Ekstrem I, Ekstrem E

Untuk konsisten dan istiqamah, kita perlu menjaga diri daripada bersifat ekstrem. Ekstrem akan menyebabkan kita mudah punah pada jangka masa panjang. Keseimbangan amat penting.

Apakah contoh ekstrem ?

Untuk diri sendiri, elemen PIES mempunyai unsur ekstrem masing-masing.

P: amat banyak makan, amat banyak exercise sehingga mengganggu masa belajar

I: amat banyak membaca sehingga  pening kepala dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain

E: amat suka dengan sesuatu perkara dan amat benci pada sesuatu perkara

S: ingin puasa, solat tahjud tanpa makan dan tidur

Ekstrem bersama orang lain

Jika ekstrem pada diri sendiri sudah jelas, ada unsur ekstrem ketika interaksi kita dengan orang lain. Ketika berinteraksi, elemen PIES masih terlibat. Namun yang mampu kita sentuh secara langsung ialah unsur I dan E. Ini disebabkan elemen I dan E ini akan memberi kesan langsung kepada P dan S. Cara kita berfikir dan perasaan yang bersangkutan dengannya akan memberi kesan bagaimana tangan atau kaki kita akan digunakan. Cara berfikir dan perasaan kita juga ada kaitan dengan elemen spiritual yang melibatkan zikir, solat dan hubungan kita dengan Pencipta.

Apakah contoh ekstrem I dan E ketika berinteraksi dengan orang lain atau E? Apakah contoh ekstrem ketika berada dalam setting ilmu atau I?

Secara ringkas, I perlu digabungkan dengan E. Tidak boleh dipisahkan. Jika ia dipisahkan, akan berlaku ekstremism.

Ekstrem I : super kritikal, amat banyak bertanya soalan dan merancang hingga mengabaikan aspek tindakan dan perasaan

Ekstrem E: amat menjaga hati orang lain sehingga mengabaikan kebenaran.

Secara default, semua masa dalam kehidupan kita melibatkan setting E. Hanya setting tertentu dalam kuliah atau ceramah melibatkan setting I. Apakah sikap dan tabiat penting dalam setting E? Perlu banyakkan E dengan kombinasi I. Perlu diisi dengan akhlak yang baik. Akhlak yang baik hadir daripada sikap dan tabiat positif yang diamalkan.

Bagaimana dengan setting I? Ilmu banyak disampaikan, diskusi dikuatkan tetapi dalam masa yang sama, E atau sikap/ tabiat positif perlu terus diamalkan. Ini disebabkan kita berinteraksi dengan manusia. Manusia perlu di’hubung’kan dengan akhlak atau elemen E. Bukan sekadar intelektual kering.

Moga kita menjadi individu yang mampu membezakan statement I dan E – dan mampu melaksanakan tindakan sesuai berdasarkan Teknik I vs E. Perhatikan hadith berikut dan kenalpasti manakah I dan manakah E:

Pernah Umar bin Khattab memohon izin menemui Nabi sedangkan di sisi beliau ada beberapa wanita Quraisy, yang sedang mengemukakan berbagai macam pertanyaan dan permintaan dengan hiruk pikuk. Ketika Umar datang, bersegeralah mereka ke balik tabir. Lalu Umar ra masuk dan Rasulullah tertawa. Umar bertanya, “Wahai Rasulullah, mengapa Anda tertawa?”

Beliau menjawab, “Aku heran melihat mereka, ketika mereka mendengar suaramu mereka bersegera ke balik tabir.”

Umar berkata, “Sesungguhnya Andalah yang lebih berhak mereka takuti wahai Rasulullah?” Lalu Umar mengadap ke arah mereka dan berkata, “Wahai wanita-wanita yang memnuhi diri sendiri, apakah kamu takut kepadaku dan takut kepada Rasulullah ?”

Mereka menjawab, “Ya benar, engkau lebih keras dan kasar daripada Rasulullah.”

Kemudian Rasulullah berkata, “Hai Ibnul Khattab, ddemi Dzat yang menguasai diriku. Syaitan sama sekali tidak akan melihat engkau melalui satu jalan, melainkan dia pasti melalui jalan lain yang bukan jalanmu.”

 

Subhanallah. Kerana I, ia menyebabkan Umar menjadi kasar. Tetapi itu bukanlah negatif, kerana Rasulullah masih melihat nilai Umar. Maka Rasulullah dengan kombinasi I+E, beliau terus sensitif dengan kata-kata wanita tadi yang memberi jawapan secara I – langsung: engkau lebih keras. Ia menyakitkan jika diri tidak bersedia dengan jawapan itu. Maka Rasulullah cepat-cepat mengiktiraf Umar dengan penyataan di atas. Acknowledge.

Jika dikaji dari segi intelektual, ada benarnya Umar. Diam sahaja apabila dikatakan Umar kasar. Namun Rasul menyulami interaksi itu dengan elemen E – emosi. Akhlak Nabi itu menyegerakan pujian kepada Umar.

Adakah Umar akan terus kasar? Terpulang. Namun apa yang berlaku dalam sejarah, Umar menjadi amat lembut ketika memerintah. Ini disebabkan semua orang rasa sakit dengan panahan intelektual – walaupun benar. Ia menyebabkan Umar menambah nilai dalam hidupnya dengan elemen E. Yang kesar telah dipuji oleh Rasulullah – perlu diteruskan untuk kebaikan. Dalam masa yang sama, ditambah dengan nilai akhlak yang mulia.

Memfokuskan kebaikan pada Umar tidak semestinya Umar akan naik minyak. Semua individu akan berfikir dan ‘adjust’ dirinya ke arah kebaikan jika individu yang menyantuninya memberi ‘kesan’ pada diri. Tidak kisah sejauh mana intelektual yang disentuh, elemen emosi tetap akan menggamit perasaan manusia. Manusia adalah makhluk berperasaan, tidak seperti robot yang boleh dimasuki informasi tanpa perlu beri ‘Salam’.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Teknik sistemik menonton berita TV

Saya memerhati berita di TV semasa saya di Kota Baharu untuk program di sini. TV menayangkan pelbagai berita. Saya tengok

Close