Banyak ‘apa’, sedikit ‘mengapa’, mencari ‘bagaimana’

“Saya ingin kereta besar.”

“Saya ingin jadi dermawan.”

“Saya ingin syurga.”

Banyak keinginan. Banyak ‘apa’. Selepas itu ? Tanyakan mengapa.

Kalau ditanyakan ‘mengapa’ ingin kereta, akan keluarlah pelbagai jawapan. Kalau tanya ‘mengapa syurga’, akan keluarlah jawapan. Ia akan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ia akan menghidupkan ‘apa’ lebih jelas dan benar. Tanpa ‘mengapa’, ‘apa-apa’ sahaja betul. Namun kalau semua betul, tiada yang salah ? Hatta untuk membina rumah, tidak sesuai dimasukkan elemen yang salah. Khuatir roboh dibuatnya.

Kesan ‘mengapa’

Apabila jelas ‘mengapa’, akan terbangun emosi. ‘Mengapa’ paling hebat ialah apabila ia mampu menjawab persoalan spiritual. ‘Apa’ yang baik mampu ditanya oleh spiritual dan ia masih benar.

Mengapa inginkan kereta?Untuk membantu kerja sendiri dan orang lain. Itu benar dan sesuai dengan tujuan kereta. Kalau ‘untuk menunjuk-nunjuk’, itu adalah jawapan ‘mengapa’ yang kurang sesuai.

Selepas jelas ‘mengapa’, akan terbangkit ‘bagaimana’. Kekadang bila tahu ‘apa’ tetapi tiada ‘mengapa’, ‘bagaimana’ tidak terbangun. ‘Bagaimana’ akan penat memikirkan pelbagai teknik kalau apa yang ingin dicapai tidak berbaloi. Tapi kalau berbaloi, ombak akan diredah. Gunung akan didaki, lurah akan dituruni.

Manusia ingin mudah, tetapi bukan terlampau mudah

Apabila menjawab ‘bagaimana’, manusia tidak mahu buang masa. Itu sebabnya ramai yang tidak mahu menyambut semua ‘apa’ kecuali ‘mengapa’ sudah berjawab. Apabila ia sudah berjawab, yang sukar dirasa mudah. Yang sulit dirasa tidak pelit.

Itulah pentingnya ‘iman’ yang menjawab ‘mengapa’ pada ‘apa’. Apakah kita ? Manusia. Mengapa diciptakan? Beribadah pada yang esa.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Antara I dan E

Sejak kebelakangan ini, saya banyak berkongsi dengan peserta kepentingan Teknik I vs E. Dalam program baru-baru ini, seorang peserta India

Close