Tadabur, Ilmiah, Idea & Laporan

Menurut Imam Ibn Qoiyim al-Jauziyah dalam kitabnya Madaarij-us-Saalikeen, ada dinyatakan tahap-tahap yang perlu dilalui dalam melahirkan rasa Iyyakana’ budu waiyyaka nastaeen. Ada 4 tahap. Empat tahap tersebut ialah Yaqazhah, Fikrah, ‘Azm/ Baseerah dan Amal. Dalam web ini, setiap tahap tersebut diwakili oleh kategori Tadabur, Ilmiah, Idea & Laporan.

Yaqazhah – tadabur

Yaqazhah membawa maksud kesedaran. Ketika kita makan, ia hasil dari kesedaran kita yang lapar. Kita belajar setelah kita sedar betapa sedikit ilmu di dada. Untuk menyembah Allah, perlu ada kesedaran:  rasa lemah dan tak berdaya dalam berbuat apa pun dalam kehidupan untuk membina perubahan dan kemajuan. Kesedaran ini boleh hadir dari sumber luar atau dalam diri sendiri.

Jika kita berkata tentang kesedaran dari luar, ia mungkin peringatan dari Allah, dari orang berilmu atau pelbagai peristiwa dalam kehidupan yang menyebabkan kita berfikir semula. Ia salah satu bentuk yaqazhah yang Allah ingin sampaikan kepada kita.

Kesedaran dari dalam timbul hasil tadabur. Jika kita duduk dan tadabur betul-betul setiap hari satu ayat dalam al-Quran, ia mampu membina pelbagai perkara baru dan kemajuan.  Namun kini al-Quran dan Hadis jarang ditadaburkan. Ini perlukan kepada penyelesaian.

Fikrah – Ilmiah

Apakah Fikrah? Pemikiran. Setelah sedar untuk beribadah, ilmu untuk solat perlu dicari. Ia bukan optional. Setelah sedar ingin makan, ilmu tentang membuat makanan dan cara makan perlu dicari. Ada perkara yang kita peroleh dari contoh orang lain. Namun ada yang perlu dikaji di dalam buku-buku turath dan teks.

Inilah yang memerlukan sumber ilmiah. Sumber ilmiah dan benar akan menghilangkan haus ilmu yang wujud dengan kesedaran yang terbina.

Baseerah/ Idea

Ilmu sahaja tidak cukup jika ia tidak diyakini dan jelas tindakan yang perlu diambil. Betapa ramai yang mempunyai PhD dalam Ilmu Islam tetapi hanya terhenti dalam tesis yang ditulis sahaja. Banyak yang tidak jauh ke mana.

Setelah mendapatkan ilmu, ia perlu dikaji, diyakini sehingga nampak kaedah amalnya. ‘Baca Bimillah’ adalah ilmu dari hadith Rasul. Hanya apabila seseorang nampak kepentingannya serta diberi hidayah oleh Allah untuk mengamalkannya, barulah ia dikatakan mencapai tahap ‘baseerah’. Makin bersunugguh-sungguh kita terhadap sesuatu kebenaran ilmu untuk diamalkan, makin dibuka jalan ke arah pintu hidayah itu – mafhum firman Allah dalam surah Surah al-Ankabut 29:69.

‘Amal/ Laporan

Setelah jelas apa yang dibuat dan hati sudah berkata ‘ya’, itulah yang akan menerbitkan amal. Amal ini mungkin dalam bentuk niat, lisan atau perbuatan. Ia boleh dilaksanakan di peringkat individu, keluarga, sekolah, kolej atau komuniti. Dengan berkongsi amal yang dibuat, ia mampu memberi kesedaran kepada yang lain untuk terus beramal. Bagi diri yang berkongsi info berkaitan aktiviti yang dibuat, ia pasti akan menerbitkan kesedaran baru. Ini akan membina momentum dalam diri untuk amal seterusnya. Namun kalau perkara dosa yang dibuat, ia juga akan membina momentum negatif dalam diri. Tadaburlah!


Facebook Comments:

2 thoughts on “Tadabur, Ilmiah, Idea & Laporan

  • January 30, 2009 at 1:12 am
    Permalink

    Dalam usrah kebanyakan hari ini, tadabbur al-Quran & hadith kurang ditekankan. Pengisian sekadar fakta yang disampaikan dan kurang dihayati.

    Mungkinkah cara penyampaian yang kurang berkesan?

    Reply
  • February 7, 2009 at 10:45 pm
    Permalink

    tak semestinya cara penyampaian yang menjadi punca. ada banyak lagi faktor lain seperti pemilihan material yang kurang sesuai dengan peringkat mad’u, pendekatan kurang berkesan dan sebagainya. yang pasti naqib/ah kena kenalpasti level kefahaman mad’u dan bahan yang sesuai untuk digunakan. kemudian belajar untuk menjadi penyampai terbaik dan dia akhir usrah adakan ruang perbincangan dan soal jawab untuk ahli usrah bertukar pandangan

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Tips Usrah Online

Usrah boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. Kalau katakan anda tidak ada ramai pelajar di kampus masing-masing, usrah online boleh dilaksanakan.

Close