Teknik sistemik menonton berita TV

Saya memerhati berita di TV semasa saya di Kota Baharu untuk program di sini. TV menayangkan pelbagai berita. Saya tengok ramai beri perhatian pada TV. Berita dari KL menjadi perhatian. Mujurlah TV tidak berapa jelas. Ia akan mengaburkan lagi pandangan mereka yang perlukan teknik ‘menonton TV’ zaman ini. Saya kongsikan teknik sistemik dalam ‘menonton TV’.

  1. Semantik – fahami setiap perkataan berita. Adakah ‘demonstran’ dikaitkan dengan perusuh? Adakah polis dikatakan baik sahaja? Kalau demonstran dikaitkan buruk sahaja, dan polis dikaitkan baik sahaja, maka ada masalah semantik. Tiadakah baik pada demonstran dan buruk pada polis ?
  2. Kaaffah – Berita yang baik menjelaskan mana yang benar – jika perlu dikeluarkan. Apabila ingin menjadi berita yang syumul, perlu lihat apa motif ia ditayangkan. Kalau untuk memburukkan seseorang atau satu kumpulan, ia tidak cukup kaaffah. Sistem yang kaffah atau sempurna menekankan aspek fungsi. Kalau berita itu berfungsi untuk mencapai matlamat keamanan negara, adakah dengan memburukkan seseorang ia akan membawa keamanan atau akan menyebabkan berlaku ekstremism dalam memberi pendapat ?
  3. Ladder – tangga ada anak tangga. Ia melambangkan tahap-tahap. Sudahkah berita itu menerangkan tahap demi tahap atau ia hanya menerangkan hasil atau peristiwa akhir sahaja daripada sesuatu perkara? Kalau tiada langkah demi langkah, ada masalah dengan sistem berita. Ia mudah dimanipulasikan kefahaman penyampai berita dan pendengar. Kalau ada yang kemalangan atau yang mengejar, siapa yang mengejar? Apa sebab ia mengejar? Tiba-tiba?
  4. Dimensions – apakah dimensi lain dalam berita? Atau tiada berita dari dimensi lain dalam menyatakan baik buruk sesuatu pihak ? Kalau berita itu mengenengahkan pro dan kontra sesuatu pihak dan berita, ia boleh menjadi sistem berita yang baik. Kalau tiada ruang itu, ia akan menyebabkan sistem berita itu kurang baik. Ia malah mungkin akan merosakkan diri pendengar.
  5. Energy – apakah tenaga atau sumber yang ada dalam penghasilan sesuatu berita ? Hanya kamera pemberita satu stesyen TV atau juga merujuk kepada sumber lain? Kalau hanya satu sudut atau satu kamera sahaja menjadi sumber untuk membuat berita, ia amat dangkal dalam memahami berita itu baik.
  6. Motion – Bagaimana semua berita ini disusun dan disampaikan kepada pendengar ? Adakah hanya dengan satu berita sahaja, atau disahihkan dari semasa ke semasa? Hanya satu klip untuk menilai segala perkara ?
  7. Change – adakah berita itu berusaha untuk mengubah perspektif orang ke arah kebaikan ? Jika ia cuba memasukkan nilai buruk tanpa asas atau ingin ‘justify’ kebenaran stesyen TV pada satu pihak sahaja, sistem berita itu sudah tentu tidak kuat.
  8. Time delay – ada masa lengah memahami semua keadaan atau berita terus dapat membuat kesimpulan selepas peristiwa? Jika amat cepat berbanding mahkamah dalam menetapkan siapa benar dan salah, berita itu sudah tentu ada masalah. Atau ada lawyer dalam stesyen TV yang mampu menjatuhkan hukuman salah sebelum sempat sesuatu peristiwa selesai.
  9. Inverse response – adakah unsur negatif itu hanya ‘temporary’ berbanding yang baik dalam sumber berita itu ? Kalau dalam berita ada menyatakan ‘ini adalah dapatan kami yang sudah tentu ada kesilapan’ dalam skrip pembaca berita, ia melambangkan sistem ini lebih dipercayai – kerana pemberita yakin beliau adalah makhluk yang tidak tahu semua perkara.
  10. Resonan – teori dan praktikal berita itu betul ? Atau apa yang disampaikan sudah di-twist oleh teori menyebarkan umpat dan fitnah?

Inilah  10 teknik dalam pemikiran sistemik dalam menganalisis sesuatu berita. Moga ia membantu anda menonton sebarang berita di TV dengan baik dan terjauh dari perang pemikiran yang ada.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Banyak ‘apa’, sedikit ‘mengapa’, mencari ‘bagaimana’

"Saya ingin kereta besar." "Saya ingin jadi dermawan." "Saya ingin syurga." Banyak keinginan. Banyak 'apa'. Selepas itu ? Tanyakan mengapa.

Close