Kecepatan untuk bertindak


“Ketika bekerja, ada pelbagai tahap kecepatan. Tahap amat laju, laju dan amat perlahan.”

“Bagaimanakah itu?”

“Amat laju kalau bekerja di syarikat swasta kecil. Laju tetapi berfokus kerjanya ialah syarikat swasta yang besar. Perlahan dan tidak perlu rushing ialah kalau kerja kerajaan.”

Saya diam.

Adakah benar begitu? Ada benar, ada yang kurang benar.

Benar kalau itu sesuatu kerja itu tidak dilaksanakan dengan ilmu yang mantap.

Namun dalam masa yang sama, ilmu mantap itu satu proses. Pencariannya akan mematangkan diri sendiri untuk mampu menjalankan tugas dengan efisien dalam mana-mana bidang pekerjaan di atas.

Ynag pasti: matlamat masing-masing di tempat kerja itu yang akan memberi kesan kepada cara kerja. Ada sahaja yang bekerja di pejabat swasta kecil, tetapi lambat dan ‘blank’nya lebih lambat dari si siput. Bukan salah kerajaan atau swasta, ia ada kaitan dengan ilmu dan sikap yang disekalikan.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Lepaskan kepada Allah

Hidup ini seperti musafir yang melintas.Tidak akan cinta sangat dengan hotel yang cantik.Tidak cinta sangat dengan makanan yang sedap.Tidak boleh...

Close