Sistemik, PIES dan CASIC

 

Daripada kajian dan praktik yang saya laksanakan, saya boleh bahagikan secara ringkas begini:

Saya akan gunakan CASIC kalau saya bersama manusia. Tidak perlu terlampau kritikal. Asalkan boleh bersama pelbagai lapisan manusia adalah tujuan kita bersosial. CASIC boleh menjadi tool untuk mencapai tahap ini.

Jika saya perlu mendalamkan lagi apakah yang akan saya laksanakan dengan individu yang ada hala tuju (walaupun tidak semestinya sama dengan saya), maka saya akan gunakan PIES. Saya akan mampu menjelaskan relevannya apa yang difikirkan oleh orang lain dengan apa yang saya fikirkan. PIES melihat kaitan antara minat orang lain dengan diri sendiri kerana ia menjelaskan potensi yang pelbagai.

Manakala kalau saya perlukan kajian mendalam, rasional apa yang berlaku dan menginternalisasikan apa yang berlaku, maka Pemikiran Sistemik memainkan peranan. Ia menerangkan semula sistem alam ini, untuk saya berinteraksi dengan baik. Pemikiran Sistemik memberi formula kepada saya agar tidak menafikan 1+1 = 2, bukan 3 atau 4, walaupun pada peringkat PIES atau CASIC, ada yang boleh membuktikan 1+1 ialah 11.

 

Semoga saya dapat sampaikan dalam siri latihan saya secara onsite atau online. Bagi sesiapa yang berminat, saya amat ingin membantu.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Normalizing, time delay dalam bisnes

Apabila mengetahui sesuatu konsep baru dan membaca dari buku tertentu, cuba bersabar dan elakkan over-excited untuk menilai dan melaksanakannya. Mengapa...

Close