Mencari rentak menulis dengan emosi

Saya suka berfikir dan menganalisis sesuatu perkara. Apabila saya menganalisis, kapasiti yang banyak digunakan ialah intelek. Apabila saya berkongsi dalam penulisan, ayat intelek kekadang kurang difahami kecuali perlu diselusuri dengan baik satu persatu perkataannya. Bahasa intelek penuh dengan short cut. Tidak seperti apabila menulis dengan emosi.

Mengapa short cut?

Saya kenalpasti bahawa short cut itu digunakan kerana ia penuh dengan formula. Formula itu pula akan menerangkan dengan amat mendalam sesuatu perkara. Kerana formula itu perlu diterangkan luas, maka ia akan disambut oleh formula lain pula. Itu yang menyebabkan setiap patah perkataan itu akan penuh dengan formula dan kependekan.

Dalam masa yang sama, saya sedar bahasa emosi biasanya akan melalui jalan panjang sedikit. Dulu saya merasakan ia seperti buang masa – kerana meleweh-leweh atau berjela-jela. Rupa-rupanya, yang berjela-jela itu hanya ketika menulis bagi bahasa intelek. Bagi pembaca, yang berjela-jela itu kekadang dianggap pendek kerana minda memang bergerak pantas ketika membaca. Membaca dan menulis adalah dua perkara berbeza.

Menulis memerlukan analisis dan dikeluarkan. Ia memakan masa – tidak menjadi short cut kecuali apabila ia sudah masuk flow atau mood menulis.

Membaca pula hanya memerlukan masa bagi memproses apa yang dilihat. Tidak perlu banyak menghubungkan dengan apa yang sudah difahami atau perlu diselongkar isi dalam minda selama ini. Kalau kita membaca dalam fokus, mungkin akan terkait dengan sesuatu yang dalam dan jauh ke dasar. Kalau tidak fokus, mungkin apa yang dibaca akan berlaku begitu sahaja.

Dalam menulis tidak boleh secara lalu sahaja. Kesannya ? Apabila dibaca nanti akan penuh dengan ayat yang tidak tentu pasal.

Mencari rentak

Saya perlu mencari rentak menulis dengan kapasiti emosi yang lebih. Bukan semestinya saya akan menulis cerpen atau novel. Tapi saya perlu menulis dengan emosi dibiarkan mengikut bahasa dan laras yang kekadang dirasakan berjela-jela. Asalkan ia tidak lari dari tajuk, saya akan layan penulisan tersebut. Saya akan perincikan apa yang sedang diterangkan, dirancang jalan cerita dan butiran agar apa yang ingin disampaikan tidak kematu dalam bahasa intelek.

Kata bahasa emosi

Bahasa Emosi akan menegur kepada Bahasa Intelek: “Aku nie lambat. Aku perlu kumpulkan banyak butiran kecil untuk dihargai oleh pembaca. Harap kau bersabar ketika berfikir dan mengikut susur hgalurku.”

Bahasa Intelek membalas: “Asalkan yang membaca suka, aku akan suka. Lagipun aku boleh berehat sebentar daripada terus diperah oleh bosku.”

“Kau pasti ?” Tanya Bahasa Emosi.

“Ya, kerana dalam cerita kau nanti, akan ada aku kan ? Aku inginkan pakaian pelbagai. Selama ini asyik aku sahaja yang ke hadapan tanpa perhiasan pelbagai. Aku nie skema. Kurang variasi. Selepas tahun 2012 ini, aku ingin bervariasi. Menikmati segala nikmat Tuhan.”

Bahasa Emosi tersengih. Dalam benaknya berjanji akan membawakan sesuatu untuk bosnya.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
CASIC akan ditulis

Sejak 2009, saya mengkaji formula CASIC. Saya sudah menghasilkan workbook ringkas untuk CASIC di Los Angeles. Sudah masanya saya menulis

Close