Hukum menyambut Valentine’s Day
Assalamualaikum warahmatullah,
Saya mulakan dengan kalimah Basmallah, segala yang baik datangnya dari Allah dan yg buruk itu adalah kesalahan saya sendiri, dgn izin Allah. Kali ini saya ingin mengupas tentang hukum menyambut Hari kekasih atau lebih dikenali sebagai Valentine.
Pendahuluan
Sebagaimana indahnya, perasaan dicintai dan ingin mencintai sesama manusia begitu indah lagi jika Islam menjadi cara hidup kita. Islam tidak pernah bercanggah dengan lumrah manusia ingin bercinta, Islam hanya menunjukkan cara dan haluan yang betul untuk melakukannya. Malahan Nabi Muhammad S.W.T. pernah bersabda, maksudnya, “Sesiapa benci dan enggan menurut sunnahku (antaranya berkahwin), maka dia bukan dari kalanganku.”
14 Februari sememangnya ditunggu-tunggu oleh remaja yang sedang mabuk bercinta. Pada Tanggal ini si jejaka akan sibuk mencari hadiah untuk si gadis, dan si gadis pula sibuk berhias untuk si jejaka. Sungguh indah dan bahagianya hari itu, bagaikan dunia dan segala isinya milik mereka. Tapi adakah disedari, dari mana asal-usul sambutan Valentine ini?
Ada tiga pendapat yang kuat berkaitan asal-usul Valentine. Pertama, pada pemerintahan ROM, 14 Februari ditetapkan sebagai hari cuti bagi orang JUNO ratu kepada dewa-dewa Rom. Pada 15 Feb, diadakan Pesta Lupercalia. Di dalam pesta ini, nama gadis-gadis Rom akan ditulis dan dimasukkan kedalam bekas. Kemudian, para pemuda akan mencabut nama didalam bekas itu, nama yang terpilih akan menjadi pasanngannya sepanjang pesta itu.
Pendapat kedua, Valentine adalah untuk memperingati ketabahan St. Valentine yang dibunuh oleh Raja Claudius II pada tanggal 14 Feb 270. St. Valentine dibunuh kerana mengingkari arahan raja itu supaya membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan dengan mengahwinkan pasangan secara rahsia.
Pendapat ketiga iaitu pendapat yang paling masyur, Valentine bermula apabila diisytiharkan oleh Ratu Isabella. Sebagai tanda berterima kasih kepada St. Valentine yang berjaya menakluk dan menghapuskan pengaruh Islam di Cordova, Ratu Isabella membenarkan St. Valentine untuk membuat permintaan. St Valentine, seorang Paderi Katolik, membuat permintaan untuk berkahwin dengan seorang Protestan. Kerana murka, St. Valentine di penjarakan untuk sementara waktu. Ratu Isabella sendiri menetapkan 14 Februari sebagai hari memperingati kekasih untuk St. Valentine.
Sejarah awal Valentine adalah untuk memperingati St. Valentine/dewa-dewa yang sememangnya jelas bercanggah dengan ajaran Islam lebih-lebih lagi apabila Valentine’s Day ini dikaitkan dengan kemanangan Kristian merampas Cordova dari kerajaan Islam seterusnya menghapuskan kesan kegemilangan Islam dibumi eropah. Kita sebagai pengganut agama Islam sepatutnya bersedih dan berduka.
Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Kerana itu penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain. Dalam erti kata lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;
Bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”
(Al-Kafirun ayat 1-6)
Demikian juga penampilan peribadi umat Islam tidak boleh sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus.
(Al-Hajj ayat 67)
Kesimpulan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”
Hukum menyambut Valentine’s Day adalah DILARANG dan DITEGAH oleh Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian.
Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.
Antara yang sependapat dengan fatwa ini adalah
– Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
– Maljis Jawatankuasa Fatwa Selangor
– Majlis Ugama Islam Singapura
Akhir Kata
Siapalah kita yang hendak mencabar keputusan Majlis Fatwa, jika telah jelas lagi bersuluh haram menyambut Valentine, usahlah terhegeh-hegeh lagi menyambutnya. Seagong-agong tanda kasih sayang antara lelaki dan wanita bukan muhrim adalah dengan ikatan perkahwinan yang sah.
-kk-
Mungkin perlu diperhalusi lagi bagaimana yang diistilahkan sebagai menyambut.
Adakah dengan mengiktiraf adanya hari Valentine itu sudah dikira menyambut. Atau ada usaha untuk memperingati hari Valentine dengan memberikan hadiah dan sebagainya barulah dikira sebagai mengiktiraf…
Sebab kadang kala tu dengan tak sengaja kita juga telah mengiktiraf hari Valentine walaupun kita ingatkan kita dah berjaya mengelakkannya.
Betul juga tuh, nak kena define macam mana menyambut itu.
Kalau kita terang-terang menyambut seperti memberi hadiah, bolehlah kita katakan sbg menyambut, tapi bagaimana pula jika kita hanya merasa gembira dengan kedatangan Valentine? Macam mana pula jika ada yang memberi kita hadiah, adakah dengan menerima hadiah dan mengucapkan terima kasih dikira sebagai menyambut Valetine.
Ada sesiapa yang boleh tolong huraikan? Ni nak kena minta bantuan pakar nih, Akhi Fazrul =)
ada kawan bertanya, yang mana sebenarnya cerita sebenar asal usul valentine’s day. boleh tunjuk link ni..
persoalan tu betul juga.. kalau di univ ni, ada free food, free presents etc.. kalau kita ambil since it’s free (or else, they’re going to throw that out), adakah dikira menyokong?
terkini: http://news.bbc.co.uk/2/hi/uk_news/7888539.stm
kalau dapat makanan free, ana baru je makan free choc prof ana bagi sempena valentine’s..hurm….
sudah dalam kerisauan ni.
apapun, bagi ana kita sememangnya langsung2 tidak boleh menyambut, apatah lagi mengiktirafnya. even orang bertukar2 hadiah pada valentine’s atas nama, sayang sahabat, bagi ana….xde hari lain ke..mengapakah perlu ketika valentine..we should act like valentine’s day seperti hari yang tidak ada kene mengena dgn kita. Apatah lagi, bak kata pendapat ke 3, valentine’s day ni sempena kemenangan kristian.
wallahualam..
Ana sekadar ingin bercadang agar tajuk artikel ini sepatut nye berbunyi begini, “HARAM hukumnya menyambut Valentine’s Day”.
Ana berfikiran sedemikian kerana ia dapat memberi jawapan yg jelas, cukup ringkas lagi terang. HARAM bermaksud tidak boleh langsung. Jangan lah kite sedikitpun mendekatinya dgn alasan2 orang2 awam.
Maaf sekiranya komen ini agak keras, tetapi ini lah hakikatnya. Kerana Junjungan SAW juga brsikap keras dalam bab2 haram ini. Lihat sndiri cara baginda menegur sahabatnya yg membasuh kaki tidak smpi buku lali ketika mengambil wudhuk. Baginda berkata, “Nerakalah tempat mu”.
Bismillah
Rasanya artikel ni bertajuk “Hukum….” dan bukannya “Haram hukumnya….” adalah sebab untuk menarik minat pembaca. Let say kalau orang kebanyakan jumpa artikel ini dengan tajuk “HARAM hukumnya…”, possibly mereka tidak akan baca details melihatkan tajuknya yg sudah agak keras. Bila kita tulis “Hukum menyambut….”, nampak tajuk ni lebih mampu menarik minat pembaca. Itulah psikologi disebalik tajuk artikel ini yang saya faham.
Terima kasih kepada saudara Yusuf Hashim kerana pendapat anda. Antara sebab lain saya tidak meletak perkataan “HARAM Menyambut…” adalah kerana sepanjang pembacaan dan rujukan saya tentang fatwa yang dikeluarkan, saya tidak perasan pun mereka menggunakan perkataan haram. siapalah saya nak tambah-tambah fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kan…
Majlis fatwa menggunakan perkataan “…dilarang oleh Islam…tidak digalakkan oleh agama Islam.”
Hanya sekadar pandangan… Tapi kadang-kadang saya lebih suka jika ada perkataan haram iatau dibolehkan pada tajuk. Mudahkan kerja skit. Tak perlu baca penjelasan berjela-jela. =)
Valentine’s Day memang sinonim especially dalam masyarakat masa kini. Umat Islam yang hidup dalam dunia kini pon terpengaruh dan terikut-ikut menyambut hari 14 Feb ini dalam sedar atau tidak sedar. Tahu atau tidak tahu. Mungkin kita perlu lebih menghayati ajaran Islam dengan tidak mengambil sikap endah tak endah dan juga menjauhi perkara-perkara yang syubhah. Contohnya mengambil makanan percuma di hari Valentine. Mungkin kita akan dicap oleh public sebagai menyokong atau mengiyakan sambutan hari Valentine ini. Kita juga mungkin akan terpengaruh dengan “roh” Valentine ini. Kita tidak perlu menunjukkan kasih sayang istimewa pada hari Valentine sahaja kerana sebagai umat Islam, kasih sayang dan ukhwah sentiasa kekal dan berpanjangan sepanjang masa. Renungkanlah dan selidikilah sejarah Valentine dan ambillah pengajaran daripadanya. Wallahu’alam.