Banyak sangat perkara ingin dicapai 3 tahun lagi…

“Aku banyak kerja nak capai 3 tahun lagi,” kata Ahmad.

“Haah, aku banyak ingin terlibat dengan program yang ada. Tak menang tangan…” kata Ali

“Apa projek kau sedang fokus sekarang?” tanya Asif.

Ahmad dan Ali menaikkan bahu.

Sindrom Tidak Fokus

Apabila seseorang itu tidak jelas legasi yang ingin dibina, semua perkara nampak sebagai pahala. Ia amat bagus. Namun ia juga akan menatijahkan ‘sindrom tidak fokus’ – kejar ke sana ke sini tetapi projek sendiri terbengkalai.

Bagaimana ia boleh diubati?

Sedar Projek dan Nilai Diri

Katakan kita ada Projek A. Kenalpasti dengan baik sistem projek ini. Projek A mungkin salah satu projek jangka masa pendek untuk mencapai legasi yang sedang dibina. Boleh jadi beberapa projek yang dilaksanakan, namun pastikan ada 1 projek yang sedang difokuskan. Yang lain, anda bantu pada mana-mana aspek yang sesuai.

Ketika menjalankan projek sendiri, anda akan berdepan dengan cabaran tidak cukup tenaga, wang dan pelbagai aspek lain. Inilah masa untuk bersinergi dan bekerjasama dengan orang lain pada sela masa tertentu. Ia perlu diawali dengan:

  • Perbincangan
  • Perjanjian keseluruhan
  • Perjanjian dari setiap perjumpaan atau diskusi (untuk diminitkan)

Selepas itu, laksanakan mengikut timeline yang sudah dipersetujui.

Anda perlu sedar apakah projek yang sedang dibina dan nyatakan nilainya untuk difahami oleh orang lain. Orang lain yang ingin membantu mudah mengetahui bagaimana ingin membantu.

Katakan anda ingin mencapai nilai 10 tetapi sekarang baru nilai 2. Maka orang yang kita jumpa pastikan ia boleh membantu sehingga nilai 2 itu sampai ke nilai 10 dalam timeline yang sesuai dan dipersetujui.

Ketika melaksanakan projek utama kita, ia mungkin projek sampingan atau utama bagi orang lain. Tiada masalah. Manfaatkan kepakaran orang lain berdasarkan perjanjian yang sudah dimeterai. Janji mulut sahaja tidak cukup. Perlu ditulis sebagai satu tanda komitmen yang tinggi.

Soalan kritikal nak tahu fokus atau tidak

Jika ada 6 perkara perlu dibuat hari ini dan target 3 atau 100 tahun hanya satu atau 2 sahaja, itu bermaksud anda sedang fokus. Tapi kalau target 3 tahun ada 8 perkara tetapi hari ini tidak pasti buat apa atau takkan buat apa-apa, itu maksudnya anda sedang menyemai angan-angan. Ia tidak ke mana.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apabila Quran dilihat sebagai kalam Allah

"Banyak sangatlah apa yang disampaikan oleh al-Quran." "Tajuknya melompat-lompat." Ketika seronok mendapat SMS dari insan yang dicintai, apa sahaja topik

Close