Harga Dan Potensi Diri

Ada satu ungkapan yang menyatakan “orang yang mengenal harga dirinya tidak akan binasa”. Mengapa? Kerana jika anda kenal diri anda dengan potensi yang Tuhan berikan, anda akan sedar yang anda tidak patut untuk melakukan perkara yang sia-sia. Contohnya, kalau anda melihat anda memiliki sifat-sifat kepimpinan yang membolehkan anda menjadi pemimpin yang ulung dimasa hadapan, anda takkan mensia-siakan masa dengan melepak dengan sembarangan kawan di shopping complex, tembok tepi jalan, kelab malam atau taman-taman. Perlakuan sebegitu hanya memusnahkan potensi yang sedia ada terbina dalam diri.

Orang yang kenal harga dirinya, tahu apa yang baik dan apa yang buruk. Individu ini akan melaksanakan kebaikan walau ramai orang yang memandang sinis serta menolak yang buruk walau yang buruk itu menjadi ikutan ramai. Bagi mereka yang tahu harga dirinya, sedar bahawa penilaian itu dibuat oleh Tuhan yang menciptakan dirinya. justeru dia akan meyakini apa yang Penciptanya arahkan dan akan menolak apa yang manusia hujahkan untuk membenarkan kelakuan buruk.

Harga diri yang akan mengelakkan kita disamakan dengan binatang, malahan lebih teruk jika kita menyalah gunakan nikmat yang diberi. Harga diri seperti perbezaan barang mewah dan barang murahan. Semua orang mahukan barangan yang mewah. Yang murah lebih senang terabai, terbuang dan terlepas pandang. Bagi manusia, harga diri ditentukan oleh Allah, sebagai pengeluar panduan dan ‘sijil’ harga.

“Antara keelokan Islam seseorang muslim ialah meninggalkan perkara-perkara yang tidak layak baginya” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ideologi tercapah dari potensi PIES manusia

Dalam diri manusia ada potensi fizikal, intelek, emosi dan spirituil yang tidak dapat dipisahkan. Manusia adalah satu sistem. Jika terpisah...

Close