Adakah anda Superman ?


Ramai anak-anak yang minat menonton aksi Superman. Namun jika ditanya baik-baik pada diri masing-masing, mahukah anda menjadi Superman dalam kehidupan sebenar? Superman adalah lambang kehebatan dengan menterbalikkan keutamaan. Sesuatu yang perlu di dalam diletakkan di luar. Superman ialah lambang individu yang kurang mahir aspek keutamaan atau dalam istilah yang dinyatakan oleh Dr Yusuf al-Qardhawi sebagai ‘Fiqh al-Awlawiyaat’.

Untuk menjadi seorang insan yang berjaya, keutamaan perlu difahami dan dilaksanakan. Banyak artikel yang boleh dibaca berkaitan dengan keutamaan atau first things first oleh Stephen R Covey. Namun apakah persediaan untuk mendapat hikmah ini dalam kehidupan ? Berikut antara perkara yang perlu diberi perhatian:

  • Tahu matlamat
    Menurut Lewis Carroll,
    If you don’t know where you are going, any road will take you there.
  • Kenal pasti potensi diri sebenar
    Kalau kita tahu bahawa diri ialah fizikal semata-mata, kita akan mengutamakan makanan dan menonton bola sepak sahaja.
    Kalau kita tahu bahawa diri ialah pada intelektual sahaja, kita akan mengutamakan ilmu dan fikir tanpa emosi.
    Kalau kita tahu bahawa diri ialah pada emosi sahaja maka ia akan menyebabkan kita mengutamakan kasih sayang dan perasaan berbanding ilmu kebenaran.
    Kalau kita tahu bahawa diri ini mulia dengan aspek spiritual yang hebat, kita akan mengutamakan Pencipta kita dan Rasul junjungan – yang akan menunjuk ajar teknik keutamaan dalam kehidupan.

    Dan jangan tertipu bahawa orang yang solat, hanya mengutamakan aspek fizikal sahaja sebagaimana dinyatakan dalam hadith Nabi dengan istilah orang yang mencuri dalam solat. Mengapa ? Kerana tidak ada tamakninah. Solatnya hanyalah pergerakan fizikal yang tidak benar-benar memberi ruang intelek, emosi dan spiritual dicantumkan kembali.

  • Why?
    Setiap perkara, jangan lupa tanya – Mengapa? Apakah niat dalam melaksanakan perkara ini. Jika Mengapa ini sentiasa ditanya dan dijawab samada dalam diri atau kepada orang lain, maka ia akan menyebabkan diri lebih bersedia untuk memegang kepada ‘fiqh keutamaan’. Jika tidak, anda hanya belajar sekali dua ilmu ini dan kemudian ia ditinggalkan.
  • Shuuraa
    Shuraa atau mesyuarat ialah satu teknik yang berkesan untuk mengelakkan kita ‘syok sendiri’. Makin seseorang itu ingin kejayaan, makin banyak shuura yang perlu dilaksanakan. Kerana pada shuura itu ada keberkatan , dengan memastikan ia diserahkan kepada Allah (tawakal) selepas itu.

Semoga kita tidak menjadi Superman dalam kehidupan dan dilindungi oleh Allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
PS dalam Pengurusan Projek

PS dalam Pengurusan Projek Salah satu aplikasi Pemikiran Sistemik ialah dalam menguruskan projek. Banyak model dan kaedah yang sering digunapakai...

Close