Ideologi tercapah dari potensi PIES manusia

Dalam diri manusia ada potensi fizikal, intelek, emosi dan spirituil yang tidak dapat dipisahkan. Manusia adalah satu sistem. Jika terpisah elemen 4 itu, maka ia merosakkan. Dan lantaran manusia ini hidup dengan 4 potensi ini, kegagalan memahami konsep seluruh potensi ini secara sistemik akan menyebabkan berlaku penyelewengan. Penyelewengan inilah yang dimaksudkan sebagai ‘melampau’ – atau taghut.

Sebagai contoh, apabila manusia terlampau dominon dalam mengutamakan elemen fizikal, maka ia akan menyebabkan kefahaman manusia hanyalah dalam bentuk objek tidak mempunyai nilai atau tujuan yang besar. Inilah yang dipegang oleh Darwin yang melihat manusia ini tidak berbeza pun dengan haiwan lain. Mengapa jadi begitu ? Kerana pada beliau, manusia ialah hasil interaksi di peringkat alam – lantas menjadi gen-gen yang lagaknya seperti haiwan lain. Pembeza antara manusia dan haiwan ialah kerana gen manusia lebih kompleks.

Ideologi berasaskan intelek semata-mata mengagungkan akal. Socrates atau Plato menguatamakan akal. Jika akal diletakkan paling tinggi, inilah yang berlaku kepada golongan atheis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan.

Jika ideologi berasaskan emosi atau sosial, wujud mazhab nasionalisme yang diutamakan dan diperjuangkan. Sehingga dikatakan Nabi Isa itu adalah orang kulit hitam – untuk menunjukkan bahawa kulit dan bangsa mereka lebih utama.

Apabila berbincang tentang maruah manusia, elemen spirituil membina cara pandang yang syumul bahawa Allah memuliakan anak Adam. Cuma anak Adam itu sendiri yang ingin memilih samada ingin terus ke syurga atau ke azab api neraka Allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Hidup penuh pilihan akan melumpuhkan?

Dalam otak manusia, ada pelbagai tautan terbina apabila seseorang berfikir dan memasukkan info ke dalam minda. Makin luas pengalaman dan

Close