Cara pandang I vs E dalam bertindak

Sejak beberapa hari ini, saya banyak membaca dan mengkaji tentang cara pandang ‘I vs E’. Saya namakan Teknik I vs E. Antara buku rujukan ialah Min Akhlaaq An-Nabii oleh Ahmad Muhammad al-Hufiy. Ia amat menarik untuk disemak dan diperhatikan. Ada beberapa cabaran tersendiri dalam kehidupan untuk membina akhlak mulia.

Perlunya panduan setiap saat dan cerita sendiri

Saya bertemu dengan Dr Ridhuan Fontaine di UIA hari ini. Beliau berkongsi teknik beliau dalam mengajar subjek Organizational Behavior. Salah satu tool yang beliau gunakan ialah journalling. Saya melihat ia amat rapat dengan konsep ‘inner speech’ dan ‘appreciative inquiry’ untuk hadir dengan cerita sendiri dan menggunakan pemerhatian untuk mahu ke hadapan.

Secara umum dari pemerhatian pelbagai tokoh penceramah, apa yang berlaku dalam satu sesi ceramah yang menarik ialah :

  1. Konsep yang besar tentang cara pandang
  2. Cerita personal yang menarik dari penceramah

Dua perkara di atas amat membantu dalam memberi gambaran tentang sesuatu konsep dari sisi pandang (worldview) yang baik.

Namun ada cabaran tersendiri.

  1. Konsep yang besar menyebabkan ada pendengar tidak mampu untuk memproses cara pandang bagi kes-kes kecil dalam kehidupan. Sebagai contoh, apabila seseorang tahu bahawa perlu ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia yang baik dalam bekerja, maka akan datanglah awal pekerja tersebut dengan melaksanakan kerja yang ada. Namun apabila masa rehat ialah 30 minit untuk Solat Dhuha dan datang kawan untuk mendapatkan bantuan membuat kerja yang emergency serta perlu disiapkan segera, maka apakah pilihan yang tepat ? Adakah Solat Dhuha (hubungan dengan Allah) atau mebantu kawan (hablum minannas) jika masa untuk menolong itu akhirnya akan menghabiskan masa Dhuha ? Bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan kawan tersebut yang tidak meletakkan Solat Dhuha sebagai penting?Konsep besar perlu dipadankan dengan pelbagai tool kecil untuk menyelesaikan cabaran di peringkat kecil.
  2. Cerita penceramah sering nampak menarik. Sejauh mana ia boleh dimanfaatkan? Sudah tentu ada. Namun apabila pendengar tidak membina cerita sendiri, ia akan nampak cerita penceramah lebih menarik berbanding diri sendiri yang merasakan cerita ‘kurang sedap dan menarik.’Namun adakah setiap cerita kita kurang menarik atau ia tidak dilihat dengan ‘rempah ratus dan refleksi’ lagi kerana kita sedang melaluinya ? Cerita oleh penceramah atau kawan di warung kopi adalah berbentuk ‘pasang siap’. Ketika kita melalui ‘perjalanan’ cerita yang sedang dibina, kita perlu mampu membina cerita sendiri. Ia memerlukan kesungguhan – tidak seperti cerita yang sudah siap. Ia boleh disampaikan dalam masa kurang 5 minit. Ramai yang mampu menyampaikan cerita 5 minit. Tapi dalam melalui pengalaman 5 tahun dari 5 minit yang diceritakan, ia perlukan kepada teknik dan pelbagai tool.Jangan ‘terpersona’ dengan kisah 5 minit apabila dalam realiti, kita kena siapkan diri dengan kekuatan 5 tahun.

Panduan setiap saat : Teknik I vs E

Saya mengikuti perbincangan di sebuah mailing list. Berikut antara yang ditulis oleh salah seorang ahli, Ahmad:

Pengalaman saya belum mencukupi. Mohon pencerahan daripada kalian. Saya membuat prebiu projek di sebuah sekolah dan beberapa surau. Antara respon yang saya dapat adalah seperti berikut:

1. Apabila tidak menegur kesalahan pelajar, disiplin mereka akan merosot.
2. Ibu bapa beranggapan cara mereka mendidik anak-anak sukar untuk diubah termasuk seolah-olah anak-anak akan sukar menerima teknik Nabi.
3. Apabila saya katakan bising dan berambut panjang itu bukan DOSA, ada kalangan guru beranggapan seolah-olah teknik ini akan melanggar peraturan sekolah. Namun sudah dijelaskan kepada ‘cikgu ini’ bahawa teknik Nabi ini merupakan penambahbaikan kepada proses pembelajaran yang sedia ada.

Berbeza apabila saya sendiri yang mengaplikasikannya. Teknik ini saya gunapakai dalam program motivasi yang dikendalikan dan saya mendapati ia sangat berkesan. Mohon nasihat dan dorongan daripada kalian semua.

Dalam respon yang diberikan oleh AJK di sekolah dan surau tersebut, ia boleh dilihat secara gambaran besar: doa pada Tuhan dan berbincang baik-baik dengan orang surau tersebut. Perkara ini memang benar, tetapi sejauh mana ia praktikal dalam mengisi kelompongan setiap saat oleh Ahmad ketika bersama dengan AJK sekolah atau surau? Boleh diisi dengan pujian  untuk berbincang dengan baik-baik? Ahmad perlukan bantuan tool lain untuk menjawab.

Apabila ‘berbincang baik-baik’ itu diperincikan lagi, Teknik I vs E boleh digunakan.

Secara ringkas, AJK itu memberi jawapan benar atau salah pada mereka. Ini ialah jawapan I. Jika dibalas dengan I, maka ia mungkin akan menyebabkan tidak senang kecuali AJK cukup terbuka (sesuatu yang sukar kerana ia melibatkan status quo kefahaman yang ada). Kalau I disekalikan dengan E, ia akan memberi ‘nafas’ kepada AJK untuk memproses apa yang sedang disampaikan dengan baik.

Bagaimana memasukkan nilai E? Panduan dari CASIC boleh membantu. Tidak semestinya AJK setuju tetapi kita memberi choice yang ‘tidak memaksa’ untuk AJK menukar ‘sokongan’ kepada projek yang dilaksanakan oleh Ahmad.

Pause untuk mengelakkan ekstrem I dan E dan mampu istiqamah

Ada 4 perkara yang disampaikan oleh Surah Hud tentang rukun istiqamah: 2 jangan dan 2 buat.

  1. Jangan ekstrem (pause I)
  2. Jangan cenderung kepada orang zalim (pause E)
  3. Solat (pause S)
  4. Sabar (pause PIES)

Kerana I vs E perlu diseimbangkan, pause  akan membantu kerana pause akan menyebabkan kita sedar dan mengawal apa yang perlu dilaksanakan.

Jangan ekstrem I, jangan ekstrem E.

Jangan cenderung kepada yang zalim secara I dan zalim secara E.

Mohon bantuan dari Tuhan setiap masa dengan solat dan sabar.

Apa isi solat dan sabar untuk dilaksanakan sebenarnya pada masa Ahmad berbincang dengan AJK? Ada tool lain yang perlu dicari lagi dari lautan al-Quran.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ekstrem I, Ekstrem E

Untuk konsisten dan istiqamah, kita perlu menjaga diri daripada bersifat ekstrem. Ekstrem akan menyebabkan kita mudah punah pada jangka masa

Close