Sewajarnya bermula dengan pilihan ke-A

Soalan: Ada masa kita bermula dari PIE dan membawa kepada S. Ada masa kita mulakan dengan S. Bilakah masa memulakan dengan S itu lebih baik ?

Jawapan: Sebenarnya semua perkara perlu bermula dengan pilihan ke-A, iaitu dengan mengingat Allah. Kemudian barulah ia dibawakan kepada aspek emosi, intelek dan fizikal kita.

Sebagai contoh, apabila kita ditimpa kesusahan kewangan, yang perlu diingati terlebih dahulu ialah Allah. Dengan pilihan ke-A ini, kita tidak meletakkan Allah sebagai pilihan ke-4. Namun dengan jiwa spiritual atau rohani yang lemah, atau kekadang ia menuntut untuk kita memahami secara manusiawi bagaimana Allah boleh membantu, maka ia bermula dengan langkah berikut:

Solusi 1 – Solusi saya: Cari kerja. Buat kerja banyak lagi.

Solusi 2- Solusi orang lain: Orang lain ada cara lain. Menarik juga kalau dicontohi apa yang mereka laksanakan.

Solusi 3- Solusi yang boleh kami usahakan: Mari kita buat sama-sama untuk meningkatkan sumber kewangan.

Solusi ke-4: Allah, aku tahu Kau memang mampu dan pasti kaya. Aku perlukan pertolongan-Mu ya Allah.

Kalau kita bermula dengan solusi 1-3, ia boleh dilakukan. Namun kekadang memenatkan. Mengapa penat? Kerana kita bergantung kepada diri kita dahulu. Kekadang midna tidak mampu berfikir lagi kerana kebuntuan. Apabila kita mulakan dengan pilihan ke-A dan bukan ke-4, ia akan menyebabkan emosi,intelek dan fizikal kita akan segara bugar. Ia hadir kerana ada harapan dari Pencipta kita.

Jadi mula dengan pilihan ke-A dulu ?

Ya kalau dapat. Kalau tidak mampu, kita perlu selalu semak samada apa yang kita laksanakan itu mengikuti solusi 1-3 diteruskan dengan alternatif ke-4.

Kalau ia tidak dilaksanakan dengan baik dengan melompat kepada solusi 1 dan melangkau ke-4, pasti ada sesuatu tidak kena akan berlaku. Salah satunya, anda menganggap solusi itu adalah alternatif ke-4, namun hakikatnya masih lagi di peringkat pertama kerana anda tidak mendengar solusi lain sehingga mampu menatijahkan sesuatu yang hebat. Allah juga yang akan menentukan dan mengizinkan apa yang akan berlaku.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Beberapa aspek tentang The 4th Alternative

Saya ingin mengkaji lebih mendalam tentang The 4th Alternative. Saya suka tajuk ini. Saya juga bercadang menggunakan tajuk 'The Ultimate

Close