Beberapa aspek tentang The 4th Alternative

Saya ingin mengkaji lebih mendalam tentang The 4th Alternative. Saya suka tajuk ini. Saya juga bercadang menggunakan tajuk ‘The Ultimate Alternative’ atau ‘The Top Alternative’. Yang penting, The 4th Alternative tidak semestinya perlu mengikut turutan yang ke-4. Kalau kita lemah menggapai spiritual pada sesuatu masa, ia adalah ke-4. Namun yang ke-4 ini boleh menjadi yang ke-A. Yang paling utama.

Mengapa saya suka sangat dengan tajuk ini?

Ia berkaitan dengan pilihan. Dalam hidup kita amat banyak pilihan yang perlu dibuat. Ada pelbagai tahap pilihan. Ada pilihan yang biasa-biasa, ada pilihan yang kecil, ada pilihan yang besar, ada pilihan seumur hidup seperti memilih pasangan dan ada pilihan yang boleh membawa kita ke syurga atau neraka.

Jadi pilihan atau choice adalah satu perkara yang penting. Dalam kajian CASIC saya, ia adalah perkara yang terakhir – bukan bermaksud paling tidak penting. Dalam teknik komunikasi CASIC, kita perlu mulakan dengan CASI bersama rakan lain. Kalau beliau sudah bertanya kepada kita, barulah kita memberi pilihan. Choice. Choice satu topik yang menarik dan besar. Ada ramai yang pening dengan topik ini. Namun kalau sudah biasa dengannya, ia akan memberi kekuatan tidak terjangka.

Kekuatan tidak terjangka

Itu sebabnya sejurus selepas saya membaca bahagian awal The 3rd Alternative oleh Stephen R Covey, saya terus menulis satu artikel. Saya melihat kalau ingin membuat pilihan, perlukan pilihan ke-4. Pilihan ke-4 ini boleh jadi pilihan yang ke-A. Paling utama. Ia bergantung kepada dari mana kita memulakan usaha menaakul pilihan.

Kalau dalam Surah al-Kahf, pemuda-pemuda yang yang ditindas oleh raja zalim sudah tidak tahu berbuat apa-apa. Lantas munajat mereka direkodkan dalam al-Quran:

(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. (18:10)

Apakah yang diucapkan mereka ? Mereka sudah berbuat yang terbaik. My solution (MS), your solution(YS) dan our solution (OS) sudah diusahakan. Kalau ia berhenti pada The 3rd Alternative, ia tidak ke mana. Dunia ini ada individu yang tidak mahu berbincang untuk mencapai The 3rd Alternative. Apakah solusi dalam keadaan begitu ? The 4th Alternative – His solution (HS).

Beberapa persoalan The 4th Alternative

Berikut saya senaraikan beberapa persoalan tentang perkara ini yang akan saya kaji dan tulis selepas ini.

  1. Ada masa kita bermula dari PIE dan membawa kepada S. Ada masa kita mulakan dengan S. Bilakah masa memulakan dengan S itu lebih baik ?
  2. Apabila kita ada MS, dengan siapa perlu kita perlu mencari YS untuk ke arah OS? Atau hanya tunggu? Atau usaha ?
  3. Apabila kita ada OS, berapa lama kita perlu ‘push’ untuk memastikan OS itu akan dilaksanakan ? Bukankah ada kes di mana setelah ada OS, ia tidak menjadi juga.
  4. Bagaimana pula kalau ada yang berbuat silap ? Tidak perform atau tidak seperti mana kualiti yang kita harapkan ?
  5. Sejauh mana perlu berkasih sayang sesama manusia dan seagama dalam mencapai OS?
  6. Dengan individu beragama lain, perlukah mencari OS? Bolehkah HS dicapai ?
  7. Adakah HS perlu menjadi tujuan ? Kalau tidak ke HS, hanya sekadar OS? Apakah tahap perkara yang memerlukan MS, YS, OS dan HS?
  8. Apakah persediaan untuk menguatkan diri agar mampu untuk bertanya mendengar YS ke arah OS dan HS?
  9. Semestinya semua perkara perlu cari OS dan HS?
Nyatakan soalan atau komen anda untuk The 4th Alternative.

Facebook Comments:

2 thoughts on “Beberapa aspek tentang The 4th Alternative

  • January 25, 2012 at 10:48 pm
    Permalink

    Salam En.Fazrul,

    Saya ada 1 soalan.. Adakah YS dan OS MESTI ? Tak bolehkah jika kita gunakan MS dan HS sahaja? Kerana mungkin penyelesaian (solution) daripada orang lain akan ‘mengganggu’ matlamat dan keazaman kita?

    Reply
    • January 26, 2012 at 6:58 am
      Permalink

      Terima kasih kerana berkongsi soalan.

      YS dan OS ini ialah seni hidup bersama manusia lain di atas muka bumi ini. Sememangnya kekadang ia nampak sukar dan ‘mengganggu’, namun inilah antara seruan untuk kita “na’budu” atau ‘kami beribadat’, bukan “a’budu” atau ‘saya beribadat” dalam Surah al-Fatihah.

      Kalau kita terima banyak dugaan bersama manusia, ia lebih baik daripada kita tenang dalam kehidupan. Kalau untuk jangka masa pendek, memang YS dan OS dirasakan menyusahkan. Namun kalau ada legasi besar yang ingin dicapai, YS dan OS ini amat diperlukan.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bertanya untuk mengenalpasti ciri ekstrapolasi

Satu hari, saya bertanya kepada salah seorang rakan yang ingin belajar dengan saya tentang beberapa perkara. Saya nyatakan bahawa saya

Close