Memberi emosi ruang untuk bernafas

Dalam membina iman, ada naik turunnya. Dalam membina intelek, ada faham dan bingungnya. Dalam kantung atau wallet, ada kembang kempisnya. Dalam emosi dan perasaan untuk meneruskan kehidupan, perlu ada ruang untuk diri bernafas dengan baik dan normal. Ini lebih-lebih lagi dalam bergelut dalam medan menyeru kebaikan dan mencegah kemunkaran – medan yang membawa seseorang naik ke atas menuju Allah. Nabi Muhammad tidak hanya mulia di sisi Allah dengan ibadat personal, tetapi kerana ada tugas yang menyebabkan beliau digelar ulul-azmi. Ulul azmi mempunyai banyak cabaran.

Untuk berada dalam medan penuh cabaran itu, kita yang memilihnya. Ada individu yang menyatakan, saya tidak mahu terlibat dengan dakwah. Saya tidak layak. Saya mahu concentrate diri dan keluarga saya sahaja. Namun recognition Allah amat penting diberi perhatian:

(3:110) Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.

Allah menyatakan kita adalah sebaik-baik umat, dengan syarat kita melaksanakan apa yang dinyatakan dalam ayat di atas.  Dalam ayat 3: 104, Allah menyatakan amalan-amalan di atas sebagai syarat al-muflihuun (kejayaan). Tidak mahukah kejayaan yang terbaik, di-endorse oleh Allah?

Kerana kerja ini besar dan memerlukan stamina tinggi, kita perlu menjaga pernafasan kita. Salah satu perkara penting ialah memberi ruang untuk emosi kita bernafas. Ada yang melaksanakan dakwah, kerana merasakan dirinya perlu bersungguh-sungguh, melaksanakannya tanpa memberi ruang nafas pada emosinya. Apakah tanda individu yang tidak memberi nafas kepada emosinya? Antaranya

  • Amat bersungguh-sunnguh, dan saya ‘boleh buat’
  • Tidak bersedia untuk menyatakan ‘saya sibuk sikit’
  • Sukar untuk mengakui kesilapan dan kelemahan
  • Tidak mahu berkongsi dan berbincang cabaran. Kalau bincang pun, ingin diselesaikan segera
  • Hanya ‘mahu berkomunikasi dengan Allah’ sahaja tanpa mahu berkongsi keprihatinan sesama rakan dakwah
  • Dan banyak lagi

Bagaimana contoh yang ditunjukkan Rasul? Selepas mendapat wahyu pertama, beliau meminta isteri kesayangan, Khadijah untuk menyelimutkan beliau. Beliau memberi ruang emosinya ‘saya khuatir’. Dengan memberi nafas itu, Khadijah memberi kata-kata perangsang.

Ketika Rasul dibaling batu dan diherdik anak-anak Taif, beliau ‘memberi nafas’ kepada emosinya ‘untuk surrender sekejap’ sebelum meneruskan langkah. Dengan emosi begitu, ia akan membawa kepada kedekatan kepada Allah. Emosi yang Allah berikan kepada kita ialah untuk merasakan kedekatan kepada Allah. Kita boleh mendekati Allah dengan ilmu. Namun ilmu itu perlulah menimbulkan ‘eureka’ atau ‘subnahallah’ lantas mengembalikannya kepada Allah. Eureka atau subhanalllah hanya akan bermakna jika disertai emosi syukur. Ia bukan hadir tiba-tiba. Ia diawali satu saat menarik nafas dan memberi ruang emosi mengakui ‘saya ada masalah, saya stuck.’

Apabila emosi diberi ruang bernafas, ia bermaksud kita tidak menahan nafas kita hanya untuk menyelesaikan sesuatu tugas. Ramai yang merasakan apabila buat kerja yang sukar, kena tahan nafas agar fokus dan tidak hilang tujuan. Ketika melintas sebuah jambatan yang sempit menggunakan basikal, ramai yang menahan nafas agar konsisten dan fokus. Ketika berhadapan dengan sesuatu yang bahaya, kita akan menahan nafas agar semuanya ‘terkawal’. Namun kerana dakwah ini jalan yang panjang,’nafas perlu panjang’ tetapi bukanlah hingga tidak bernafas.

Menyedari emosi ini perlu diberi nafas amat penting. Untuk mendaki bukit atau gunung, memang kita perlu menahan atau ‘memprogramkan’ nafas lebih panjang agar  mampu mendaki ke atas. Tetapi ia tidak menafikan hak untuk bernafas. Begitu juga dengan emosi kita.

Semoga kita mampu memanjangkan nafas dengan latihan ruh yang kuat, agar dapat berbuat kebajikan dan usaha dakwah dengan baik. Namun apabila ada masa letih, atau tenaga emosi sudah berkurang, akuilah ia adalah titik kelemahan kita. Dengan kita berkongsi dengan manusia, rakan akan lebih memahami. Namun perkongsian dengan Allah amat penting, agar kita akan terbuka kepada menghargai kebesaran tanda-tanda-Nya. Membaca ayat al-Quran dengan tadabur akan memberi ruang untuk emosi kita berkomunikasi dengan Tuhan Rabbul-Jaleel.

 

Facebook Comments:

3 thoughts on “Memberi emosi ruang untuk bernafas

  • July 19, 2009 at 12:01 pm
    Permalink

    lama dah saya tgk muntalaq xterupdate. alhamdulillah, ada update dah sekarang.

    topik akh fazrul kasi ni tepat pada masanya. masa usrah tadi pun sy byk berfikir input yg akh fazrul kasi.

    bukan semua benda kita kena buat, kita kena tahu limit dan kemampuan masing2. jangan paksa diri utk buat sesuatu, utk ambil semua t/jawab. kalau xdpt nk commit, baik lepaskan sahaja drpada biarkan kerja2 terbengkalai.

    setiap t/jawab yg kita ambil kena ambil dgn bersungguh2, sebab semuanya akan ditanya semula di akhirat nnti.

    analogi ‘pembawa kayu api’ yg Rasulullah jumpa di akhirat nanti mmg terkesan kpd sy. jangan pikul kayu api, dan pada masa yang sama tambah lg bebanan kayu yg ada. take one thing at one time, so that we can focus. do the best in whatever we do. and know our limit. give ourselves some spaces to rejuvenate our spirit and emotions.

    well done, akh fazrul. your topic this morning and this article are exactly what I need now. that it is ok to say NO sometimes rather than to take more burden we can’t carry.

    =]
    *maaf tulis pnjang

    Reply
  • July 19, 2009 at 3:02 pm
    Permalink

    Alhamdulillah…artikel saudara juga memberi nafas kepada diri ini.

    Reply
  • July 27, 2009 at 10:46 am
    Permalink

    Meminta izin publish di blog ana. dan ana juga promo semua blog2 akh fazrul..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Twitter Weekly Updates for 2009-07-12

@imranty ke terkena demam Malaysia? :) in reply to imranty # sedang berlangsung Istafti Qalbak - Potensi untuk Berjaya http://bit.ly/clUa3

Close