Pendidik menyebarkan rahmat


“Awak kena takut Allah. Allah sentiasa perhatikan awak.”
“Awak tak takut Allah?”
“Nanti awak catat kesilapan mereka,” kata Guru Penasihat Pengawas.

Dialog tersebut nampak bagus. Hakikatnya, permulaan dialog atau isi harian pada banyak masa dengan kaedah tersebut agak kurang sesuai. Mengapa ? Dari segi nilai nampak ok, tetapi tidak dari sudut pandangan hidup dan kepercayaan yang sejahtera.

Dalam Surah al-Kahf, beberapa kali terulang perkataan rahmat. Hidup ini penuh dengan rahmat. Rahmat Tuhan melangkau kemurkaan pada hamba-Nya. Bagaimana pula interaksi si hamba bersama hamba? Tentuk juga dengan rahmat – seperti mana Rasul diutus menjadi rahmat ke seluruh alam.

Pandangan Hidup dan Kepercayaan

Apakah kepercayaan seorang individu Muslim ? Tuhan yang satu.

Apakah pandangan hidup atau cara melihat dunia ini  pada Tuhan Yang Satu? Ada 2 pilihan:

  1. Tuhan itu amat garang, pemarah dan suka menyeksa hamba-Nya
  2. Tuhan itu Maha Pemurah, Penyayang dan Memaafkan. Tetap diberi rezeki dan oksigen walaupun tidak suka beribadah kepada-Nya.

Ada yang memandang cara 1. Ada yang memandang cara 2.

Bagaimana cara pandang individu paling berakhlak dan menjadi contoh teladan ? Pilihan 2.

Pendidik menyebarkan rahmat

Rasul ialah seorang pendidik. Beliau membawa rahmat.

Bagi pendidik yang dikenali sebagai ibu, bapa, guru, pensyarah, bos dan kawan: selayaknya kita membawa rahmat. Rahmat dibina dengan kesabaran dalam kisah Nabi Musa. Rahmat dibina dengan ingat Allah dan akhirat dalam kisah empunya kebun dalam Surah al-Kahf. Rahmat dibina dengan mengharapkan balasan Tuhan dalam kisah Zulkarnain. Rahmat tetap dicari oleh pemuda al-Kahf.

Mana mungkin rahmat sampai apabila kehidupan asyik ingin mencari kesilapan dan kekurangan sahaja tanpa disampaikan dengan cara terbaik dan rahmat.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Rantai projek

Banyak sangat perkara yang perlu dilaksanakan ? Hari ini saya ada lebih 15 perkara yang perlu dilaksanakan. Ia bukan boleh...

Close