bos mengamalkan umpat mengumpat, menuduh dan maki hamun dalam pejabat. Ini perlu dibersihkan.

Potensi Diri dan Organisasi

Jika untuk diri, ada 4 aspek yang perlu dibersihkan:

  1. Fizikal
  2. Intelektual
  3. Emosi
  4. Spiritual
Manakala bagi organisasi, paling kurang 5 aspek ini perlu diselidik sistemnya agar ia berasaskan keimanan dan prosesnya sejajar dengan potensi manusia di atas menuju satu output terbaik atau ihsan.
  1. Financial
  2. Operation
  3. Administration
  4. Marketing
  5. Human Resource
Ihsan adalah teknologi TQM atau ISO yang perlu dibongkar semula. Ihsan yang lahir dari keimanan menjadi komponen penting dalam mencapai darjat taqwa. Jika 5 aspek di atas disertakan panduan al-Quran, sudah tentu mereka akan menjadi ahli organisasi yang lebih bersyukur. Jika 5 aspek ini diuruskan dengan doa pengharapan kepada Allah setiap masa, petunjuk jelas akan terhampar di dalam pejabat atau ketika di mana-mana sahaja kita beramal.
Moga Ramadhan tahun ini ruang untuk membaiki diri dan juga organisasi setempat.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mencari saat ‘pause’

Dalam al-Quran, ia dikaitkan dengan tafakur dan zikir. Dalam Bible juga dinyatakan teknologi 'pause' ini dengan istilah Selah - masa

Close