PS dalam Pengurusan Projek

PS dalam Pengurusan Projek

Salah satu aplikasi Pemikiran Sistemik ialah dalam menguruskan projek. Banyak model dan kaedah yang sering digunapakai dalam menguruskan sesuatu projek. Namun jika anda tidak biasa dan ingin memahaminya, ia amat mudah dengan menggunakan PS. Mari kita analisa bersama.

Ada 10 Prinsip dalam PS. Daripada prinsip ini, kita akan dapat beberapa gambaran untuk menguruskan sesuatu projek dengan  lebih efisien, terutama jika anda adalah seorang pengurus atau ketua bagi memastikan projek anda berjaya.

  1. Semantik – memahami semantik ‘Pengurusa Projek’, projek bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba untuk berjaya. Ia perlu diurus setiap masa – setiap hari. Walaupun ia tidak perlu diberi masa yang amat banyak setiap hari, tetapi ia perlu disiram setiap hari untuk memastikan ia terus subur dalam diri anda dan orang lain yang menguruskannya. Tip untuk memastikan perkara ini berlaku: anda ada time line yang akan mengingatkan anda dan orang lain tentang misi projek tersebut.
  2. Kaaffah – sebagai satu projek, anda perlu menganalisis elemen-elemen yang membina kejayaan sesuatu projek. Kalau anda ingin mengendalikan satu program atau bisnes, jangan lupa formula FOAMH. Financial, Operation, Admin, Marketing dan Human Resource. Semua ini perlu dikenalpasti dan diletakkan langkah ke arah kejayaan. Projek yang berjaya ialah projek yang kaaffah.
  3. Ladder – anda perlu meletakkan step by step bagi mencapai apa yang perlu dicapai dalam projek anda yang berjaya.
  4. Dimensions – anda perlu mengambil pelbagai dimensi dalam satu-satu projek. Jangan lupa elemen PIES – potensi dalam diri manusia. Ini akan memastikan projek ini dilaksanakan dengan baik.
  5. Energy – apakah sumber tenaga PIES dalam diri semua sumber ? Kalau sudah dikenalpasti kekuatan dan kelemahan, maka ia disusun dengan baik. Ada perkara yang perlu dilaksanakan secara bersendirian dan ada perkara yang perlu diambil kira pada tenaga dan kekuatan orang lain.
  6. Move – Ada perancangan dan objektif? Gunakan jalan yang paling sesuai untuk melaksanakan sesuatu perkara. Dalam sesebuah sistem, jangan direndahkan ‘inquire’ dalam kehidupan. Apabila anda bergerak, teknik CASIC amat membantu untuk anda bergerak dengan efisien. Kalau anda tidak beramal dengan teknik CASIC, anda akan mendapati amat banyak halangan dan cabaran.
  7. Change – dalam sesuatu projek yang besar, buat perubahan pada masa SEKARANG! Jangan bimbang masa depan kalau ia sudah dirancang. Kalau perlu diubah, maka ubahlah sekarang – apa yang anda jangkakan. Kalau anda dapat mengubah setiap masa mengikut kaedah yang terbaik, Insha-Allah kejayaan anda akan capai. Namun kena diingat bahawa untuk berubah , jangan tergesa-gesa kerana..
  8. Time Delay – Ada masa lengah dalam sesuatu perkara. Pastikan anda tahu berapa masa yang anda berikan untuk sesuatu proses memberi keputusan. Jangan terlampau pendek dan jangan terlampau lama. Ia memerlukan ilmu dan pengalaman. ┬áCuba perhatikan dan jangan cepat melatah untuk membuat perubahan atau ingin berdiam diri pada sesuatu perkara. Dengar apa yang berlaku dan sesuaikan dengan sistem yang anda sudah bina. Namun kalau sistem tidak ada, inilah masa untuk membinanya . Time Delay hanya dapat dihargai apabila anda sudah berada dalam sistem yang anda sedar dibina. Kalau anda tidak sedar sistem anda, anda akan dikuasai oleh sistem orang lain. Jangan sampai anda dibeli oleh orang lain dan pada akhirnya, anda melatah kerana anda ‘dibeli’ atau ‘dijual’
  9. Inverse Response – Dalam sistem di dunia ini, akan ada respon songsang atau perkara berlaku yang tidak sepertimana anda inginkan. Ada dua sebab: samada ia baik bagi anda atau ia tidak baik bagi anda. Namun baik atau tidak baik adalah sebahagian daripada proses kejayaan sesuatu projek. Atas dasar itu, untuk memastikan anda berjaya, pastikan respon songsang berlaku dalam proses anda menguruskan projek, bukan sebagai titik akhir projek tersebut. Bagaimanakah caranya ? Dengan anda cepat bertindak dengan ilmu untuk menjadikan respon songsang itu ke arah yang positif dan sebagaimana yang anda harapkan.
  10. Resonance – Anda perlu ambil tindakan. Perancangan dan tindakan yang sekata akan membawa kejayaan dalam projek yang anda uruskan , Insha-Allah – pada masa yang Allah izinkan. Tadaburlah dari al-Quran dan alam, nescaya kita akan dapat memahami masa yang Allah qadarkan.

Semoga kita dapat menguruskan projek dengan baik dan berjaya.

Ameen

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Jika hidup terlampau cepat

Hidup ini memang laju. Memang cepat. Di akhirat nanti, apabila ditanyakan berapa lama kita hidup, ada yang berkata pelbagai jawapan.

Close