Usaha untuk membina sinergi

S: Apabila kita ada MS, dengan siapa perlu kita perlu mencari YS untuk ke arah OS? Atau hanya tunggu? Atau usaha ?
J: Perlu usaha.

Jawapan panjang?

 Dalam kehidupan ini, semuanya sudah ditentukan oleh Allah. Namun ketentuan itu tidak kita ketahui. Hanya Allah sahaja yang tahu. Para malaikat atau nabi juga tidak mengetahui. Apabila seseorang ingin membina kekuatan karakter, maka ia perlu yakin bahawa dia tidak tahu masa depannya tetapi beliau boleh merancang dan berusaha dari sekarang.

 Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat dan Dialah jua Yang Menurunkan hujan dan Yang Mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung) dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (samada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya. (Surah Luqman: 34)

Atas dasar itu, untuk kita bergerak ke hadapan, bukan semua perkara boleh kita tentukan. Kita perlukan bantuan orang dan makhluk lain untuk membina kejayaan. Tuhan menjadikan semua di atas muka bumi ini untuk manfaat manusia. Apabila melibatkan makhluk lain, ia adalah YS. Jika ia bergabung dengan MS, ia boleh membawa kepada OS.

Siapakah makhluk yang perlu kita cari ?

Antara persoalan penting ialah kita mengiktiraf semua orang. Samada kita perlukan mereka secara langsung atau tidak. Jika kita perlukan di peringkat PIE, maka ia mungkin berjangka masa pendek. Namun kalau hubungan itu atas dasar S, maka ia akan kekal kerana kita ingin meraih pahala daripada Yang Maha Hidup. Ini tidak menafikan ada masanya kita berinteraksi dengan tahap PIE sahaja. Cuma dapatkan peluang pahala, bina network yang baik dan kalau bukan sekarang kita membina OS jangka masa panjang, kita harapkan ada OS yang dibina pada masa akan datang. Masa akan datang itu bboleh meliputi hari akhirat sana.

Itu sebabnya kita kena ‘mark’ seramai-ramai manusia dengan kebaikan dari kita. Pada bumi, mark sebanyak-banyak mungkin tempat sujud. Inilah kaedah untuk memastikan setiap saat kita di’mark’ dengan kebaikan.

Apabila kita bersifat resourcefulness

Apabila kita bersifat proaktif dan sentiasa ‘mengenal peluang dan sumber’, maka itu tanda kita nampak nikmat dari Allah, kita syukur dan kita gunakan peluang itu. Apabila ini berlaku, anda akan nampak siapakah yang perlu anda temui dan mendengar YS sebelum membina OS agar dapat menuju HS. Asas perkara ini ialah syukur. Seorang yang bersyukur sentiasa nampak ‘silver lining’ dalam apa sahaja yang berlaku.

Jika ia disekalikan dengan legasi atau kejayaan besar yang beliau ingin bina, ini akan menjadikan kemahiran ‘resourcefulness’ ini makin perlu digunakan. Inilah yang ditunjukkan oleh Dzulqarnain dalam Surah al-Kahf di mana beliau menggunakan pelbagai teknik dan jalan untuk mencapai apa yang beliau inginkan – iaitu menunaikan amanah sebagai pemimpin yang hebat di bawah naungan Allah.

Usaha bukti kehambaan

Apabila seseorang ingin menuju HS, maka usaha itu adalah bukti keseriusan tersebut. Setiap usaha ialah ibadah yang akan membuktikan kehambaannya. Apabila berusaha itu memerlukan komitmen yang tinggi dan kekadang ia memeritkan, itu ada balasan yang tersendiri dari Yang Esa.

Makin banyak usaha, maka itu membuktikan beliau percaya atau beriman pada apa yang dibekalkan oleh Tuhan yang dipercayai. Usaha ini adalah hasil azam yang kuat. Ibn Qoiyim menyatakan bahawa sebelum mencapai azam, ia didahului oleh kesedaran (yaqazhah), pandangan konsep yang jelas (bashirah) dan ilmu teknik yang praktikal (fikrah).

Untuk menjadi hamba, perlu ada YBFA. YBFA ini akan menatijahkan tindakan kita berinteraksi dengan orang lain mendengar YS untuk mencapai OS dan HS.

 

Facebook Comments:

One thought on “Usaha untuk membina sinergi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Sewajarnya bermula dengan pilihan ke-A

Soalan: Ada masa kita bermula dari PIE dan membawa kepada S. Ada masa kita mulakan dengan S. Bilakah masa memulakan dengan

Close