Engineering Science 210W

Dalam kelas ES210W, yang merupakan kelas technical writing, kami belajar tentang cara berkomunikasi, menulis resume, cover letter dan sebagainya, sebagai persediaan untuk melangkah ke alam kerjaya sebagai engineer.

Dalam satu sesi kelas, Professor kami bercerita tentang realiti di sebalik penonton dan penyampai. Bak katanya, penyampai yang berada di hadapan khalayak ramai sangat gemuruh dan sangat risau akan image dan appearancenya di hadapan audience melebihi risau terhadap penyampaian message daripada talk/speech itu. Tapi sebenarnya penonton tak berfikir sangat tentang appearance, mahupon image penyampai, sebab mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri. Contohnya, “Bila akan makan tengah hari?”,”Banyak lagi assignment tak siap lagi nih!”,” Aliaa masak ape ek kat rumah hari ni?”, “Alamak, projek due at 12am malam ni, sempat ke tak nih” dan sebagainya.

Point is, mereka hanya berada di situ untuk mendengar message yang ingin disampaikan oleh penyampai.

Bila fikir semula penerangannya, dan bila cuba relate dengan diri, terdetik di minda yang sebenarnya perkara tu memang kita unconsciously(tanpa disedari) lakukan. Period.

Konklusinya, dalam penyampaian kita, tak kisahlah di hadapan clients, mahupon mad’u, perkara yang patutnya paling ditekankan adalah konteks dan isi penyampaian kita, juga point2 penting clear dan jelas supaya message yang kita mahu sampaikan, delivered. Kerana itu merupakan tujuan utama kita berada di hadapan audience awal-awal, menyampaikan message kepada mereka. Tapi, tak dinafikan yang penampilan merupakan sesuatu yang penting juga, cuma kena berpada2 dan tidak terlalu obses dengannya.

Facebook Comments:

5 thoughts on “Engineering Science 210W

  • February 11, 2009 at 3:22 am
    Permalink

    Pada pendapat saya, bukan semua org sama, ada sesetgh org yang jenis ‘gila fesyen’ akan melihat pada penampilan penyampai itu dahulu. Andai kata penyampai tu selekah, akan timbul dalam hatinya, “ala dia nih, diri sendiri pun xterjaga”.
    Selalu juga apabila saya bersama rakan-rakan lain, mereka bercakap berkaitan penampilan pensyarah. Cara plg senang nak tahu seseorang itu ambil perhatian atau tidak terhadap penampilan atau tidak adalah antaranya, bertanya, “ko perasan tak minggu ni dia pakai baju sama cam minggu lepas”. kalau dia kata, aku xperasan pun, dia jenis xberapa ambil kisah, kalau dia dapat jawab solid ya atau tidak, maksudnya dia sgt ambil kisah.

    Walaubagaimanapun, tidak dapat dinafikan isi juga memainkan peranan penting, kalau pakaian terlampau smart, tapi gagap, orang nak dengar jadi kurang minat.

    Sekian,
    -kk-

    Reply
  • February 12, 2009 at 12:05 am
    Permalink

    setuju dengan dua2 pendapat.

    kalau kita berjalan2 di mana2 pun, orang yang tak mengenali kita pasti akan menilai fizikal luaran kita dahulu.

    -orang yang pakai songkok –> sure dia ni ustaz
    -orang yang pakai tudung labuh –> alim

    tapi bila kita berkata2 di depan, ucapan memberi 2nd thought kepada pendengar/pemerhati samada untuk judge berdasarkan ucapan, penampilan atau kedua-duanya.

    Apapun, isi perlu disampaikan sebaik mungkin – dikuatkan dengan penampilan si pemberi yang mantap.

    Allahua’lam.

    Reply
  • February 13, 2009 at 8:10 am
    Permalink

    Betul isi kandungan itu yang terpaling penting. Cuma penampilan tidak boleh diabaikan.
    Kalau isi kandungan sangat tinggi kehebatannya, pakai selekeh, rambut tak sikat (or tak boleh sikat) mcm Albert Einstein tu orang tetap dengar. Tapi janganlah sampai orang datang nak mendengar isi yang kita sampaikan tu berkata, “Dia ni nak bagi isi ke nak pegi pasar ni?”

    Lihat contoh Rasulullah dan para sahabat, kebiasaannya berpakaian smart dan berbau wangi untuk menarik masyarakat mendekati mereka kan

    Reply
  • February 13, 2009 at 9:29 pm
    Permalink

    assalamualaikum

    pada pendapat ana, bagi sesiapa pun yang ingin menyampaikan sesuatu di hadapan audience..TIDAK disangkal lagi isi penyampaian itu merupakan perkara yang amat penting. ISI YANG BERNAS, diolah dengan RINGKAS DAN PADAT dengan cara penyampaian yang MENARIK, suara yang JELAS dan TERANG. dan tidak lupa juga niat penyampai dalam menyampaikan sesuatu ilmu mestilah perlu dilihat, dibersih, dan dibetulkan supaya ilmu itu disampai kerana ALLAH dan tiada perkara2 riak dan seumpamanya.

    NAMUN BEGITU, bg pendapat ana, PENAMPILAN juga turut memainkan peranan yang amat penting bg seorang penyampai.

    setuju dengan echopena:

    Lihat lah contoh yang digambarkan oleh RASULULLAH, bagaimana rasulullah menyampaikan islam. adakah rasulullah tidak ambil kira tentang penampilannya? Rasulullah adalah seorang yang amat menitik berat penampilannya, bersih, wangi, cermin,kayu sugi sentiasa bersamanya. 🙂

    dan bg ana, setiap orang berbeza …ada sesetengah orang memang amat teliti penampilannya, x salah kan kalau dia sangat menjaga penampilan serta sangat menjaga apa yang disampaikannya..:)

    Reply
  • February 14, 2009 at 4:14 pm
    Permalink

    Bersederhana in everything. That’s something I believe in.

    Of course, penampilan itu penting. Biasanya, kita pergi mana2 pun, fizikal yang kita nampak dahulu. Kalau sekali pandang, speaker tu nampak selekeh, mesti mood nak dgr apa yg disampaikan pun berkurang.
    Tapi, in addition to fizikal, banyak lagi faktor2 lain yg have to be taken into account, mainly isi, spt kata penulis.
    Also, cara penyampaian, kekukuhan isi yang disampaikan dan kerelevanan isu pun penting juga.
    And all of this perlu diberi penekanan sama rata, in my opinion.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Dakwah Fardiyyah

Bismillah Alhamdulillah, saya telah memberikan sedikit keluangan masa untuk membaca sedikit sebanyak mengenai dakwah fardiyyah. Sebelum ini sudah saya membaca

Close